47 | Kalau

10.1K 342 21
                                    

   BANGUN sahaja daripada tidur, Hanis sudah dihidangkan dengan pemandangan indah. Sedikit pun rasa sayang tidak berkurang menatap dua wajah itu. Malah, semakin lama semakin membuak kasih sayangnya terhadap dua insan itu.

Hannah terlena di tempat tidur kegemarannya iaitu di atas badan Eafy yang terdedah. Hanis menggeleng kepala kecil. Ikut siapalah asyik menempel aje atas badan papanya. Eafy nak bergerak pun tak senang.

"Hannah...wake up sayang." Tubuh kecil itu cuba dialihkan. Namun, makin erat tangan itu memeluk tubuh Eafy. Mukanya sudah disembamkan pada dada bidang Eafy. Haih susah betul nak kejutkan.

  "Honey..." Suara serak Eafy menyapa pendengaran. Hanis tenung wajah yang masih menutup mata itu. Air liur diteguk kelat. Kenapa dia rasa tergoda apabila mendengar suara serak itu memanggilnya?

  "Eafy, bangun." Lengan itu ditepuk.

  "Come. 5 minutes please." Katanya lantas menarik pinggang Hanis untuk berbaring semula. Tetapi lebih dekat sehingga Hanis betul-betul berada di dada lelaki itu. Hanis jadi kejung sekejap sebelum dia mula menyelesakan diri. Awal-awal nak pergi mana kan?

Hanis bahagia dengan kehidupan barunya. Terasa lengkap apabila dua insan itu memenuhi hariannya. Kedua manusia itu sahaja yang dapat membuatkan bibirnya mengorek senyuman lebar. Sungguh rasa bahagia inilah yang dia impikan dahulu.

Kepalanya terdongak sedikit memandang Eafy. Wajah yang sedang terlelap itu ditenung seketika. Eafy telah membuktikan segalanya. Dia telah menyesal dan menebus kesalahan lamanya dengan cara bahagiakan hidup Hanis. Dengan cara, menghiasi dunia Hanis. Semangat itu yang membuatkan Hanis makin jatuh cinta pada suaminya. Lantas satu ciuman singgah di pipi Eafy. Lantaklah kalau dia perasan sekalipun.

  "Thank you for the morning kiss."

  Hanis tersenyum. Agak dah. Mesti lelaki itu hanya tutup mata dan pura-pura tidur.

  "My pleasure."

  Eafy cuma tersenyum. Lantas dia menepuk punggung Hannah yang berbalut pampers. Selesa sangat tidur atas papa dia sampai tak ingat dunia. Nasiblah badan tu tak gedempol sangat. Kalau tak lenguh lah papa.

  "Sayang, wake up." Mata Hannah perlahan-lahan dibuka. Hanis pula sudah cemberut habis. Kalau dia kejutkan, tak mahu pula anaknya itu bangkit. Kalau Eafy, laju sahaja mata itu terbuka luas. Jealous!

  Bangun sahaja daripada badan papanya, terus Hannah merangkak ke arah mamanya pula. Hanis sudah tersenyum kecil. Bangun tidur tetap cari mamanya juga. Baju Hanis diselak oleh Hannah. Hanis bangun membetulkan duduk. Tahu sahaja apa yang Hannah inginkan. Tak lain dan tak bukan menyusu.

"Aku mandi dulu. Nak join tak?"

Hanis tersenyum senget.

"Jom! Dengan Hannah sekali."

*****

"NAK makan apa?" Soal Eafy. Matanya bergerak-gerak melihat menu di hadapannya. Sempat Hanis di depan dijeling sekejap. Kemudian, Hanis menutup buku menu itu sebelum menyerahkan kembali pada pelayan.

"Chicken chop and bubur. Kau?"

Eafy angkat kening. Itu je? Bukan main jauh mereka pergi ke restoren mahal, ini sahaja yang Hanis ingin makan? Rugilah macam ni. Waktu di Port Dickson pun Hanis makan chicken chop juga. Memang makanan kegemaran dia ke apa?

"Bubur untuk siapa?" Tanya Eafy.

Giliran Hanis pula mengangkat kening. Hannah yang diam menikus di baby chair dipandang.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now