BFM ||25

2.4K 174 17
                                    

вяєαтн ƒσя мє




•••





Sebulan berlalu.




Dunianya sudah tidak seperti dulu. Wajahnya,  biodatanya semakin terserlah dimata dunia. Dia kini dikenali sebagai ' gadis Q ' dan banyak lagi nama-nama lain seumpama itu.

Leon.

Lelaki itu umpama dari kayangan, membawa dia ke dunia lain.  Segala kemewahan dan kemasyuran ini bagaikan mimpi di siang hari.

Keluhan dihela lemah sejurus bungkusan sampah dimasukkan ke dalam tong besar diluar kawasan rumah mereka. Sunglass dipakai memandangkan sudah jadi rutinnya sejak tayangan show sebulan lalu. Ada sahaja orang luar dan media yang terserempak dengannya diluar,  tak terkecuali ada yang memang stalk dirinya. Side effect,  I guess.

Tubuh berpusing, namun kaki yang ingin mengatur langkah terjeda seketika apabila iris matanya menikam  sesusuk tubuh.

Mata saling bertemu meski dibalik sunglass itu, refleks detak jantung berdebar.  Dada ibarat dipukul gendang, memaksa Dellina menggenggam penumbuk.

Callif tersenyum sinis, iris mata tajam melirik wajah Dellina. Diperhatikan diri wanita itu selama yang dia mahukan. Sebelah tangan diseluk ke dalam poket seluar.

Detik berlalu,  sesaat beralih kepada minit. Sekadar hembusan angin lembut menyapa wajah,  renjatan emosi naik tersebar ke ruang angkasa.

Selangkah kaki lelaki itu menapak perlahan, sehingga sedar-sedar sahaja  kedua-dua tubuh saling bertentangan.
Renungan mata Callif tajam, bagai pisau belati yang ditoreh ke telapak tangan. Berdarah.

Luka lama berdarah.

Lelaki itu berdecit halus. Kening terungkit sambil bibir merahnya mengukir senyum tajam.

" Long time no see...  my little dollie "
Jari menguis hujung kening sebelum tawa kecil meniti dibibir. " — I see,  your life have been better nowadays doll. Perhaps ... " bicaranya terjeda apabila tangan naik bersahaja menolak turun sunglass milik wanita itu.

Dua pasang mata saling bertentangan tanpa sebarang halangan.

Dellina menepis tangan lelaki itu, bibir tersenyum sinis. Tidak mahu tampak rendah daripada lelaki itu.

" well its true though. My life getting better,  and your's gonna turn hella worst "

Callif ketawa besar, tangan meraup rambut ke belakang. " I thought the one's dying before is you "

" you thought wrong Mr "

Penegasan Dellina membuatkan senyuman dibibir lelaki itu mati serta merta. Callif merenung tajam ke arahnya, renungan membunuh.
Kebisuan mengisi ruang atmosfera antara mereka sebelum Callif sekali lagi berdecit.

" jangan lupa,  tangan ni " pantas iris mata Dellina menikam ke arah tangan milik lelaki itu yang diangkat separa bahu. Jelas diperagakan dihadapan matanya.

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now