22 | Denda

12.4K 486 81
                                    

     SEKELILING diperhatikan.Senyuman tersinggung di bibir. Parkir lot ini sama sahaja seperti dulu, tak pernah berubah. Boleh terbayang lagi di mata, tika mereka semua bersiap sedia untuk menjalankan tugasan. Semua hanya tinggal kenangan saja.

   "Tak ada yang berubah, semua sama aje." Hujung kata diselitkan tawa. Amysha memandang Rayhan yang meledakkan tawa sebelum dia juga tertawa. Mereka semua berpandangan lalu ketawa disambut.

   "Aku rindu masa kita berkumpul." Ujar Aiman dan tersengih sumbing. Masih segar di ingatan tika mereka semua bergelak tawa dahulu. Memang tidak boleh dilupakan ialah peristiwa dimana Raysara dan Ariel hampir berpelukan di ruang tamu. Nasib saja Zayn menghentikan drama.

   Mereka mula memasuki perut lif.

   "Oh ya, apa tujuan kita datang?" soal Syauqi sambil kening diangkat. Matanya memandang Raysara dan Ariel silih berganti. Sejak dia berkahwin, perangai kebudak-budakkan sudah lama dia buang.

    "Aku ada benda nak settle dengan Eafy. Bertuah punya budak!" Raysara berdesis perlahan seraya menggenggam buku lima. Kesemua ahli hanya meneguk liur dan diam membisu. Tahulah, jika Raysara sudah marah, maknanya benda itu serius.

    Pintu lif dibuka. Sekeliling ruang tamu dipandang dan senyuman kecil terpamer. Ruang tamu sudah diubahsuai, tidak seperti zaman mereka semua dahulu.

   Carla yang baru sahaja melangkah keluar daripada dapur terus terkejut apabila nampak susuk tubuh yang dia kenali. Pantas senyuman diukir.

  "Ayah! Uncle! Aunty!" Jerit Carla teruja dan terus mendapatkan Carl. Dipeluk tubuh tua itu erat bagai tak mahu dilepaskan. Carl senyum dan membalas pelukan anak gadisnya. Lama berkeadaan begitu, Carla melepaskan pelukan dan menyalam kekura tangan mereka semua dengan hormat dan sopan.

   "Carla sihat?" tanya Raysara prihatin. Carla jatuhkan kepala tanda dia masih sihat dan bertenaga.

   "Eafy mana? Yang lain semua?" Soal Ariel pula. Carla garu kening dan sengih paksa. Macam mana dia hendak bagitahu keberadaan Eafy? Lelaki itu sejak semalam tidak keluar dari bilik Hanis. Terkurung saja dengan perempuan itu.

   "Masing-masing dalam bilik. Nak Carla panggilkan?"

   Semua mengangguk dan Carla menggamit mereka duduk di sofa ruang tamu. Terus Carla meloloskan diri sebelum berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Dia berdehem. Kepala diangkat memandang atas.

   "Eafy! Lyna! Raysha! Emir! Amir! Xander! Syaf! Alden! Shakir! Zarif! Furqan! Semua turun, kita ada tetamu!!!"

   Bergema suara nyaring Carla apabila gadis itu memetir memanggil kesemua ahli Catch yang sedang elok berehat di bilik masing-masing. Asyik terkurung saja dalam bilik, macam mana Catch nak maju?

   Terkocoh-kocoh mereka semua keluar daripada bilik dan turun ke ruang tamu. Paling selamba ialah Eafy dan Xander yang datang paling lambat. Satu per satu wajah diperhatikan sebelum kepala digeleng. Lyna dengan rambut serabai yang ditocang dua, bersama makeup di muka. Mesti malam tadi gadis itu keluar ke shopping mall. Manakala Shakir masih tersarung baju tidur di tubuh. Keluhan kecil terlepas.

    "Ada apa ni?" Soal Shakir yang masih mamai. Dia menggosok matanya berkali-kali.

    "Perangai anak sama macam bapak dia, kan Aiman?" Suara Ariel memecah kesunyian antara mereka. Sempat dikerling ke arah Syauqi yang memasam muka. Aiman angguk kepala laju.

    "Apa aku kena pula ni?"

    Terus segar bugar mata kesemua ahli pewaris Catch. Dipandang tetamu yang berada di sofa sebelum sengihan kambing terlakar di bibir. Liur diteguk kelat. Matilah nak!

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now