BFM|| 35

2.3K 182 25
                                    

BREATH FOR ME

•••

MATA hazel melirik atas bawah tubuhnya sebelum jedanya terhenti diwajah.

Kening menjungkit , menanti pujian mahupun kutukan daripada lelaki itu mengenai pemakaian formalnya pagi itu. Blouse merah yang dipadankan dengan seluar straight cut berwarna khaki. Rambut didandan rapi dengan beberapa helaian rambut disisi wajah tergantung halus.

Bibir tersenyum sungging apabila lelaki itu masih diam. Bisu tanpa sebarang kata. Kepala terdongak dalam gaya angkuh meski ada tawa halus yang mahu terlepas keluar dari rekahan bibirnya.

" so?  What do you think Mr. Q? "

Pertanyaan itu mengundang renungan datar hazel itu berubah tajam. Postur tubuh lelaki itu menegak,sebelah tangan bersahaja diseluk ke dalam poket seluar. Kunci kereta ditarik keluar lantas dibaling ke arahnya.

Tergesa-gesa Dellina menyambut gugusan kunci itu seraya mata menjeling tajam ke arah tubuh Leon yang sudah menapak ke arah lif condo itu. Ada segaris senyuman dibibirnya, makin mekar bak bunga yang kembang mekar dibening hari.

Pintu dikunci kemas lantas kaki mengejar langkah Leon yang tegak berdiri dihadapan lif itu. Sisi wajah lelaki itu dilirik sekilas,  mata memerhati penuh kemeja hitam pada tubuh itu. Segalanya hitam dari atas hingga bawah, namun hari ini matanya jatuh pada rantai dileher lelaki itu. Rantai berplat silver itu melengkapkan lagi gaya semi formal lelaki itu.

Ting! 

Kaki menapak masuk ke dalam perut lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Seketika masa berlalu dalam kebisuan. Hanya sekadar renungan mata yang sesekali mencuri pandang pada wajah lelaki itu.

Masa ibarat bergerak dengan sangat perlahan, kebisuan mulai ditemani kejanggalan. Lantas, mata dijatuhkan pada kunci kereta ditangannya.

" — nice "

Kepala terdongak. Matanya bertemu dengn sepasang mata hazel itu.
" what? "

" you "

Bibir jadi kaku tatkala mendengar patah kata itu. Wajah Leon ditenung datar,  seraya bibir mengoyak senyum halus. " just nice hum?  Penat saya berjam-jam bersiap...  nice je saya dapat Mr. Q? "

" at least dimata aku tak nampak buruk." Datar jawapan Leon bersama satu jelingan halus yang menyinggah ke wajahnya.

Entah mengapa garisan senyuman dibibir memudar. Pasti yang indah dimata lelaki itu tak lain tak bukan perempuan itu. Sedar-sedar sahaja dirinya diracuni dengan sangkaan sebegitu, menambahkan bara amarah yang mulai dinyalakan dengan api kecil.

Kebisuannya mengundang jelingan sepasang hazel. Apatah lagi sebaik sahaja daun pintu lif terbuka ditingkat groundfloor,  laju sahaja kaki Dellina melangkah keluar dengan high heels nya. Leon diam memerhati,  turut sama melajukan langkahnya apabila menyedari perubahan diri wanita itu.

Tap! 

Lengan Dellina digenggam kemas, menghalang tubuh langsing itu dari terus melangkah maju. Iris hazel itu tajam melirik sisi wajah wanita itu seraya memusingkan tubuh itu.

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now