49 | Permainan

7.2K 316 27
                                    

DENGAN wajah cemberut Hanis hanya mengikuti langkah Lyna. Naik kejung juga kakinya berjalan tanpa henti di sekitar mall ini. Belakangnya pula terdapat Raysha dan Carla yang turut ada memeriahkan suasana antara mereka berempat. Huh! Meriahlah sangat kalau setiap saat Carla asyik ingin mencari gaduh saja.

Tidak habis-habis dengan hasad dengkinya. Daripada mereka berada di bangku sekolah sehinggalah umur sudah jejak ke awal 20-an masih sama seperti dulu. Ada sahaja perkara yang tidak puas hati. Ada sahaja gadis itu mencari kesalahannya biarpun sebesar semut.

  Hanis masih keliru mengapa mereka membawanya berjalan-jalan di luar. Sudahlah Eafy tidak benarkan Hannah mengikut bersama. Katanya Hannah akan duduk di rumah bersama lelaki itu. Langsung tak boleh lepas dengan anak sendiri. Nanti rindu.

  "Kau orang tak penat ke Lyna? Raysha? Carla?" Dahinya sudah berkerut setelah masuk ke dalam butik pakaian mahal. Harga pun boleh buat dia terliur. Kualiti baju pun menyamai dengan harga baju. Memang rambang mata dia masuk ke dalam butik itu.

  "Aku rasa ni sesuai untuk Hanis." Ujar Raysha lantas berjalan merapati Hanis sambil memegang dress labuh berwarna biru lembut. Tenang sahaja dipandang. Kainnya juga tidaklah terlalu kembang. Sekadar kembang sedikit untuk menampakkan seri kecantikan seseorang apabila memakai dress menarik itu.

Harga di baju itu turut dipandang sebelum matanya terbeliak. Berkerut dahinya memandang Lyna dan Raysha yang berwajah selamba. Tidak terkesan langsung dengan harga dress ini. Sudahlah dia tidak membawa duit langsung. Carla pula sudah hilang mencari baju yang cantik. Dia pun nak juga.

"Weh, mahal ni!" Ujarnya separuh berbisik.

"Ambil je. Kita orang belanja."

Berkerut dahi Hanis melihat mereka berdua. Hm something fishy lah. Macam ada yang tak kena. Mereka ada merancang sesuatu ke?

"Baik kau orang bagitahu." Matanya mengecil. Lyna dan Raysha berpandangan sebelum angkat bahu.

"Tak ada apa yang perlu bagitahu. Dah jom bayar."

*****

   "EAFY? Hannah?" Dua susuk tubuh itu dicari. Keluar sahaja daripada lif, ruang tamu itu kosong tanpa penghuni. Selalunya ada sahaja kembar itu menceriakan rumah. Tapi hari ini berbeza pula. Langsung tidak nampak kelibat sesiapa di dalam rumah. Lyna, Raysha dan Carla sudah menghilang melencong tempat lain selepas menghantarnya pulang. Dia orang memang tak pernah faham erti penat.

  Bahu diangkat lantas dia menuju ke dalam bilik. Hanis terbaring sekejap di atas katil. Matanya terpejam. Penat melayan kerenah Lyna dan Raysha tadi. Carla sahaja yang banyak mendiamkan diri.

  Mata dicelik. Tiba-tiba matanya terpandang sehelai kertas atas meja solek. Pantas dia bangkit lalu kertas itu dicapai. Jangan cakap Eafy dan Hannah lari rumah pula. Meroyan tak tentu pasal Hanis nanti.

Wear your dress, honey.

Hanis angkat kening sambil senyum senget. Mesti ada sesuatu kejutan untuknya. Senang sahaja dia dapat menangkap tujuan tiga gadis itu membawanya keluar. Patutlah bila ditanya asyik mengelak sahaja.

Pintu bilik ditutup lantas tuala dicapai. Masa untuk manjakan badan dengan air sejuk agar segar. Melekit badannya mengikut Lyna tadi. Keluar masuk kedai semata-mata ingin membeli barangnya.

Dress biru lembut itu disarung pada badan. Tersenyum suka Hanis saat melihat dirinya di pantulan cermin. Boleh tak kalau dia nak puji yang dia cantik? Tak salahkan angkat bakul sendiri bila berseorangan? Hanis tersengih tak bersalah sebelum menyanggul rambutnya.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now