Mendengar amaran dari Daniel membuatkan masing-masing sudah rasa gementar. Kali ni memang betul-betul Daniel naik angin ni.

" Err, encik Daniel. Red call. " kata Faris sambil menunjuk telefon Daniel kepada Daniel. Daniel mengeluh panjang sebelum mencapai telefonnya. Speak of the devil!

Red call memang terkenal di dalam syarikatnya. Pantang nampak kesusahan orang sikit, pasti di bantu. Tapi bantuannya lain macam sikit. Biasalah, orang mana je yang nak tolong tanpa sebabkan. Oleh itu, ianya digelar red call.

" Hello. "

" Trade in? Bila? "

" Nope. Cuba u tanya Encik Leo. I tak pernah dengar tentang tu. "

" Wajib ke? "

" Okay. Jumpa lepas ni. "

Butang merah ditekan. Kemudian, telefon diletakkan atas meja. Wajah pekerjanya satu per satu.

" I give u all last chance. Esok pagi saya nak tengok semua perfect before pukul 10 am. Tolong beri kerjasama dan jangan nak harapkan Faris sahaja . " Kata Daniel kemudian dibalas dengan anggukan dari mereka semua.

" Saya pergi dulu. Red call dah memangil. Bye. See u. " kata Daniel lalu mengambil jaketnya sebelum menolak daun pintu bilik mesyuarat.

Sebaik sahaja melihat Daniel melangkah pergi, semua menghelakan nafas lega. Fuh! Tak bernafas mereka semua ketika Daniel turut berada bersama tadi.

" Ni semua salah kau, alif. Aku dah suruh buat awal kan. Tengok mengamuk dah encik singa tu ha. " kata salah seorang wanita yang turut berada di situ. Sambil itu tangannya ligat mengemas barang yang berada di atas meja.

" Apahal aku lak? Korang la. Lukisan pun tak betul. " balas lelaki yang bernama alif itu.

" Eh, mana ada. Kalau kau..."

" Dah,dah. Salah masing-masing. Yang penting sekarang pergi sambung kerja. Dont waste your time. " Tegur Faris sebelum dia pula melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Haih, diorang ni. Tak reti bersyukur bila diberi peluang lagi oleh Daniel. Cuba kalau zaman dia mula-mula masuk, habis ditengking oleh Daniel semua. Tapi Daniel tak adalah jahat mana, cuma dia kalau boleh nak kerja yang perfect supaya tak susahkan orang lain.


<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


Habis sahaja meeting dengan orang Red Call tadi,dia terus memecut laju ke syarikat papanya. Bilik kerja adiknya menjadi sasaran utama sebaik sahaja dia melangkah masuk. Daniel memandang adik kembarnya yang sedang sibuk dengan kerjanya.

Danish yang dari tadi tak senang duduk sebab Daniel asyik memerhatinya terus menghembus nafas panjang. " Kau apahal, abang? Buang tabiat ke hari ni datang sini? "

" Saja. " Jawab Daniel pendek. Walhal dalam hatinya ada niat lain sebenarnya yang berkaitan dengan adik kembarnya itu.

" Kau dah berhenti keje ke? Aku dah cakap dah nanti jangan nak merengek nak masuk sini balik. " Kata Danish secara tiba-tiba. Bukan apa, Daniel akan datang ke syarikat ini kalau ada hal penting sahaja. Dan hal yang penting tak lain tak bukan, kalau dia tengah jatuh sekarang ni. Jatuh bukannya jatuh yang boleh buat luka tu, tapi jatuh dari segi pekerjaan.

" Gila. Aku okay je la. " kata Daniel sebelum membelek-belek dile yang berada di hadapannya. Sesuka hati dia je tengok privasi orang.

" Dah tu? Kau buat apa kat sini? " soal Danish namun dibalas dengan senyuman kambing Daniel. Sah, abangnya itu dah gila.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now