11 | Misi Pertama

12.3K 515 34
                                    

SUDAH dua hari berlalu, termasuk hari ini Hanis masih terkurung dalam bilik. Selama itu juga, Lyna menetap di markas ini yang membuatkan dia perlu menyorok daripada gadis itu. Namun bukan sahaja terkurung, malah dia mendapat habuan daripada Eafy. Makin lama, hatinya sakit. Bagai diguris sembilu.

Hanis banyak berdiam. Apabila Eafy menyeksanya, dia hanya pasrah dan rela. Rela tubuhnya menjadi amukan Eafy, rela dibelasah oleh lelaki itu. Tetapi, dia tak akan rela apabila lelaki itu ingin merampas mahkotanya. Tak akan sesekali berlaku.

Daun pintu ditolak dari luar. Tersembul wajah bengis Eafy yang selalu menjadi tatapannya. Hanis berfikir sejenak. Sampai bila dia kena seksa begini? Sampai bila Eafy nak kurung dia dalam bilik ni? Sampai bila dia perlu bertahan di sini? Ataupun, suasana itu berakhir apabila riwayat Hanis tamat di sini? Jadi, separuh daripada hidupnya akan menetap di rumah serba mewah ini, tetapi bilik yang penuh kegelapan.

Eafy mengambil tempat di birai katil, bersebelahan dengan Hanis. Tetapi matanya menonong memandang depan. Dia juga seperti tiada perasaan. Entah kenapa, dia berasa perasaan itu mula hilang. Hanis sudah hilangkah dalam hatinya?

"Aku dengan yang lain ada kerja." Eafy berkata mendatar. Dia mengeluh perlahan apabila tidak mendapat respons daripada gadis di sebelahnya. Hanis kunci mulut. Dia bersandar pada kepala katil dan melunjurkan kaki. Mata sempat dipejam. Sesekali, dia mengaduh sakit apabila belakang badannya terkena kepala katil. Sakit. Lagi-lagi apabila bahagian badannya yang kena libas dengan Eafy. Sudahlah belum sembuh lagi.

Hanis tersenyum pahit. Macam mana nak sembuh kalau hari-hari kena libas?

"Aku nak kau kemas rumah."

Terus mata itu terbuka luas.

"Aku sakit, Eafy." Hanis berkata perlahan dengan nada sayu. Cuba meraih simpati Eafy. Bila terpandang kakinya yang banyak bertompok lebam itu, dia berasa dirinya tak guna. Useless. Sakit di kaki hanya tuhan sahaja yang tahu. Bagaimana peritnya kakinya itu dipijak Eafy semalam. Kuat dan menyakitkan.

"Aku peduli apa. Buat kerja kau, atau kau kena tempias malam ni." Amaran itu sudah biasa menjelajah gegendang telinga Hanis. Gadis itu tersenyum hambar melihat susuk tubuh Eafy makin menjauh sebelum hilang ditelan daun pintu. Dada dicengkam kuat sambil bibir digigit menahan perasaan yang bergelora.

Terkadang, dia tertanya. Adakah Eafy masih cintakan dia sepertimana lelaki itu melafazkan ucapan manis bak madu semasa mereka duduk di bangku berdekatan tasik? Masih samakah perasaan lelaki itu terhadapnya? Atau sudah berdalih arah kepada yang lebih baik?

Entah. Dia sendiri keliru.

----

MASK dipakai ke mulut. Contact lens yang boleh memaparkan segala gerak-geri manusia dengan jelas dipakai ke mata. Tidak lupa juga, baju kalis peluru yang perlu mereka pakai ke tubuh. Wajib.

Masing-masing memandang sesama sendiri sebelum mengangguk kepala perlahan. Misi pertama pewaris Catch bakal bermula.

Tidak membuang masa, kaki diatur ke arah kereta-kereta yang elok tersusun. Eafy berhenti sejenak. Mata helangnya memandang sekeliling, cuba mencari sesuatu. Apabila sudah jumpa, lantas dia mengorek senyuman senget.

Superbike BMW HP4 menjadi pilihan. Dia melangkah mendekati kesayangannya dan lantas dia menghidupkan enjin. Berderum-derum asap keluar dari enjin tersebut. Parking lot markas yang dipenuhi kereta-kereta ahli Catch mula bingit dengan bunyi enjin kenderaan masing-masing. Nampak sangat semua tidak sabar menjalankan misi pertama sebagai pembunuh upahan.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now