2

5.8K 280 10
                                    

BREATH FOR ME || 2

TALI beg sandang diperkemaskan sementara kaki menyambung langkah pulang sejurus waktu kerjanya selesai. Hela berat dihembus lemah, sesekali leher yang terasa lenguh digerakkan ke kiri dan kanan.
Hanya derapan kasutnya menemani perjalanan pulangnya dikawasan perumahan itu. Sudah menjadi rutinnya sejak dia bekerja di restaurant itu selama hampir setahun. 

Mata tertumpu pada permukaan jalan sehinggalah langkahnya jeda seraya mata naik melirik jalan yang dilaluinya itu. Jalan yang penuh dengan memori silam. Setiap kali dia melalui jalan ini, pastinya akan mengembalikan semula memori itu.Memori yang tidak akan mahu diingati kerana terlalu menyakitkan.

Meski sakit namun akal tetap berdegil, masih berlegar-legar bayangan insiden yang sudah berlaku 3 tahun lalu. Disini, dijalan ini.
Sekeping memori terlayar dibirai mata.

Sepasang kaki yang masih dalam stokin dan kasut sekolah hitam terkejar-kejar dalam langkahnya mengejar langkah sang ibu. Jeritan demi jeritan bersahutan,  tangisan seorang anak memanggil sang ibu dengan harapan bahawa sang ibu bakal menghentikan langkahnya. Dengan sebuah harapan agar hati sang ibu luluh mendengar teriakan anak gadisnya yang sedaya upaya merayu agar tidak ditinggalkan menghadapi dunia yang penuh kedukaan ini.

Wajah dirinya yang masih dalam lingkungan usia remaja itu ternoda dengan air mata. Kaki yang terus mengejar semakin hilang kudratnya, hampir rebah menyembah bumi namun cekalnya hati,  dipaksakan juga kedua-dua kakinya untuk terus berkerah tenaga.

Seketika, susuk tubuh ibunya pegun sebelum perlahan-lahan menoleh ke arahnya yang semakin melajukan langkah. Cuba mendapatkan tubuh sang ibu. 

Belum sempat dihampiri tubuh sang ibu, lengannya direngkuh kasar. Memaksa tubuh melayang ke belakang dengan daya kekuatan itu.
Wajah berang bapanya dipandang dalam pandangan mata yang berkaca-kaca sebelum dialihkan pandangan ke arah sang ibu yang hanya kaku dihujung jalan itu.

Kelihatan ibunya hanya mampu berbalas pandangan dengan bapanya,  sebelum tanpa bicara sang ibu kembali menyambung langkahnya yang terjeda.
Terkesima, diri pantas cuba lepas dari genggaman bapanya namun semakin utuh rengkuhan lelaki itu pada lengannya sehingga terasa sakit.

Disitu dirinya hanya mampu merayu dalam tangisan, merintih melihat ibunya melangkah pergi dari hidupnya buat selamanya. Air mata membanjiri wajah mulusnya,  bersama esakan yang melagukan kehibaan didada.

Kehibaan yang tidak langsung memberi apa-apa kesan buat sang bapa yang bertindak mengheret dirinya untuk bangun. Tanpa sedar, membuatkan tapak tangannya terluka apabila terseret dengan permukaan jalan itu.

Tangisan dan esakannya bisu, malah tubuh ditolak dan diheret tanpa belas bagi mengikuti langkah bapanya pulang semula ke rumah mereka. Rumah yang tidak lagi memberi kehangatan buat jiwa raganya hanya kekosongan dan kedinginan.

Dellina tertunduk tatkala merasai kehangatan sama menghiasi wajahnya. Sebutir demi sebutir air mata jatuh bersama kelukaan yang begitu dalam mengisi hatinya. Luka yang tidak pernah sembuh,  terobek kasar.

Memori lepas yang masih jelas diingatan menjadi punca kedukaan terus menjadi racun dalam dirinya. Memori yang diharapkan boleh dilupakan, memori pahit dan luka dihatinya...  mahu sahaja dipadam,  dilupus dari ingatan. Kehidupan masa lalunya,  lima tahun itu -

Tahun yang begitu melukai seorang Dellina, sehingga diri terasa mahu melepaskan segalanya. Segala-galanya!

Kehidupan masa remajanya yang sudah hancur musnah. Tidak akan mampu diperbaiki apatah lagi dipulihkan sekeping hatinya yang sudah retak. Kebahagian yang dahulunya mengisi ruang hati kini diselaputi kehitaman dan kekosongan.

Iris mata Dellina naik melirik jalan raya disisi kanannya. Perlahan-lahan kaki menapak menghampiri bahu jalan itu. Datar lirikan matanya bersama kekosongan dalam hati.
Air mata yang masih mengalir dari kelopak mata dibiar tanpa peduli, hanya iris mata merenung kenderaan berat,  treler yang sedang menuju ke arah jalan itu. Silaun cahanya begitu terang, menyuluh ke wajahnya seraya kaki yang pegun dibahu jalan itu mulai melangkah memasuki jalan raya itu. Dipertengahan jalan, kaki itu menghentikan langkahnya seraya menanti , menanti disaat tubuhnya dirempuh kenderaan berat itu. Mata tertutup,  hanya telinga mendengar teriakan hon yang memekik ke arahnya. Buat terakhir kalinya, air mata sekali lagi mengalir dipipi.









SETH HARRISON  mengelap sisi bibir dengan napkin seraya iris mata naik melirik wajah sahabat dihadapannya. Wanita itu yang sejak kecil menjadi sahabatnya,  membuatkan hubungan mereka terlihat begitu akrab sehingga diperkatakan sebagai pasangan oleh orang sekeliling. Dia sedar, faham setiap ekspresi serta layanan wanita itu padanya yang jelas memberi erti lebih daripada sahabat.

Namun begitu, dia tidak mampu menolak persahabatan yang terjalin sekian lama atas alasan seremeh itu. Dia tidak sanggup melepaskan seorang sahabat meski dia tahu wanita itu melayaninya lebih dari sahabat.

Persahabatan yang terbina begitu istimewa untuk dihancurkan sebegitu. Tambahan pula, mereka sama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti sama sejak lima tahun lalu. Mengukuhkan lagi hubungan persahabatan itu,  dalam pada yang sama perasaan wanita itu padanya turut sama bercambah.

" - why pandang I macam tu? "

Pertanyaan wanita itu menyentak diri Seth,  seraya segaris senyuman dilemparkan. Keluhan halus meniti dibibir sebelum jawapan diberikan.
“ just terfikir,  pasal persahabatan kita berdua... dah dekat 15 tahun usia persahabatan ni kan? ”

Wajah wanita itu kelihatan hambar, senyuman yang tadinya lebar sedikit tercalar sejurus mendengar perkataan ‘sahabat’. Kutleri ditangan diletakkan disisi piring makanannya. Sepasang mata bundar wanita itu merenung wajah Seth.

“ sampai bila you nak tolak perasaan I ni Seth hm. You tahukan macam mana perasaan I dekat you,  sejak kita kecil lagi hati I — I dah sayang dekat you. Please, terima I dalam hidup you,  bukan sebagai kawan — you lebih dari tahu,  I nakkan lebih dari sekadar kawan dengan you ”

Seth membisu. Wajahnya turut sama kerut bersama iris mata yang datar. Beban yang mengisi dada kembali lagi setiap kali berdepan dengan situasi sebegini.
“ — and I pun dah tegaskan sebelum ni Angel , jangan paksa I. I cuma anggap you kawan I,  kawan sepermainan I ” , bibir dikemam lembut bersama gelengan. “ — dalam hati,  hidup I...  hanya ada seorang perempuan. And,  perempuan tu bukan you Angel. Sorry,  but its not...  its not you ”

Wanita bersama Angela itu hanya mampu mengoyak senyum kelat. Sepasang mata bundarnya terkelip-kelip tatkala air mata mulai mengisi kelopak mata.

“ its okey Seth. You pun dah selalu reject I before these. Hati I dah kebal, and I akan tetap tunggu you walau apa pun alasan you. Walau siapa pun dalam hati you buat masa sekarang, I akan tetap tunggu you. Ada disamping you,  sampailah you sendiri dapat terima cinta I pada you and I percaya — hari tu akan tiba tak lama lagi.  I percaya kebahagian I ada pada you dan I mampu beri you kebahagian,  kebahagian yang you cari dari perempuan tu,  I akan buktikan pada you — I mampu beri lebih daripada dia ”

Bicara tegas Angel dibalas kebisuan. Hanya iris mata Seth tajam membalas pandangan mata wanita itu.
Deringan telefon mematikan serangan pandangan mata antara mereka, memaksa Seth menumpukan fokusnya pada pemanggil telefonnya.

Kurang beberapa saat,  iris mata datar milik Seth Harrison berubah kaget, disambut perubahan wajah yang begitu drastik.
Perubahan suasana antara mereka tidak lari dari rasa ingin tahu wanita itu yang sudah merenung wajah lelaki yang dicintainya dengan pandangan keliru. Kebimbangan yang memghiasi wajah Seth turut sama memberi kebimbangan buat Angel yang mulai mengenggam erat hujung napkin sebaik telinga mendengar sepatah nama itu.

“ Dell ”













♥♥♥

To be continue

vote & comment

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now