BFM|| 39

2.2K 160 8
                                    

Let the end
  be
the end ”

-James Arthur,Sadness-







Dua minggu.
Sudah masuk 2 minggu bersamaan 14 hari lelaki itu tiada disampingnya. Not even a single call!  Mata tajam melirik daun pintu kondo itu, mengharapkan akan berbunyi loceng mahupun ketukan pintu menandakan kehadiran seseorang. Seseorang yang ditunggu-tunggu.

Dellina mengeluh berat, bibir dikemam lembut seraya anak mata jatuh pada skrin iphone miliknya,  berharap perkara sama. Bukankah lebih mudah andai dia sahaja yang call lelaki itu — iya, setiap detik hatinya menjerit perkataan yang sama namun, tiada daya kekuatan buatnya mengambil inisiatif itu. Memulakan langkah yang kelihatan kecil namun cukup besar buat hatinya, atau mungkin sekadar ego.

IPhone yang digenggam ke hulur ke hilir sejak akhir-akhir ini akhirnya ditekapkan ke ataa permukaan meja kaca itu. Sekali lagi, keluhan meniti dibibir. This is so frustrating, damn!
Masih berlegar-legar dalam memori akan bicara lelaki itu sebelum pergi meninggalkannya atas urusan pribadi.

" 2 weeks? " soalnya, masih kaget dengan pernyataan mengejut itu. Langkah yang maju ke hadapan terhenti serta merta,  tubuh berpusing menghadap lelaki itu yang turut sama menghentikan langkahnya.

" more or less?  Aku tak sure lagi, but I'll try to fix those problems as soon as I can . "

Pandangan mata hazel itu terpanah terus ke dalam anak matanya seakan cuba membaca reaksinya. Ada riak bimbang terias diwajah lelaki itu,  namun hanya seketika sebelum ada senyum halus menggarisi lekuk bibirnya.

" actually, aku patutnya pergi lebih awal... tapi aku tak nak kau keseorang bila berdepan dengan kes kau ni... sebab tu aku postpone sampai ke hari ini. " Iris mata hazel itu melirik datar permukaan tanah sebelum naik sekilas merenung ke dalam anak matanya.

Seketika kebisuan mengisi jurang antara mereka, melakarkan garis-garis halus didahi Leon yang mulai mempersoalkan kebisuan dirinya.
" — why kau diam je? Tak nak tanya apa-apa? "

Lama Dellina merenung tepat anak mata hazel itu. Sepasang mata yang dia bakal rindui buat satu tempoh.
Jantung yang berdetak dalam satu nada itu begitu tenang, seakan turut sama merasai rintihan emosi yang mulai bernada hiba. Perlahan, dijatuhkan pandangannya ke tanah.

Kurang sesaat pergelangan tangannya dipaut dalam kehangatan genggaman lelaki itu. Pantas matanya naik menikam wajah itu, namun tidak lama apabila matanya menangkap pergerakan lelaki itu yang lain. Seutas gelang dipakaikan dipergelangan tangannya. Penghujung gelang tangan itu ditemukan sebelum diklipkan. Sempurna dipergelangan tangannya yang masih berada dalam genggaman lembut seorang Leon.

" ini...  hadiah aku untuk kau sempena... perpisahan pertama kita "

Refleks sepasang mata hazel itu dicari dalam gesa. Debaran didada sudah mulai berdenyut tatkala sekeping hati berlayar dalam pelayaran yang dipenuhi kebimbangan.

Jemari Leon mengelus halus utas gelang tangan itu seraya tersenyum halus. Namun, mengapa terlihat hambar dipandangan matanya?  Mengapa, sekeping hati ini terpanggil untuk menghalang lelaki itu pergi... Mengapa ada rasa berat yang menghempap dadanya tika ini —

" — kalau boleh aku tak buat keputusan macam ni..." nadanya lemah, separuh berbisik. " kalau boleh bukan pilihan ini yang aku nak kan... sebab aku tahu...  risiko dia... besar untuk aku terima. Tapi, aku perlu pilih jalan ni,  demi sesuatu yang aku inginkan... demi sesuatu yang cuba aku gapai. Demi sebuah janji yang dah aku meterai .Demi,  hati yang aku... pilih "

вяєαтн ƒσя мє Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz