Satu senyuman diberikan kepada lelaki yang ralit merenungnya sejak tadi. Haih, dah kenapa pula ni?

Muka aku sememeh sangat ke?

Dia menoleh untuk melihat biasan wajahnya di cermin jet. Rambut blondenya yang terjuntai ke dahi diselit ke telinga. Aih, okay je muka dia.

"Why are you staring at me?" Wajahnya dibuat-buat garang. Realitinya dia nak sorokkan muka dia bawah kerusi. Mukanya sudah merah menahan segan.

Pluto menahan ketawa melihat gelagat teruna dan dara.

"Haih..remeo nak mulakan drama pukul 7 dahhh." Perlinya sambil mencuit Arissa yang sudah separuh mamai.
.
Venus melayang perlahan ke belakang sebelum kembali ke tempat duduknya dan mengenakan seat belts.

"Wow. Your face turn red. Just like toto."

Laura tenganga. Toto?

"Toto?" Soalnya sambil mengerutkan dahi.

"Buah bulat yang mummy kau letak dalam makanan tu. Warnanya merah kan? Aku suka rasanya masam-masam."

Buah merah?

Letak dalam makanan?

Rasanya masam?

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

"Maksud kau tomato?" Arissa memandang Vens yang kelihatan yakin dengan jawapannya.

Satu saat...

Dua saat..

Ruangan jet itu dipenuhi dengan gelak ketawa. Ada patut tomato jadi toto? Lawak apakah ini?

"Muka kau konfiden gila pula tu." Pluto yang paling kuat ketawa. Lelaki itu menekap perutnya menahan senak akibat terlalu banyak ketawa.

Vens..Vens..

"Habis tu toto tu apa?" Soalnya sambil menggaru pelipis kanannya. Senyuman senget diberikan.

"Kalau di bumi, toto tu adalah alas tempat tidur." Terang Laura yang masih mengekek ketawa.

"Rasanya aku patut belajar banyak benda fasal bumi. A lovely place to visit."

"Kami sedia membantu kau, Vens. Tanyalah apa yang kau nak tahu. Kalau kami tahu, kami jawablah."

Jet menghampiri Pearl planet. Sila siap sedia untuk pendaratan.

Laura dan Arissa berbalas pandang. Kilauan planet itu sentiasa membuatkan mereka terpukau dan terpesona dengan keindahannya.

Tujuan mereka ke situ bukan sahaja untuk jalan-jalan tetapi dengan satu lagi tujuan iaitu...

Berjumpa dengan Katerina! Masih teringat lagi tentang kedatangan pakcik Greg dan pakcik Venom ke bumi untuk memujuk mereka berjumpa dengan Katerina.

Katanya gadis cantik itu bersedih dan berkurung sejak mereka meninggalkan planet itu 3 tahun lalu.

Jangan risau Kate, kami juga rindukan kau!

Laura menyapu sisa air mata. Pandangannya dilepaskan ke arah luar tingkap. Beberapa gugusan bintang melepasi jet yang dinaiki.

 Beberapa gugusan bintang melepasi jet yang dinaiki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now