24

2.5K 173 11
                                    

вяєαтн ƒσя мє

•••

STANDBY!  CAMERA ROLL IN...

3

2

1 !!

" HYE,  bertemu kita lagi dalam Big Shout Viral pada malam ini. And like always, saya...  Jennel akan menemani anda semua dalam menemu bual guest kita pada malam ini " senyuman pengacara itu lebar sekali, mata tepat pada kamera yang berkelip-kelip dengan lampu merah itu.

Pengacara itu mengatur langkah dengan penuh bergaya ke arah ruangan tengah set pengambaran yang dihiasi dengan sofa , bean bag dan meja coffee. Camera man setia mengikut setiap langkahnya.

" tonight,  adalah hari yang sangat berharga dalam hidup saya sebagai seorang pengacara!  Because tonight is the night that wish comes true" ceria dan penuh dengan kegembiraan ungkapan Jennel yang mulai melabuhkan duduk disofa tunggalnya.

" why malam ni saya terlalu gemuruh! " tawa kecil wanita itu mengisi ruang set.

" well ! " kedua tangannya disatukan.
" malam ini, begitu bersejarah sekali kerana...  pihak penerbit kami telah mendapat persetujuan untuk menemu bual seorang legasi yang sangat... sangat hebat!  Beliau sentiasa menjadi rebutan para media dan kru realiti TV,  dan semua orang tahu bukan mudah untuk mengundang guest ini ke sini ya tuan puan."

" Baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan gambar dan rakaman yang telah berlangsung sepanjang perasmian event paling tersohor yang dihadiri oleh pelbagai kenamaan dan itu termasuklah The Great 4 of legacy. "

" sememangnya ketibaan setiap daripada 4 legasi terunggul itu amatlah ditunggu-tunggu, namun — perhatian media tertumpu pada salah seorang daripada mereka iaitu Dzen Q'Leon! "

" yang lebih menggemparkan adalah ketibaan beliau bersama seorang wanita yang dikatakan sebagai pasangannya pada malam itu. Pelbagai tanggapan dan komen daripada netizen sehari selepas event itu sejurus sahaja gambar dan rakaman pada malam itu tersebar luas di Twitter.  Bagi merungkai persoalan semua termasuklah saya sendiri...  kita jemput our special guest for tonight — Mr Dzen Q'Leon !"  tangan didepakan dengan penuh semangat,  mengalu-alukan Leon yang menapak masuk ke dalam set pengambaran dengan senyuman senget.

Leon melabuhkan duduk disofa bertentangan dengan pengacara itu. Mata hazelnya melirik sekilas pada kamera,  memberi ilusi seakan-akan lelaki itu bertentang mata dengan penonton yang melihat rakaman itu secara Live.

Senyuman diwajah pengacara itu sudah tidak dapat disangkal lagi. Wajahnya yang putih melepak itu mulai tampak kemerah-merahan serta matanya bulat, terpegun hanya pada wajah Leon.

Rakaman itu berkeadaan bisu buat beberapa saat kerana pengacara yang seharusnya melaksanakan tugasnya kini sedang terkedu bagai patung cendana. Kru-kru pengambaran mulai panik,  cuba memberi isyarat kepada wanita itu.

Leon menoleh, melihat sendiri pengacara itu pegun melihatnya.
Bibir tersenyum,  slightly smirk. Lantas jari dipetik dihadapan wajah pengacara itu.

Seakan baru tersedar dari lamunan yang membawa diri ke kayangan, Jennel tersipu-sipu malu. Kad program ditangan dibelek-belek dalam pada dia berdehem beberapa kali.

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now