52 | Kesedihan si kecil

6.1K 296 23
                                    

  SYAF menarik nafas dalam sebelum dihembus kasar. Masih sakit hati apabila Xander tidak mengangkat panggilannya. Mana lelaki ini menghilang? Tiba-tiba Syaf terbayang kisah silam yang terjadi di antara mereka. Pantas kepala digeleng. Dia tak mahu kehilangan lelaki itu untuk kali yang kedua.

  Deringan telefon pintarnya membuatkan hatinya berasa sedikit lega. Saat matanya menatap skrin telefon, keluhan hampa dilepaskan. Xander yang dicari, tetapi Joe yang muncul dalam keadaan begini. Dengan terpaksa Syaf mengangkat panggilan tersebut.

  Bukan dia tidak rindukan sepupunya itu. Namun, pada waktu begini dia lebih risaukan Xander kerana lelaki itu tiba-tiba menghilang sejak beberapa hari yang lalu.

  "Hello," Sunggul sahaja wajah Syaf. Suaranya juga kendur. Tidak seperti selalu ketika dia berbual dengan Joe di telefon. Perubahan itu sangat ketara.

  "Oh shit. Siapa yang buat kau sedih ni? Cuba cerita sikit. Apa yang dah jadi dekat sana?" Soal Joe lembut. Kalau dia tahu punca wanita ini bersedih disebabkan Xander, memang Joe akan cari lelaki itu sekarang juga. Sudah diberi peluang, tak mahu gunakan dengan sebaik mungkin. Sia-sia sahaja pengorbanannya nanti.

  Syaf terdiam sejenak. Berfikir sama ada mahu memberitahu perkara ini ataupun tidak. Tetapi untuk kebaikan Joe, dia harus merahsiakan perkara ini. Biarlah Joe anggap dia bahagia bersama Xander di sini. Syaf tak mahu sepupunya itu susah hati.

  "Aku okay. Penat sikit je ni."

  "Penat buat apa? Kau bukannya kerja pun."

  Muka Syaf berubah cemberut.

  "Hello, baik sikit. Aku dah kerja okay. Tapi dekat kedai butik jelah. Ala okaylah tu janji halal." Sedikit terasa dengan kata-kata Joe, Syaf cuba legakan hati sendiri.

  Dia tahu dia banyak membuang masa selama ini. Tapi Syaf sudah bertekad untuk sambung belajar. Tidak terlambat lagi baginya untuk menyambung pelajaran. Selama ini, zaman remajanya banyak dihabiskan untuk menjejaki kehilangan Hanis.

  "Aku gurau aje. Janganlah serius sangat."

  Syaf cuma senyum nipis. "So how? Jadi CEO ni susah tak? Ni mesti banyak pekerja kau yang suka kau kan. Ei, untunglah. Kalau aku ada dekat sana, aku debik sorang-sorang. Berani diorang nak tackle sepupu aku?" Sambil berbual, Syaf memberikan reaksi muka sekali. Matanya membulat saat menyoal Joe.

  Joe ketawa. Dia betul-betul rindukan gadis ini! Pantas panggilan tersebut bertukar menjadi FaceTime.

  Tersenyum Joe saat melihat Syaf yang manis bertudung biru laut itu. Dalam diam, tangannya naik menyentuh skrin telefon seolah ingin menyentuh wajah itu. Mata Joe dan Syaf bertaut lama.

  "I miss you..."

  Terluah juga apa yang terbuku di hati Joe selama ini. Memang benar dia sudah merelakan semuanya, tetapi separuh hatinya masih mengharapkan gadis itu pulang ke pangkuannya. Dia tahu ini semua mustahil.

  "I miss you more, Joe."

  Syaf turut membalas bersama senyuman ikhlas di bibir. Wajah sepupunya itu dipandang redup. Sudah hampir tiga bulan mereka tidak bertemu empat mata. Ini semua gara-gara Joe yang terlalu sibuk menguruskan resort di Pahang. Namun, Syaf tidak terasa hati. Dia faham dengan pekerjaan Joe.

  "Kau dengan Xander... Macam mana?" Mahu tak mahu Joe perlu tahu hubungan Syaf dan Xander meskipun hatinya sakit saat menuturkan soalan itu.

  Ibu jari Syaf mengusap skrin telefonnya perlahan. "Kitorang baik-baik aje. Kau janganlah risau." Tersenyum tawar sahaja Syaf saat dirinya sudah menipu Joe. Dia tak mahu sepupunya itu susah hati. Syaf cuma mahu Joe tenang di Pahang.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now