10

2.7K 180 12
                                    

»»—————BREATH FOR ME ||10




»»————————————————»»

    

          KELUHAN panjang daripada salah seorang teman baiknya yang sudah lama berkecimpung dalam profesion pegawai polis menaburkan benih gundah dalam dada Seth Harrison. Sengaja dia menelefon lelaki itu bagi meminta pertolongan akan perihal kes Dellina. Ini sahaja satu-satunya cara bagi membela nasib wanita itu.
Dengan membuka semula kes itu.

Pegawai berjawatan tinggi itu masih ralik menelaah report bagi case yang dimaklumkan oleh Seth. Sesekali kerutan terpancar diwajah sebelum dengan sebuah helaan berat fail ditangan ditutup kemas.

Mata naik bertentang dengan mata Seth Harrison. Kedua-dua tangannya diletakkan diatas meja sebelum digenggam separa erat.

" berat kes ni Seth "

Cukup dengan permulaan ayat itu sudah membuatkan Seth Harrison tertunduk kesal.

" sukar untuk bukak balik kes ni memandangkan case ni dah lama tutup. Infact, keputusan dibuat oleh mangsa kes ni sendiri. Bukan senang nak cari balik bukti semua tu Seth "

" tak kan kau tak boleh nak tolong aku Ben — atau beritahu aku,  cara terbaik untuk aku cari penjenayah tu"

Seketika masing-masing membisu. Nafas ditarik panjang oleh Ben, cuba memikirkan jalan keluar terbaik tika ini.

" mangsa kes ni, dia ke yang minta untuk bukak semula case tu? Dia bersedia untuk tampil beri keterangan? "

Gelengan menggantikan jawapan Seth. Kening bertaut dalam emosi lantas tangan segera naik memicit pelipisnya.

" aku takut nanti kalau kita bukak semula case ni,  mangsa sendiri tak nak beri kerjasama macam yang dah tertulis dalam report sebelum ni. Even polis dan penyiasat pun tak mampu nak bantu kalau mangsa sendiri tak beri keterangan yang sepatutnya"

Keluhan meniti dibibir pegawai itu.
" — aku tahu niat kau baik.Tetapi case ni bukan sahaja melibatkan kau. Akan banyak pihak yang akan dipanggil buat keterangan...  dan salah seorang yang paling penting adalah watak utama case ni sendiri.Jadi , nak atau tak nak kau perlukan persetujuan dia. Kita perlu persetujuan dan kerjasama dia, so that case ni boleh diselesaikan "

Seth ketap bibir. Terpaksa akur dengan pernyataan temannya.  Ditambah pula dengan keadaan Dellina tika ini,  pasti menyukarkan lagi proses case ini.  Mungkin — ini bukan masa yang sesuai.

Mungkin dia masih memerlukan sedikit waktu. Mungkin — Dellina masih perlukan sedikit lagi masa untuk dia benar-benar pulih. Dan mungkin, tika itu Dellina mampu memberikan kerjasama. Iya, dia tidak harus terlalu gelojoh dalam berbuat keputusan. Situasi Dellina perlu dipertimbangkan.

" aku akan pertimbangkan apa yang kau cakapkan,  tapi ada satu benda aku nak minta tolong kau — "

»»————————————————»»

    DAUN PINTU bilik rawatan 105 itu ditilik buat ke sekian kalinya, sebelum dengan pantas mata melilau ke sekeliling. Kawasan koridor hospital yang lengang itu memudahkan dirinya memasuki bilik rawatan yang didiami Dellina.

Langkah kaki Aiden berat menapak ke dalam bilik itu. Serentak, iris matanya naik menikam ke arah wajah seorang wanita yang terbaring dikatil.

" siapa?  "

Kebisuan mengisi ruang bilik, memaksa Dellina mempertajamkan pendengarannya. Diri terasa diperhatikan, malah telinganya tidak salah mendengar bunyi tolakan pintu itu tadi. Namun, siapa —

вяєαтн ƒσя мє Where stories live. Discover now