Dia— dia menangis.. Dia yang melihat dari kejauhan.. Tiada daya untuk melangkah ke arah kubur gadis itu.. Air mata turun sama seperti hujan yang makin lebat membasahi bumi

"Aku—Aku minta maaf.. Aku tak sangka jadi macam ni" teresak dia di situ

"Selamat tinggal sahabat"

Dari arah lain, seseorang yang turut memerhati tersenyum sinis.. Pembantu di sebelah yang sedang memayungkan dirinya dilihat sebelum dia memandang semula ke hadapan

"Next target?" soal pembantunya

"Kawan dia"

🌹

Adriana mengeluh lemah.. Dilihat ramai yang sudah sampai.. Sekali lagi dia mengeluh lemah apabila melihat nama yang tertera pada telefon yang sedang berdering

"Adriana" beku suara Adriz

"Hello"

"Kau ada mana?"

"Ak—aku ada—"

"Cepat sikit,, semua tengah tunggu kau.. Jangan menyusahkan orang" terus telefon diletak.. Adriana merengus perlahan.. Handbrake diturun dan kemudian kereta di parking kan dengan lebih kemas di hadapan rumah Tengku Haris.. Kemudian, matanya tertancap pada kereta milik keluarga Aryan

Adriana mengerutkan keningnya.. Tanpa melengahkan masa terus Adriana keluar dari kereta.. Wajah yang dihiasi make-up dilihat sekilas pada cermin kereta

"Assalamualaikum" salamnya dibalas sepi.. Dilihat setiap orang yang sedang berkumpul di ruang tamu, mata sembap, hidung merah, mata merah

Adriana mengambil tempat duduk di sebelah  Adriz.. Hatinya dikeraskan supaya menghiraukan abangnya yang nampak tidak selesa berada di sebelahnya.. Air liur ditelan berkali-kali menghilangkan rasa sakit di dada

"Pak long kumpulkan semua hari ni sebab ada beberapa perkara yang pak long nak beritahu.. Pak long dah bincang dengan semua, jadi pak long harap korang semua kena terima"

"Pak long nak Adriana gantikan tempat Khaira untuk jadi isteri Aryan"

Setelah ayat itu meluncur tenang dari mulut Tengku Khalif, terus lelaki tua itu mendapat bantahan

"NO!" larang Kusya dan Kaifa

"We will not accept her as wife to Aryan" tegas Hana berkata

"Apa pun kamu katakan , Aryan dan Adriana harus disatukan.. Selebihnya Pak long serahkan pada orang tua Aryan dan Adriana"

Camelia terus mengeluarkan mini recorder miliknya yang tersimpan di dalam poket seluar.. Adriana dipandang bagai mahu terkam.. Dia takkan benarkan pembunuh itu berkahwin dengan Aryan

"Siallah! Sebabtu aku taknak tidur sini" Kalau diikutkan hati mahu sahaja kaki melangkah ke dapur untuk mengambil pisau.. Bencinya pada Khaira makin meluak-luak

"Gedik punya perempuan! Betina sundal! Dah pukul 11 malam pun tak reti nak tidur"

"Memang nak aku rosakkan majlis dia lagi ke?!"

"Jangan sampai aku upah orang untuk bunuh kau Khaira!" kata Adriana apabila pasangan itu makin galak bergelak ketawa.. Sakit hatinya tak dapat ditanggung

'Kalau nak gelak tu gelak la! Tak payah la pegang Aryan!' daripada dia memerhati Khaira menggenggam lengan Aryan yang berlapik

"Betina ni memang nak kena!" Adriana baru hendak melangkah menuruni tangga secara tiba-tiba dia merasakan bahunya disentuh dari arah belakang.. Gadis itu terus berpusing ke belakang untuk melihat gerangan yang memegang bahunya

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now