BFM|| 26

2.1K 170 15
                                    

[ send your love if you do like this chapter 💜]




вяєαтн ƒσя мє


•••

Those broken promises,
useless tears,
And you still asking me,
why couldn't I choose you?
I wonder, why...

•••




Air dari baldi itu dijirus ke tubuh dan wajahnya.


Dingin. Seakan bongkah ais dilempar ke wajah.Nafas tercungap-cungap, dalam pada anak matanya naik menikam ke wajah manusia yang berada disekitarnya.

Tubuhnya merekrut ditengah-tengah ruang gudang itu, berlantaikan debu dan berpasir. Tangan naik menekan bahagian abdomennya yang pedih menyucuk kesan sepak terajang manusia -manusia tak berhati perut disitu.

Desah nafasnya kuat, bergema diseluruh genap penjuru gudang lama itu. Sesekali ringisan terdesak melalui belahan bibirnya mengering.
Peluh merenih diwajah dan lehernya.Begitu sengsara tubuh menahan derita sepakan dan pukulan.

Air mata sudah lama mengering ditubir mata. Suaranya juga kian hilang, tidak terhitung lamanya dia menjerit melolong sepanjang tubuhnya diseksa. Kelopak mata kian memberat, tubuh yang hampir tumbang ditahan dengan kudrat tangan.

" ingat, boss cakap selain muka dia " sekali lagi ketua yang mengetui kumpulan kecil itu bersuara, memberi peringatan sama kepada anak buahnya yang sekadar mengangguk faham.

" sekali lagi aku ulang, hanya pukul.  Aku tak nak korang buat benda lain dekat dia,  faham! " Tempikan itu pantas mendapat jawapan kuat daripada anak buahnya.


Perlahan Dellina mendongak. Mata melirik setiap daripada manusia itu yang mulai mengambil posisi masing-masing. Kurang sesaat, dirinya sudah dikepung dalam bulatan manusia. Makin deras detak jantung, menyentak tubuh yang sedia terseksa.

Desah nafas memberat bagai rantai besi dibelahan bibir. Sebelah tangan menampung tubuhnya yang cuba mengesot meski dia sedar usahanya itu hanya sia-sia. Sebelah lagi tangan masih kuat menekan pada perutnya.
Tidak sanggup lagi tubuh itu menahan pukulan dan sepak terajang sedangkan dia baru sahaja tersedar dari pengsan setelah dipukul selama hampir 20 minit.

Mata pantas meliar ke wajah-wajah itu. Ketakutan menelan seleruh jiwa raga dengan setiap langkah mereka yang menghampiri dirinya yang tersadai lemah. Bulatan manusia itu semakin mengecil.

Dalam separa sedar,  tubuhnya tertiarap ke lantai sebaik sahaja sepakan kaki menemui tubuh itu. Kedua-dua tangan refleks melindung wajah meski tubuhnya sahaja yang menjadi papan sasaran mereka.
Perutnya ditendang, dipijak berkali-kali. Bahagian atas kakinya disepak.

Pandangan yang kabur semakin kelam sebelum gelap serta merta.








»»————————————————»»

" aku nak tahu location dia sekarang. Kau cari dia! "

Lantang arahan Leon menerebos corong telefon sebaik sahaja mendapati bahawa Dellina tidak dapat dihubungi. Lokasi terakhir wanita itu juga belum dikenal pasti. Hilang tanpa jejak!

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now