48 | Persoalan Terjawab

7.8K 308 4
                                    

Janji last HAHAHAHA

*****

   SYAF meramas-ramas jarinya. Entah kenapa setelah lama mereka tak berhubung, rasa kekok untuk berbual seperti dahulu. Tambahan, dia tetap berasa bersalah kerana mementingkan diri. Patutnya dia harus menahan lelaki itu daripada terus melangkah pergi. Susah senangnya tetap diisi oleh jejaka itu.

"Kau bahagia sekarang?"

Pertanyaan itu buatkan Syaf mengangkat kepala. Tubir matanya hangat menatap wajah itu.

"Alhamdulillah. Kau?"

Joe senyum nipis.

"Aku bahagia kalau kau bahagia."

Sungguh ayat itu menusuk ke dalam hatinya. Perasaan bersalah makin menggunung tinggi melihat senyuman lelaki itu. Kenapa Joe boleh terfikir untuk lepaskan dia ke tangan Xander? Adakah kerana pengorbanan?

"Aku minta maaf Joe..."

"Tak perlu minta maaf. Aku ikhlas lepaskan kau."

Syaf menggigit bibir. Macam mana Joe boleh setenang ini apabila melepaskan orang yang dia sayang? Sedangkan Syaf pun hampir mati kerana kehilangan orang tersayang pada ketika dahulu. Mujur lelaki ini hadir menyempurnakan hidupnya. Dia sangat-sangat bersyukur memiliki sahabat sebaik Joe.

"Joe... aku tamak ke?"

Berkerut dahi Joe mendengar soalan Syaf.

"Aku sayang kau tapi dalam masa sama aku sayang Xander juga. Aku keliru dengan perasaan aku. Yang aku tahu, aku nak dua-dua ada dekat dengan aku. Tamak sangat ke aku?"

Joe terdiam.

  "Perasaan sayang kau pada aku, cuma sebagai kawan. Jangan keliru antara sahabat dan cinta." Jelas Joe tenang. Tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu sakitnya bagaimana. Melepaskan orang tersayang pergi, bukan perkara mudah untuk dilupakan. Joe juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Dia perlukan masa untuk ikhlaskan semuanya.

  Syaf tertunduk. Mungkin benar kata sepupunya.

  "Eh Joe?" Suara seseorang memecahkan kesunyian antara mereka. Pantas senyuman dilorek dan dihadiahkan pada ayah Syaf. Dia bangkit daripada duduk lalu disalam tangan tua itu. Syaf sekadar memerhati sahaja.

  Inspektor Zamrul melabuhkan duduk di sebelah anaknya yang masih diam menikus. Tentang hubungan baik Syaf dan Xander belum sampai di pendengaran ayahnya lagi. Syaf takut Inspektor Zamrul akan mengulangi perbuatan dahulu. Dia sudah tidak mampu untuk membantu.

  "Pakngah sihat? Kerja macam mana? Kes apa pula pakngah bawa sekarang?" Soal Joe sekadar berbasa-basi. Karang tidak diajak bual dikatakan sombong pula. Lebih baik beramah-mesra walau hakikatnya dia kurang suka dengan Inspektor Zamrul. Terlalu tegas sehingga perkara gurauan pun boleh menjadi serius. Parah!

  "Sihat. Kerja pun okay. Sekarang pakngah bawa kes pembunuhan yang tular sekarang. Tahu kan tentang pembunuh misteri di darkweb? Seorang antara mereka sudah dapat dikesan." Balas Inspektor Zamrul dengan lagak seorang polis. Tambahan pula muka tegang itu betul-betul sudah mewujudkan situasi yang serius.

  "Macam mana dengan..." Joe terjeda.

  "Kes pembunuh upahan? Itu yang kamu nak tanya kan?" Duga Inspektor Zamrul. Joe mengerling Syaf sekilas sebelum dia mengangguk. Dia mahukan kepastian sama ada kes tersebut sudah ditutup atau masih dijalankan.

  Lagipun, catch sudah tidak bertindak sekarang. Berita juga sudah kurang menyebarkan tentang kejadian bunuh membunuh yang kerap berlaku dahulu. Itu semua kerja catch. Namun, tiada siapa yang dapat jejak mereka. Mereka memakai mask untuk menyembunyikan wajah.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now