20

2.5K 158 1
                                    

»»————— вяєαтн ƒσя мє || 20



TANGAN yang menyentuh tombol pintu terhenti apabila iris matanya terlirik pada kotak dilantai. Mata mengecil serentak tubuh membungkuk, rengusan terluah dibibir sebaik membaca nama yang tertera dikotak itu.

Barang online yang dibelinya! 

Diangkat kotak itu lantas pintu kembali dikuak,  sedikit kasar kali ini memandangkan hati agak panas dengan tindakan housematenya itu.

Kaki yang menapak laju mulai hilang rentak iramanya dikala mata dihidangkan dengan pandangan yang kurang indah.

Daun terup diatas coffee table dijeling sekilas,  lantas dipalingkan ke arah Eva dan teman yang diundang bersama. Wanita itu dengan muka tak bersalah menghembus asap nikotin ke ruang udara yang jelas terhad. Kotak pizza terbuka luas diatas sofa, bersama-sama dengan tin minuman Coke dan Sprite.

Sekali lagi bibir mengeluh berat. Mengendur bahu Dellina melihat panorama yang merobek bola mata itu.

" balik pun kau. Lambat sikit lagi, maka hilanglah kotak kau tu nanti diambil orang " selamba Eva berbicara,  mata tertumpu pada kad terup ditangannya sebelum tersenyum sinis lantas kad pilihannya ditekap ke meja.

Dellina alihkan kotak itu ke sebelah tangan sahaja. Sebelah lagi tangan dicekak ke pinggang.

" and kau pun tak boleh tolong bawa masuk ker huh?  Aku dah cakap kan,  aku balik... tak kan kau tak boleh tolong "

Decitan halus daripada teman Eva mengundang jelingannya. Lelaki yang bertocang pendek itu ditenung tajam.
Sudahlah datang rumah orang buat sepah! 

" chill lah,  ni— perkenalkan... kawan aku. Garo. Kau akan selalu nampak dia keluar masuk rumah ni, so... kenal-kenallah, tapi — " Eva tenung tajam wajah rakannya itu seakan memberi amaran. " — jangan lebih-lebih. Dia still housemate aku,  off limit " teguran jelas dituju pada lelaki itu.

Lelaki bernama Garo itu menarik senyum sumbing. Anak matanya naik menikam ke wajah Dellina. Lama mata itu memerhati setiap pelusuk wajah Dellina sebelum bahu diangkat bersahaja.

" not bad "

Terbakar telinga Dellina,  lagi terbakar jiwanya apabila dinilai oleh pandangan mata seorang lelaki.

" — but not my taste "

Terkebil-kebil anak mata Dellina mendengar sambungan penilaian lelaki itu ke atas dirinya. Darah hangat menyerbu ke wajah, lantas kaki yang terpasak ke lantai mulai mengatur langkah besar ke kamarnya.

Sebelum sempat pintu dihempas kuat, telinga menangkap bicara halus lelaki itu.

" — housemate kau cute "

BUM! 

Terus dihempas daun pintu biliknya.
Nafas dihela panjang, ditenangkan jiwa raga yang berbelit dalam kecelaruan.
Menyampah! 

" bodoh " tidak tahu sama ada herdikan itu dituju buat diri sendiri atau lelaki itu.

Kembali ditajamkan pemikirannya, kotak diletakkan diatas meja seraya kaki menghampiri birai katil. Punggung dilabuhkan,  lantas separuh tubuhnya dibaringkan diatas katil.

Kelopak mata dipejam.

Siling dipandang kosong. Kembali terngiang-ngiang ugutan Seth. Pedih namun —

TUK! TUK!

Ketukan pintu berderu-deru. Dengan malas digigihkan juga kaki,  pintu dibuka.

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now