6

3.2K 183 2
                                    

BREATH FOR ME|| 6


      DELLINA membisu dalam pada bersandar ke kepala katilnya. Sesekali bibirnya diketap perlahan apabila telinga mendengar kicauan burung yang bernyanyi dipagi hari itu. Hati serta merta pedih sebaik menyedari dirinya yang sudah hilang upaya. Tiada lagi pemandangan indah yang mampu ditatap. Segalanya direntap pergi darinya. Kejam. Takdir begitu kejam kepadanya.

Bunyi derapan kasut mulai kedengaran disegenap ruang bilik itu. Keupayaan diri Dellina yang terhad telah membuatkan dirinya semakin teliti, menggunakan sepenuhnya deria pendengaran bagi memenuhi tugas matanya.

“ aku bawakan breakfast untuk kau”

Suara Seth Harrison itu pantas membuatkan Dellina mencebik. Jelas tidak menyukai akan kehadiran lelaki itu. Hati wanita itu tidak akan pernah mengalah. Kebal, meski lelaki itu merayu seteruk mana sekali pun. Hatinya tekad, tidak akan sesekali dirinya kembali dalam tawanan lelaki yang pernah dia cintai itu.

Seth Harrison hanya tersenyum kelat. Bungkusan makanan yang dibelinya segera diletakkan diatas meja.
“ — kau tak makan lagi kan?  ” soalnya sambil tangan lincah menyediakan makanan itu untuk dihidangkan buat Dellina. Sesekali iris matanya melirik ke wajah wanita itu,  masih tidak puas dalam merenung wajah mulus itu.

Dellina membisu. Sengaja mengendahkan pertanyaan lelaki itu.
Sehinggalah telinganya menangkap bunyi seretan kerusi. Menandakan bahawa lelaki itu sedang duduk disisi katilnya. Bibir diketap dalam tak sedar bersama benang-benang kebencian yang mulai disulam pada kepingan hatinya.

“ benci aku macam mana sekali pun kau still kena makan. Jangan seksa diri kau semata-mata sebab kau benci dengan aku — ”

Dellina menoleh ke arah suara lelaki itu. Bibir tersenyum sinis, sudah bersiap sedia dengan serangan bicara penuh provokan.
“ kau letak diri kau tinggi sangat Harrison” , decitan halus menemani hujung selarannya. “ — kenapa pula aku...  perlu korbankan diri aku demi kau? Kau bukan sesiapa dalam hidup aku. Bare that in your fuckin' mind mister ”

Seth mengangguk kecil, bibir dicebik dalam pada menahan rasa pedih yang mengguris jiwa lelakinya. Perlahan-lahan keluham dihela lemah. Cuba mengikut rentak wanita itu.
“ so, kau okey je lah kan kalau aku suapkan kau makan. Aku dengar dari nurse,  kau tak dinner semalam. So its better kalau kau jamah sikit makanan pagi ni. Aku tak nak kau sakit pulak nanti ” ujar Seth seraya merapatkan sudu bubur ke bibir Dellina.

Dellina pantas menepis tangan lelaki itu. Menghantar terus sudu besi itu ke arah lantai bilik rawatannya. Dentingan halus sudu  mengisi kebisuan ruang antara pasangan itu
“ nice try Harrison, tapi kau tak akan berjaya. Aku nak tengok sampai bila kau boleh hadap dengan 'hukuman' aku ni. Janji kau tu — kau boleh simpan. Aku tak akan pernah percayakan kau. Cukup dengan apa yang kau dah lakukan lima tahun lepas... ” 

Seth Harrison terkesima. Iris matanya tajam meneliti wajah wanita dihadapannya. Kerutan terlakar diwajah dan dahinya. Tidak dihiraukan egonya yang tercalar, malah perkara yang lebih membimbangkan dirinya adalah perkara yang sudah berlaku lima tahun lalu.

“ — then tell me Dell, apa jadi dalam tempoh lima tahun tu?  Apa yang buat kau bencikan aku sampai macam ni sekali?  Tell me everything Dell ”

Riak wajah Dellina yang berubah tidak lari dari tatapan mata helang Seth Harrison.
Dellina mulai meraba-raba permukaan katilnya,  “ phone aku mana? ”

Seth mengeluh, sedar akan percubaan wanita itu untuk mengalihkan perhatiannya sekali gus lari dari topik asal mereka. Wanita itu jelas tidak bersedia untuk menjawab persoalannya.

“ phone kau rosak. Aku dah hantar kedai untuk baiki. Why?  ”

“ kawan aku. Dia mesti cari aku — ” luah Dellina, mulai teringat akan sahabatnya Rebecca. Wajahnya mulai resah,  risau andai sahabat baiknya mencari dirinya memandangkan dia sudah lama tidak menghubungi wanita itu sepanjang dia ditahan dihospital ini.

“ jangan risau,  nanti lepas phone kau dah dibaiki aku akan call kawan kau tu” ujar Seth dalam pada mengutip kembali sudu yang ditepis wanita itu.
“ — cuma sekarang ni, back to our topic. Kau kena makan jugak. Nak tak nak,  aku tetap perlu paksa kau." Sambungan Seth Harrison itu dibalas keluhan rimas oleh Dellina yang mulai membelakangkan lelaki itu. Tangan disilangkan ke dada.

Pandangan mata Seth jatuh pada buah-buahan yang elok terletak didalam bakul diatas meja sama. Segugus anggur diambil seraya kaki melangkah semula ke arah katil Dellina. Duduk dilabuhkan diatas katil itu, benar-benar disamping tubuh wanita itu.

“ — kalau kau tak nak bubur then, makan buah je.  Boleh?  ” lembut pertanyaan Seth Harrison namun dibalas dengan kebisuan. Lelaki itu mulai dihambat dengan rasa hilang sabar. Jujur, seorang Seth Harrison bukanlah lelaki budiman yang begitu tertib dan baik.

Melihatkan kebisuan dan kedegilan Dellina, memaksa lelaki itu menarik leher wanita itu, lantas sebiji anggur yang digigit dalam mulutnya ditolak ke dalam mulut Dellina.
Kaget dengan perbuatan lelaki itu,  Dellina refleks menampar kuat wajah lelaki itu. Tamparan yang begitu kuat sehingga membuatkan wajah Seth Harrison tertoleh ke sisi.

Buah anggur didalam mulutnya segera diludah oleh Dellina. Tangan yang masih ngilu akibat menampar wajah lelaki itu dikepal kuat.
“ kau ingat aku ni siapa huh?  Perempuan kau?  Hamba kau ke huh setan ?! ”

Kelantangan selaran Dellina menyedarkan Seth yang mulai tertunduk kesal. Tangan mulai naik memicit pelipisnya.
Belum sempat bicara maaf meniti dibibirnya,  sekali lagi dia ditengking oleh wanita itu.

“ — kau memang tak akan pernah berubah kan!  Senang-senang kau tinggalkan aku macam sampah...  then balik sini kau layan aku macam  barang kau kan! Aku ni bukan barang kau tahu tak,  yang suka hati kau nak kutip,  suka hati nak buang — ” amarah yang mengisi hati Dellina mulai memakan dirinya. Air mata yang hangat melata diwajah mulusnya memaksa Dellina mengetap kuat bibirnya bagi menahan sebarang tangis .

“ disebabkan kau — diri aku...  dah macam tiada maruah. Disebabkan kau...  hidup aku hancur sepenuhnya. Disebabkan aku ni barang permainan kau,  aku dilayan persis macam perempuan murahan. Disebabkan aku terima kau dalam hidup aku lima tahun lepas,  aku terpaksa tanggung segalanya ... Segala-galanya yang kau tinggalkan waktu tu,  beban dan liabiliti disebalik nama kau tu— aku yang kena tanggung! ”

Seth makin hanyut dalam persoalan demi persoalan. Setiap perkataan yang diluahkan oleh wanita itu sukar difahaminya. Dia benar-benar hilang punca. Terdesak untuk mengetahui kebenaran dibalik setiap bait kata wanita itu. Kerutan semakin memenuhi wajahnya.

“ kau tak patut balik sini Seth”

Buat pertama kali, Dellina menyebut nama lelaki itu. Nama yang sering menjadi panggilannya sewaktu mereka masih berhubungan.

“ kehadiran kau semula dalam hidup aku,  bagai membunuh aku buat kedua kalinya. And that's — hurts alot”

Wajah Seth Harrison bagai disimbah dengan ais, terkesan dengan bicara wanita itu. Niatnya hanya cuma mahu memperbaiki segalanya , tidak sedar bahawa cukup dengan hanya kehadirannya dalam hidup Dellina sudah melukakan wanita itu.

Sepasang mata Seth Harrison melirik sedalam-dalamnya wajah Dellina yang kini kosong. Tiada lagi mutiara jernih menodai wajah itu. Wajah mulus itu kembali pada emosi asalnya. Kosong.

Dellina kembali pada posisi asal. Wajah dipalingkan dari tatapan mata Seth Harrison. Tanpa sedar sebutir air mata mengalir hangat dari mata kirinya sebelum dia menutup kelopak matanya.

Seth Harrison diam terpaku disisi katil. Nafasnya naik turun, tidak senada. Wajah kusut dalam persoalan dan tanda tanya yang tidak terjawab. Hati mulai tekad,  tekad untuk mencungkil kembali rahsia dalam angka lima tahun itu.

“ andai angka lima tahun tu betul-betul beri kesan pada kau,  then aku akan cari tahu segala yang dah berlaku pada kau. Dan — kalau dalam tempoh lima tahun tu, kalau ada orang yang melukai kau...  aku akan pastikan mereka terima akibatnya.”

Dellina kaku sebaik mendengar pengakuan lelaki itu. Tangan yang menggigil dalam rabakkan emosi itu dikepal kuat.
“ suka hati kau Harrison ” perlahan sahaja nadanya namun cukup untuk didengari oleh Seth. 







♥♡♥

TO BE CONTINUE

VOTE & COMMENT

notes // there is more to reveal,  please prepare your mental.

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now