40 | "Aku ada anak?"

10.6K 413 15
                                    

     SENYUMAN mengejek terlorek kemas. Kening sebelah diangkat tinggi. Matanya masih tertunak pada wajah manis yang menjadi mimpi indah malamnya. Punggung dilabuhkan pada kerusi bersebelahan katil.

    Decitan halus kedengaran seiring dengan kata-kata kesat yang keluar daripada mulut gadis itu. Jelingan tajam dihadiahkan.

    "Aku tak fahamlah, apahal kau still lawat aku? Even aku dah cakap yang aku menyampah tengok muka kau. Kau tak ada hati ke?" Riak wajah Hanis sudah masam mencuka. Dia dah tak punya idea untuk buatkan lelaki di hadapannya sakit hati. Boleh mental layan mamat tak cukup wayar ni.

    Hidung dipicit sebelum Eafy tergelak.

    "Aku nak tanya," ujar Eafy masih dengan nada suara yang tenang dan selamba. Hanis cuma angguk, membenarkan lelaki itu untuk melontarkan soalan padanya.

    "Kalaulah kau ada suka dekat sorang mamat," Eafy jeda. Sempat dipandang riak wajah Hanis. Nampaknya, gadis itu masih bersahaja bersama pandangan kosong.

    "Dan dia sakit, macam kau. I mean, like your conditions." Mata mereka bersatu.

    "Kau akan melawat dia tak?"

    "Mestilah! Crush kan, kena lah lawat. Lepastu datang bawa buah tangan. Pastikan dia makan, even bubur tu rasa pahit sekalipun. Yela, kita nak dia sihat je." Kata Hanis.

     Sempat mata Eafy menjeling buah-buahan dan coklat yang terletak di atas meja kecil bersebelahan katil. Kemudian, matanya beralih ke arah bakul sampah di hujung sudut. Senyuman pahit terukir kecil di bibir saat sejambak bunga telahpun selamat berada dalam bakul sampah. Hati lelakinya sedikit terkilan.

     "Situasi tu, sama macam aku." Tangan dimasukkan dalam poket seluar.

    "Kau je yang tak perasan." Senyuman kecil diberikan pada Hanis. Hari-hari dia melawat gadis ini. Namun sekali pun tidak pernah dihargai. Eafy faham bahawa ingatan Hanis masih belum pulih. Tapi tak perlu kut buat orang macam ni.

     Sakit tahu tak sakit?

    Masuk-masuk je sudah kena jeling, tak cukup itu kena cacian pula. Dia pun ada hati lah! Sekurang-kurangnya hargailah pemberian dia. Bukan terus sumbat masuk dalam bakul sampah! Tak semena-mena dia mendengus.

    "Dah situasi kau, buat apa aku nak ambil tahu." Hanis jungkit kedua bahu sebelum keningnya sengaja dinaikkan.

    Eafy kemam bibir. Fuh sakitnya hati!

    Terus tangan diseluk ke dalam poket seluar sebelum telefon pintar diambil. Pesanan ringkas diberikan pada Lyna untuk datang menjenguk Hanis. Eafy tahu, Hanis tak mungkin kenal Lyna. Namun dia yakin Hanis tidak melayan Lyna seperti mana gadis itu melayan dirinya. Kasar dan jelas terpaksa.

     Beberapa minit berdiam diri, Hanis terus berdehem untuk menarik perhatian Eafy. Dia menjeling lelaki itu dengan ekor mata sambil berpeluk tubuh.

     "Apa?" soal Eafy hairan.

     "Apa, apa?" balas Hanis pula.

     Dahi Eafy berkerut. Dia yang berdehem tarik perhatian orang, dia pula yang buat tak tahu. Ke dah rindu nak berdebat dengan aku?

      Eafy sengih apabila mendapati dirinya diperhatikan dengan sepasang mata bundar itu. Halah tak perlu nak cover, dah kantoi dah Hanis oi. Nak pandang pun berpada sikit. Ini macam nak tembus aje.

     "Kau kenapa? Nak tanya apa-apa ke?"

     Geleng kepala. Menunduk.

     "Kau okay ke tak?"

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now