23

2.2K 177 8
                                    


вяєαтн ƒσя мє

•••

so I'm never gonna get too close to you,
even when I mean the most to you,
Incase you go and leave
me in dirt

Too good at goodbye

•••

PURSE digenggam erat

Tangan terhenti dalam pada menggapai tombol pintu bilik tidurnya. Kening bertaut sessat dua,  lantas dia menoleh.

Sepasang matanya melirik pada pasangan yang sedang ralik berbual namun dalam nada berbisik.
Leon dan housemate nya.

Entah apa yang dibualkan. Matanya hanya dapat melihat belakang tubuh Eva,  namun wajah Leon jelas terpampang dimata.

Wajah itu menegang dengan setiap gerakan bibir. Anak mata hazel menikam tajam ke wajah Eva , sesekali Dellina dapat menebak keluhan terluah dibibir Leon.

Isi perbualan antara mereka masih berterusan untuk beberapa minit.

Tidak mahu andai diri tertangkap cuba mencuri dengar mahupun mengganggu privasi mereka,  lantas Dellina masuk ke dalam biliknya.

Belakang tubuh bersandar pada daun pintu. Kelopak mata yang memberat dipejam sesaat,   sambil bibir mengeluh halus.

" rupa-rupanya, perempuan yang aku pertahankan selama ni... murah macam sampah "

Kelopak mata kembali celik. Iris matanya berubah gelap.
Pedih. Pedih sekali selaran lelaki itu. Hati yang sedia terluka,  kembali berdarah.

" And you know what,  aku rasa tak patut aku melutut minta maaf pada perempuan macam kau. Tak patut aku kesiankan perempuan sejenis kau "

Dellina gigit bibir bawahnya. Kening melekuk dalam bayangan emosi.
Segala memori ketika dirawat,  ditemani lelaki itu menambahkan lagi pedih yang menghuni jiwa.
Birai matanya berkaca-kaca, tanpa menunggu lebih sesaat —

Hangat mengalir mutiara jernih dari tubir mata.

" biarkan setiap nafas kau diisi dengan kebencian pada aku asalkan — kau tetap bernafas. Asalkan kau punya alasan untuk terus bernafas...”

“ — aku terima segalanya. Kebencian... kekecewaan ..kedukaan itu. Aku akan terima segalanya ”

apa yang lainnya? "

" perfume kau "

" perfume aku sama je dari dulu. Tak pernah pulak aku tukar brand lain "

why kau tak tukar? Setia sangat dengan brand tu. Bukannya famous pun brand tu — "

" sebab kau"

Tangan refleks naik menekup bibirnya yang tersedu-sedan. Kelopak mata terus ditutup rapat apabila air mata tidak henti-henti menitiskan mutiara kehibaannya.

Makin kuat dirinya cuba membuang memori itu,  makin jelas terlayar diingatan.

" stop tenung aku macam nak tembus, ingat aku buta,  so aku tak tahu ker huh "

" so kau tahulah aku suka tenung kau selama ni "

"  aku tak akan mintak kau bergantung lagi pada aku, yang aku nak — adalah kau terima aku disisi kau. Tak kisahlah sebagai siapa atau apa. Aku terima seadanya "

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now