"NAK aku lepaskan kau?"
Hanis angguk laju. Matanya merenung sepasang mata hitam itu dengan penuh kerayuan.
"Jangan harap."
Terkedu. Mulutnya terngaga sedikit sebelum tubir mata itu makin ligat berair dan akhirnya jatuh menitis membawa satu perasaan. Iaitu, benci.
"Kau tak guna!" Hanis mengumpul keberanian untuk menatap mata itu dengan tajam. Beberapa saat, dia alihkan pandangan ke tempat lain.
"Kau pun tak guna. Sama macam bapak kau." Ujar lelaki itu lancar. Nadanya seperti menunjukkan reaksi selamba. Dia membongkokkan tubuhnya. Tangan naik menyentuh pipi Hanis sebelum satu tamparan hinggap di pipi gadis itu.
"Ergh!"
"Baru permulaan, girl. Kau akan menyesal dengan kata-kata kau tadi." Dia berdiri kembali. Tangan yang sedikit berpijar dimasukkan ke dalam poket seluar. Tubuh dipusingkan, lantas pintu utama bilik dituju.
Dia berhenti seketika tanpa memusing untuk memandang Hanis. Perlahan-lahan senyuman sinis terukir di bibir.
"Untuk pengetahuan kau, aku Eafy Leo anak kepada orang yang bapak kau bunuh. Eddy Leo."
---
I'm back !
YOU ARE READING
Dendam Eafy ✔️
General FictionPernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di...
