18

2.3K 172 7
                                    


»»————BREATH FOR ME|| 18


 
DELLINA ketawa kecil,  sesekali mencalit sedikit ais krim dalam mangkuk kertas kecil itu. Kimmy yang jelas sedang melirik ais krim miliknya dilihat dari ekor matanya.

Perbualannya dengan Aileen semakin rancak,  ditambah dengan celoteh Kimmy yang langsung tak berenggang darinya. Sekejap ke kirinya sekejap ke kanan, dan mata bulatnya itu hanya merenung tajam mangkuk aiskrimnya.

Deruan enjin motorsikal berkuasa tinggi mengejutkan Dellina yang kemudiannya melirik ke arah bahu jalan. Kelihatan seorang penunggang motorsikal menghentikan motornya dibahu jalan seraya Aileen turut sama berdiri. Wanita itu berlarian anak ke arah penunggang itu dengan senyuman lebar.

' boyfriend mungkin '

Dellina sekadar menyambung suapannya, sesekali menyudu ais krim itu pada Kimmy. Makin lebar senyuman kanak-kanak itu lantas melabuhkan duduk disisinya.

" sedap? "

Kimmy beria mengangguk, kedua-dua tangannya diposisikan diatas lutut. Geram, lantas puncak hidung Kimmy dicuit.

Iris matanya tanpa sedar melirik semula ke arah Aileen dan penunggang motorsikal itu.

Automatik darah gemuruh menyerbu ke wajah apabila matanya bertentang dengan mata milik penunggang motorsikal itu.
Sesaat dua,  Dellina mengalihkan pandangan. Bibir dikemam seketika sebelum melemparkan senyuman nipis buat Kimmy yang sudah membuka mulutnya,  minta disuap.

Kembali disudu ais krim berperisa strawberry itu. Debaran didada akibat tertangkap tadi cuba ditenangkan semula. Fokusnya ditumpu pada Kimmy.

Derapan tapak kasut yang menghampiri memaksa Dellina mendongak. Wajah Aileen mengisi ruangan matanya sebelum dia melirik ke arah bahu jalan.

Penunggang itu sudah menunggang kembali motorsikal berkuasa besarnya. Namun, masih sepasang mata itu melirik dirinya dengan sebuah tatapan tajam. Seketika,diri tenggelam dalam panahan mata helang itu sebelum penunggang lelaki itu menarik turun cermin helmetnya.

Dellina terkedu. Debar didada kembali lagi, dan kali ini lebih kuat seakan pukulan gong.
Anak tekak yang terasa kering menjadi alasan untuk dia berdehem beberapa kali.

Aileen tersenyum sambil mengambil tempat disisi Kimmy. Bibir kanak-kanak itu yang comot dilap dengan tisu.

Niat ingin sekali bertanya akan lelaki itu namun dipendam sahaja. Tidak pantas untuk dia masuk campur hal peribadi wanita itu walhal mereka baru berkenalan.

" thank youlah sebab layankan Kimmy ni yer,  susahkan you jer.Uh, anyway... ini — " paper bag berwarna coklat itu disua padanya.

" Urm..apa ni? " ragu-ragu Dellina menyambut bungkusan itu.

" my brother tadi tu... datang kasi I kek sebab nak pujuk I coverline dia "

" coverline untuk? "

" hujung minggu ni family I ada gathering sikit... dia malas nak pergi,  katanya ada hal. Bukannya I tak tahu hal apa yang dia sibukkan tu — biasalah lelaki kan "

Dellina angguk mengerti. Tidak lagi menyambung isu itu memandangkan itu hal keluarga, adik beradik.

" tapi, I perasan dia tengok you dari tadi...or, you kenal abang I? "

Dellina terkesima.Terkebil-kebil matanya membalas tatapan Aileen.
" urm...maybe kut..terserempak ke..kita tak perasan kan — " balas Dellina sekadar bermanis mulut.

" betul jugak, dunia ni kecik jer kan "

Dellina hanya tersenyum nipis. Sudu kecil ditangannya menguis-nguis mangkuk aiskrim yang sudah kosong itu. Kening bertaut dalam persoalan yang sama.





вяєαтн ƒσя мє Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora