45 | Kahwin

10.3K 388 42
                                    

Sesungguhnya, bab ni adalah bab yang terakhir aku update sebelum aku update serentak dengan ending. Faham kan? Kalau tak faham kau baca lah banyak kali sampai kau faham sendiri.

Memandangkan Joe takde partner, aku nak dating dengan dia k babai.

*****

SENYUMAN manis terlekat elok di bibir dua sejoli itu. Selepas sahaja mereka akad nikah, esoknya sudah membuat majlis persandingan di sebuah hotel private yang tidak ramai orang tahu. Orang ramai yang hadir pun datang dari kenalan mereka dan juga kenalan Raysara. Eafy dan ahli Catch langsung tidak hiraukan gelaran pembunuh upahan. Kerana tiada seorang pun tahu siapa muka-muka disebalik mask yang dipakai oleh Catch. Jadi, tiada yang tahu wajah mereka.

Hanis merangkul kemas lengan Eafy. Senyuman bahagia tercalit di wajahnya. Siapa sangka, lelaki di sebelahnya ini sudah menjadi suaminya. Daripada kawan, bertukar kepada musuh dan akhirnya menjadi suami seorang Hanis dan menjadi bapa kepada Hannah. Sungguh dia bersyukur.

"Aku tahu aku kacak, nanti boleh sambung tengok. Sekarang ni pandang depan, jalan. Karang tersadung aku tak nak tolong." Ujar Eafy sarkastik. Terus Hanis menjeling tajam. Eleh siapa entah nak tengok dia.

Kata-kata Eafy tidak dibalas. Pantas Hanis menghadiahkan senyuman manis kepada tetamu yang hadir. Tidak lupa silauan dari kamera buatkan matanya mengecil. Haih hodohlah aku nanti.

Tetap digagahkan mata mengerling sekeliling. Hari ni dia jadi ratu sehari. Setiap moment indah yang berlaku hari ini akan disimpan kemas dalam kotak memori. Cukuplah dia terkena amnesia dahulu. Itu pun sudah menyeksakannya untuk mengingati orang tersayang. Perit sungguh rasanya.

"Hati-hati Honey..."

Eh? Tak perasan sungguh Hanis saat kakinya sudah mula memijak tangga untuk naik ke atas pentas. Berangan punya berangan sampai tak sedar diri tu sudah sampai ke atas pelamin. Dia melabuhkan duduk bersebelahan dengan Eafy.

Takkanlah nak duduk atas peha kan? Gatal!

Raysara naik ke atas pelamin diikuti Ariel di belakang. Wajah tersenyum anak lelakinya ditatap tajam. Eafy terus meneguk liur kelat. Garangnya mama.

Saat Raysara memeluk Eafy, sempat dia berpesan.

"Jaga Hanis. Kalau mama tahu Fy buat perangai dulu... mama cubit-cubit Fy sampai lebam." Lantas lengan anaknya dicubit geram. Muka Eafy berkerut.

Cubitan mama memang padu bakhang!

"Hanis? Welcome to our family. Jangan segan-segan, Hanis dah boleh panggil aunty dengan panggilan mama." Raysara tersenyum lantas didakap tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Dia faham apa yang pernah dirasai oleh Hanis semasa Eafy masih jahil. Itu semua pernah terjadi pada hidupnya dahulu.

"Baik, mama." Hanis balas senyuman itu.

"Congrats bro!" Nak tergelak Hanis melihat keakhraban bapa mertuanya dengan suaminya. Haih. Hanis geleng perlahan. Eafy suami dia? Rasa macam semua ni mimpi pula. Selepas apa yang telah terjadi, dia dan Eafy tetap bersatu.

Ariel menepuk belakang badan Eafy. Mereka berdua memang rapat. Mata anak itu direnung. "Jadi suami yang baik. Jaga hati isteri. No cheating okay." Sempat Ariel berpesan sebelum tergelak bersama Eafy.

Dendam Eafy ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum