11

2.6K 186 0
                                    

————— BREATH FOR ME || 11











»»————————————————»»


   " MACAM MANA  dengan dia doc. ?"

Doktor wanita itu menghela nafas berat, mata setentang dengan Seth juga Rebecca yang jelas berada dalam kebimbangan.

" dia dah melewati situasi kritikal, and buat masa sekarang dia masih berehat. Cuma — "

" cuma apa doc. ? Ada apa-apa masalah ke? "

Pertanyaan Seth dibalas dengan sebuah tatapan datar. Sesekali kening doctor itu bertautan. Wajah mereka dilirik silih berganti.

" itu yang menjadi masalah buat team saya. Berdasarkan check up yang saya dah lakukan ke atas cik Dellina,  dia terkena panic attack. Boleh saya tahu, sama ada ini adalah pertama kali atau — "

Seth terdiam, namun pandangannya dialihkan ke wajah Rebecca. Dengan harapan wanita itu mempunyai jawapan bagi persoalan doctor.

" bukan first time" lemah jawapan Rebecca disambut dengan kebisuan. Wanita itu tertunduk, kesal.
" — kali pertama dia diserang...  waktu dia dirawat lepas sahaja dia ditemui beberapa tahun lepas "

Seth hanya mampu menahan rodokan emosi yang menghuni diri. Wajahnya menegang,  hanyut dalam amarah dan sesalan. Tidak menyangka, satu persatu mengenai peristiwa hitam lima tahun itu terbongkar sedikit demi sedikit. Pastinya, begitu pahit untuk ditelan. Bagaimana pula perasaan wamita itu, rasa yang ditanggung — tak mampu dia fikirkan.

Anggukan diberikan oleh doktor itu.
" patutlah. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya keadaan cik Dellina dah stabil, cuma kami akan pantau keadaan dia dari semasa ke semasa. Dan mengenai waktu dia discharge, pihak saya terpaksa extend lagi tempoh dia mendapatkan rawatan susulan disini lepas...  apa yang dah berlaku"

" kami faham " pendek balasan Seth, bersama keluhan panjang. Bahu terasa lebih berat dengan tambahan bebenan itu. Dia semakin yakin bahawa case itu perlu ditangguhkan buat seketika sehingga Dellina benar-benar sembuh.

Itu yang lebih diperlukan Dellina.

" boleh kami tengok dia sekarang doc. ?" soal Rebecca,  tidak lagi mampu menampung kerisauannya.

Sejurua dibenarkan oleh doktor itu, pantas Rebecca mengatur langkah memasuki bilik Dellina. Seth Harrison meminta diri terlebih dahulu sebelum turut sama mengikut langkah Rebecca.

Melangkah sahaja dia ke dalam bilik rawatan itu, wajah pucat lesu Dellina menghiasi pandangan mata. Langkah dibawa menghampiri katil itu meski terasa semakin memberat. Sekali lagi dia tidak mampu melindungi wanita ini sedangkan sedari awal itulah yang meniti dibibirnya. Itulah janji yang ditabur buat wanita itu, namun — lihat sahaja apa yang terjadi sekarang.

Mata sekadar melirik tubuh Dellina yang didakap erat oleh Rebecca yang sudah menitiskan air mata. Esakan halus wanita itu mengisi kebisuan ruangan bilik.
Semakin jiwa luluh, derita.

" aku minta maaf Dell. Salah aku sebab ungkit kes tu... sampai kau...  s-sampai buat kau tertekan — a-aku minta maad Dell... aku patutnya percayakan kau...tak patut aku fikir macam tu pasal kau sedangkan aku tahu,  aku ada disisi kau waktu kau terima rawatan..waktu kau dalam proses pemulihan"

Tangisan serta esakan Rebecca menambahkan kesuraman suasana. Dellina hanya mampu membisu, tangan naik membalas pelukan sahabatnya.

" its okey Recca. Aku tahu kau cuma...  bimbangkan aku. Sorry sebab aku buat kau susah hati hum "

" no. Aku salah... aku patutnya sokong kau, bagi semangat pada kau bukan buat kau tertekan dengan mencurigai kau "

Dellina melepaskan keluhan halus. Pergelangan tangan sahabatnya digenggam kemas, " — its nothing. Aku yang patutnya bersyukur ada sahabat macam kau. Tak pernah kau tinggalkan aku " lirih suara Dellina, dihambat emosi.

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now