4 | Penculik Sebenar

16.2K 631 34
                                    

"Maafkan aku untuk hari-hari yang akan datang. Aku menang dengan ego. Aku terpaksa."

Hanis diam. Dapat kurasakan saat ini badannya sedang dalam keadaan lemah. Aku menahan badannya daripada jatuh ke tanah.

"Hanis?"

"Erk.. Fy.. Aaa, hm..." Ucapnya perlahan dan terus kaku. Matanya terpejam rapat. Bahunya aku tahan.

Jarum suntikan itu aku keluarkan dari badannya setelah aku memasukkan ubat tidur. Kemudian, aku menyimpan kembali apabila merasakan seseorang sedang memerhati tindakan aku. Lantas mata aku meliar melihat sekeliling.

Line clear.

Tubuhnya aku cempung dengan penuh berhati-hati. Muka aku sedaya-upaya cuba melakarkan riak wajah kerisauan. Seakan-akan Hanis ialah teman wanita aku.

Aku berlari ke arah kereta milikku. Aku letakkan Hanis di tempat duduk penumpang. Terus aku masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin dahulu. Tanpa berlengah, aku terus memecut laju membelah jalan raya untuk ke destinasi yang dituju, markas Catch.

Stereng kereta aku pusing ke kanan dan terus memasuki jalan masuk markas Catch di bawah tanah. Button merah di tangan aku tekan, terus pagar tersebut terbuka. Aku memecut laju sehingga aku berada pada parking lot.

"Neraka kau akan mula hari ni, honey." Aku tersengih penuh sinis. Kaki aku mula melangkah keluar dari perut kereta dan terus pintu kereta di sebelah penumpang aku buka. Terserlah wajah Hanis yang masih tidur nyanyak. Aku cempung tubuhnya dengan berhati-hati.

"Raysha!"

Dengan kelam-kelibut Raysha turun dari tangga dan menuju ke arahku. Pandangannya jatuh pada sekujur tubuh yang berada dalam dukungan aku. Wajah Hanis terbenam pada dada aku. Raysha angkat kening sambil mengerling Hanis.

"Bilik yang kau sediakan tu dekat tingkat berapa?" Soal aku dengan wajah serius. Raysha berdecit perlahan apabila aku mengabaikannya. "Tingkat 2. Bilik paling hujung. Sebelah bilik kau."

Aku mengangguk perlahan. Kaki aku mula menapak ke arah lif. Punat dua aku tekan. Terasa seperti aku berada dalam lif itu lama, aku mengambil peluang untuk merenung Hanis. Perlahan, keluhan aku terlepas.

Pintu lif terbuka, aku berjalan ke arah bilik yang dikatakan oleh Raysha. Tombol pintu aku pulas perlahan dan terus membaringkan Hanis di atas katil. Aku memandang sekeliling bilik. Not bad. Semua cantik je, tak macam bilik kurungan.

Mata aku tertancap pada rantai besi dan tiang yang berada di tengah-tengah bilik. Aku ambil rantai besi tersebut sebelum sebelah kaki Hanis aku gari dengan rantai besi. Penghujung rantai besi yang satu lagi aku gari pada tiang. Pergerakan Hanis kini terbatas. Dia hanya boleh bergerak sekeling bilik itu sahaja, termasuk tandas.

Tali yang sudah disediakan oleh Raysha di atas meja kopi, aku ambil. Perlahan-lahan aku mengikat kedua pergelangan tangan Hanis. Mulutnya aku tutup dengan kain dan mengikatnya supaya Hanis tidak dapat menjerit.

Usai itu, aku melangkah keluar dari bilik kurungan itu. Rasa bersalah menghimpit diri aku tika ini. Kelakar bila fikir balik yang aku akan seksa orang yang aku sayang. Huh, perkara paling bodoh.

Tak semena-mena keluhan aku terlepas.

Aku menuju ke ruang tamu. Kelihatan Alden dan Raysha sedang menonton televisyen bersama gelak tawa masing-masing. Aku menggeleng kepala perlahan. Raysha dengan budak bawah umur pun boleh. Oh lupa, cinta tak kira umur.

Tiba-tiba mata aku terhenti pada dinding yang memisahkan ruang antara dapur dan ruang tamu. Jelas pada pandangan aku, Shakir seperti sedang menghendap Alden dan Raysha. Aku menepuk dahi. Kes jealous ke apa ni?

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now