35 | Lamaran

10.9K 544 115
                                    

PANTULAN cermin dipandang gugup. Mata dipejam sesaat sebelum dibuka kembali dengan satu azam baru. Tuxedo diperkemaskan dan rambut dilurutkan cantik.

"Hanis, jom kahwin?" gumam Eafy sambil menghadap cermin. Dia berkerut seketika sebelum menepuk dahi. Macam kelakar aje kalau cakap macam itu. Tak manis langsung.

Eafy berdehem. "Hanis, kau cantik hari ni. Macam bidadari dunia yang dah mengaburi mata aku hahaha jap. Apasal macam terlebih gula ni?" tukasnya lagi. Dahi digaru perlahan. Dia tiada ayat yang sesuai untuk melamar gadis itu. Inilah padahnya membuat kerja last minute.

Jam dikerling sejenak. Ada lagi 30 minit sebelum dia keluar bersama Hanis dan Hannah. Sengaja dia bersiap awal supaya boleh mengolah ayat yang sesuai. Macam sekarang, belum berhadapan dengan Hanis lagi sudah terasa gugup yang menyelinap ke seluruh tubuhnya. Memang hebat betul panahan cinta Hanis ni.

"Hanis. Aku tahu aku salah sebab tak nampak cinta kau dulu, aku permainkan cinta kau, aku buat dekat kau macam-macam, dan paling teruk, aku hancurkan hidup kau dengan cara rampas mahkota milik kau. Aku khilaf, Hanis. Sumpah masa tu aku tak fikir apa dah. Yang aku tahu, aku tak nak kau pergi dari hidup aku. Hahaha kau ni nak buat karangan ke apa, Eafy? Aku penatlah dengan diri sendiri!" Mulutnya memuncung ke depan. Dia betul-betul kekeringan idea. Tak gunalah! Masa ni jugalah sel-sel otak tak berhubung. Cuba membantu tuan badan sendiri apa salahnya.

Kotak baldu dikeluarkan. Dengan muka masam, dia melihat wajahnya sendiri pada pantulan cermin itu.

"Senang cerita macam ni ajelah,"

Dia berdehem.

"Bersaksikan bulan dan bintang, pantai yang terbentang, dan juga anak kita, Hannah Lea..."

Kotak baldu dibuka.

"Sudikah kau jadi permaisuri hidup aku? Jadi ibu kepada anak-anak kita? Dan jadi isteri yang boleh menghilangkan lelah aku? Will you marry me, Hanis?"

Senyuman manis terukir.

"Ah, kira bolehlah tu. Cun juga ayat aku tadi. Tak manis, tak masin." Eafy senyum bangga seraya mendabik dada. Dia mengerling jam sebelum wajahnya ditilik kali terakhir di hadapan cermin. "Thanks cermin sebab teman aku. Walaupun kau memang tak membantu langsung." omelnya perlahan. Kasut disarung ke kaki dan dihentak beberapa kali menghilangkan debu.

Nafas ditarik dalam. Dada ditepuk.

"Good luck, dearself."

*****

HANIS cuma mengikuti langkah perlahan Eafy. Dia sendiri tidak tahu hala tuju mereka pada masa ini, yang Hanis tahu adalah dia kelaparan. Hannah senanglah, dia menyusu badan sahaja. Seketika, dia menjulingkan matanya menyampah. Bila ditanya, jawapan lelaki itu tetap sama. Iaitu, rahsia, rahsia dan tetap rahsia. Terus berputus asa mahu ditanya lagi soalan sama.

Sambil mendukung si kecil, mata diliar ke sekeliling. Dahinya berlapis. Apa yang mereka buat di tepi pantai pada waktu malam begini? Sudah gilakah seorang Eafy Leo? Hanis cemberut. Nanti kalau ada hantu air culik dia macam mana? Siapa nak bantu? Eafy dah tentu-tentu lari menyelamatkan diri sendiri.

Terfikirkan tentang hantu air, terus dikejar laju langkah Eafy yang berada di depan supaya tidak ketinggalan.

Eafy pandang pelik ke arah Hanis yang sudah berpeluh. Tidaklah bermandi peluh, tapi nampak jelas setitik peluh menuruni ke tepi dahinya. Tambahan pula, muka Hanis yang seakan sedang cuak. Bahu gadis itu disentuh. "Kau kenapa?"

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now