29 | Lari

12.7K 565 19
                                    

MASK sudah dipakai ke mulut masing-masing. Mata helang mereka bagaikan sedang memarakkan api. Sudah seminggu hanya menggoyangkan kaki, kini mereka kembali membuat tugasan sebagai pembunuh upahan.

"Wah Fy. Hari ni birthday kau, hari ini juga kita dapat job. Nice ah!" ujar Furqan seraya tersengih kambing. Tepukan kecil singgah di bahu Eafy sejenak.

"Well," Eafy mendabik dada. Kening diangkat berkali-kali. Matanya mula meliar ke segenap bilik latihan. Dia cuba mencari kelibat seseorang, namun tidak dijumpai.

"Lyna mana?" Beg senjata digalas penuh berhati-hati. Rambut diraup ke belakang bagi memperkemaskan diri. Pandangan Eafy terhala pada mereka semua.

"Aku tak tahu."

Malas mahu fikir, Eafy berjalan keluar daripada bilik latihan. Ruang tamu dituju menggunakan lif. Apabila pintu lif sudah terbuka luas, pantas dia meliarkan mata mencari susuk tubuh adiknya itu.

"Lyna,"panggil Eafy apabila dia ternampak Lyna yang sedang elok berbaring di sofa panjang. Pakaian masih tersarung baju pijama.

"Hm..."

"Kau lupa ke? Kita ada job lah." Eafy menepuk-nepuk lengan Lyna supaya bangkit daripada baring. Wajah mamai adiknya dipandang bersama gelengan kecil. Apa nak jadi budak ni? Asyik hendak membuta sahaja.

"Aku tak ikut."

"Sebab?" soal Eafy pelik. Dipandang sekilas ahli Catch yang sudah terpacak di depan lif sambil menunggu dirinya.

"Aku kena jaga Syaf."

"Apahal dengan dia?" Makin pelik Eafy apabila nama Syaf disebut. Seketika, barulah dia tersedar bahawa gadis itu pun tidak bersama mereka. Keluhan kecil terlepas apabila wajah mamai Lyna bertukar tegang. Memang kalau tengok muka dia je Lyna rasa nak marah eh?

"Syaf senggugut. Kau lelaki, tak tahu rasa sakit tu macam mana. Jadi, kau bolehlah berambus sekarang. Aku pun nak naik ni, tengok Syaf." tutur Lyna seperti menghalau. Sempat dikerling wajah Xander yang sudah bertukar riak risau. Dalam diam, Lyna kasihan akan Xander yang percaya bulat-bulat kata dusta daripada Syaf.

Syaf khianat kau, Xander.

"Tak payah risau. Aku ada, boleh tolong jagakan dia." kata Lyna kepada Xander. Pandangan mereka bertaut sebelum Xander tersenyum kecil. Tanda dirinya lega mendapat balasan positif daripada Lyna.

"Gaji kau, aku tolak."

Lyna henti melangkah. Kepala tertoleh memandang Eafy yang bersuara keras. Kening sebelah terjungkit sedikit menandakan dia tidak terkesan dengan kata-kata Eafy. Apalah sangat gaji tu, dia boleh minta dekat mama dan papa. Apa susah?

"Okay then," ujar Lyna selamba dan meneruskan langkah ke bilik Syaf. Namun, pergerakannya terhenti.

"By the way, goodbye brother."

Dan Lyna meneruskan langkah bersama senyuman sinis di bibir. Sengaja dia bercakap begitu, bagi clue sikit apa salahnya kan?

Eafy berkerut. Dia faham dengan kata-kata Lyna tetapi dia langsung tidak boleh menjejak makna disebalik ucapan pendek itu. Tiba-tiba hatinya rasa tidak sedap. Seakan ada sesuatu perkara yang akan terjadi.

Eafy berdehem. Sedaya-upaya cuba disorokkan perasaan gelisah yang mula bertandang. Perasaan tidak enak ditepis jauh.

"Dah, jom."

*****

LYNA lincah menyelongkar bilik Eafy sambil diperhati oleh Syaf. Gadis itu tidak berani untuk menyentuh barang peribadi leader Catch. Seram sejuk dia bila teringatkan sikap dingin Eafy itu. Seriau dibuatnya.

Dendam Eafy ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora