5 | Melawan

16.8K 558 45
                                    

Aku memimpin tangannya hingga ke ruang tamu. Kelihatan mereka semua sudah berkumpul menanti ketibaan aku. Tetapi, hanya seorang sahaja yang tiada iaitu Nur Arielyna.

"Bodoh keding." Amir bersuara sambil memandang Emir. Wajah menyampah ditayangkan sesama sendiri. "Kau pahal? Nak cari gaduh?" Lawan Emir bengang. Kepala kembarnya ditunjal kuat seolah-olah Amir tiada perasaan.

"Kurang ajar main kepala," Amir ingin melawan tetapi terhenti apabila mendapat deheman daripada aku. Tangan Hanis aku genggam erat apabila semua mata-mata sedang memerhatikannya.

"Hai Hanis!" Furqan melambai tangan ke arah Hanis tetapi Hanis hanya kaku dan menundukkan kepala. Tajam, mata aku memandang Furqan yang tersengih lebar. Mata kami bertembung, Furqan sekadar gelak dan sengih menampakkan giginya.

"Pantang nampak perempuan." Carla mencebik dan berpeluk tubuh.

"Aku dah try kau, kau tak nak. Bila aku try orang lain, tahu pun cemburu."

"Oh no. Tak ada masa nak cemburu."

"Mengaku ajelah, Carla. Kau suka aku kan? Kan?"

"Tak malu ke kau ni cakap macam tu? Sedar diri sikit ah Qan." Carla menjulingkan matanya ke atas. Furqan sudah menarik senyuman senget. Lantas tangan diangkat dan dia meraup rambutnya ke belakang.

"Sebab aku sedar dirilah aku nak try kau." Katanya dengan selamba. Kening Furqan diangkat berkali-kali. Carla sudah loya tekak. Dia mengacah seperti hendak muntah. Aku menggeleng kepala perlahan.

"Ehem," aku berdehem sedikit kuat. Mereka mula tersengih kerang busuk. Aku mara mendekat ke arah mereka lalu aku duduk di atas sofa yang memuatkan hanya seorang sahaja yang duduk. Hanis terkebil-kebil memandang aku. Aku memicingkan mata.

"Kau, berdiri." Kataku tegas. Hanis akur. Dia berdiri tegak di sebelah sofa yang aku duduki. Dari ekor mataku, aku dapat melihat Xander yang sedang menggelengkan kepala. Mukanya tampak kesal apabila aku melakukan sedemikian pada Hanis.

"Okay. Aku nak cakap sikit." Aku mulakan bicara. Mereka tekun mendengar tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Kita ada maid dalam rumah ni."

"Hah?!" Raysha dan Carla berpandangan lalu menumpukan perhatian pada aku semula.

"Kalau maid dua orang ke atas, aku setuju. Tapi kalau maid yang kau maksudkan tu Hanis, sumpah aku bangkang." Raysha membidas. Carla menyokong kata-kata Raysha, dia mengangguk laju.

"Markas ni besar kot!" Carla menyambung.

Aku pandang mereka berdua silir-berganti. Tajam mata aku memanah anak mata mereka bagaikan ingin tembus. Gigi aku ketap rapat.

"Aku ada mintak persetujuan korang ke?" Keras bersama getaran halus. Carla sudah tertunduk-tunduk menahan takut. Hanya Raysha sahaja yang masih degil. Raysha, sememangnya gadis paling keras kepala antara ahli Catch. Pandangan Raysha aku balas.

"Aku tak kisah. Aku tetap tak setuju." Raysha mengerling Hanis sebelum keluhannya terlepas.

"Pergi mati. Aku tetap buat." Aku senyum sinis. Gadis itu kelihatan sedang mengetap gigi menahan marah. Dia bangkit dari duduk lalu berdiri berhadapan dengan aku. Aku juga turut melakukan perkara sama.

"Kau memang tak ada rasa simpati ke Eafy? Dia muda lagilah nak suruh buat kerja macam tu! Markas ni besar lah bangang! Sedar tolonglah sedar!"

Dada aku ditumbuk Raysha kuat. Aku menahan rasa sakit. Padu duh.

"Aku tak kisah kalau kau nak jadikan dia maid. The real problem is, bila dia tak buat kerja dia dengan perfect, kau akan naik angin! Sifat baran kau akan keluar! Aku dah masaklah dengan baran kau, Fy." Raysha mengurut pelipis. Dahinya berkerut-kerut. Aku hanya memandang dengan kosong.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now