23 | Terkurung

12.3K 512 111
                                    

     EAFY masih diam tidak berkutik. Kepalanya tertunduk memandang lantai simen. Air mata lelakinya jatuh mengalir sekali lagi apabila tiada siapa yang ingin membebaskannya. Dilihat lantai simen itu yang sudah menerima darah pekatnya.

     "Mama...lepaskan Eafy," ujar Eafy sendu dan mengetap bibirnya. Sudah tiga jam dia dibiarkan keseorangan di sini. Malah, dia tiada mendengar bunyi tapak kaki pun selama dia berada di sini. Langsung tiada tanda-tanda sesiapa ingin menjenguknya.

    Pedih di tubuh, sakit di hati, pahit yang dilalui hanya dia rasa peritnya. Tergamak ibu sendiri merotan dia menggunakan ekor pari? Tergamak ibunya meninggalkan dia di dalam bilik ini keseorangan? Kipas tiada, angin udara luar tiada, hanya dinding yang serba gelap sahaja. Sudah mandi peluh dia dibuatnya. Tambahan pula, belakang tubuhnya yang luka dilibas tidak dirawat pun.

    Kini, dia rasa terkilan.

    Tiba-tiba dia rasakan pintu dikuak dari luar. Eafy pusingkan badannya semula. Dia terlupa pula untuk memusingkan badan kembali. Sejenak, matanya disapa muka bengis Ariel. Atau lebih tepat, ayah tirinya.

    Eafy senyum nipis. "Hey, papa."

    Ariel cuma mengangguk. Eafy terpandangkan kotak first aid di dalam genggaman Ariel. Segera dia menundukkan wajah. Kenapa papa tiri lebih baik daripada mak kandung sendiri? Kenapa dan kenapa? Dan dia diam tiada jawapan tepat.

   Tanpa diduga, Ariel memusingkan tubuh Eafy menghadap belakang. Kotak first aid dibuka dan dia segera merawat kesan luka yang agak dalam. Dilibas dengan ekor pari bukan perkara biasa. Lukanya memang dalam dan berbisa. Buktinya, tubuh Eafy sudah terlakar bentuk ekor pari yang nipis dan halus itu. Hati Ariel dipagut rasa kasihan.

    Eafy berdecit apabila kapas yang sudah diletakkan air melekap elok pada kesan luka yang dalam itu. Ini baru air, belum lagi iodine.

    "Kenapa cabar mama?" Lama berdiam diri, Ariel ajukan satu soalan pada lelaki itu. Tangannya masih ralit menyapu kapas ke kawasan luka.

    "Mama want me to let her go. No, don't want. I need her." jelas Eafy terus terang tanpa berselindung. Apa yang dia kata sekarang bukan sahaja omongan kosong. Tapi, dia betul-betul maksudkannya. Seketika, dia berdesis perlahan apabila kapas tadi sudah digantikan dengan kapas yang lembap dengan iodine. Penumbuk digenggam kuat menahan pedih.

    "Slow pa, sakit!"

    "Tahu pun sakit! Fy sayang dia, tapi kenapa perlu seksa dia?"

    Eafy diam tidak membalas. Dia kaku dan tidak mampu menjawab. Keluhan dilepaskan serentak dengan dengusan. Ariel sengaja tekankan kapas itu pada luka dalam di tubuh Eafy. Lelaki ini degil sangat!

    "Papa!"

    "Answer my question, Eafy Leo."

    Eafy berdecit. Tahulah dia Ariel hendak jawapan itu sekarang apabila nama penuhnya disebut lelaki itu. Jarang sekali orang memanggil nama penuhnya, kerana nama belakangnya serupa dengan nama arwah Eddy.

    "Eafy nak dia dekat dengan Eafy. Eafy tak nak dia jauh daripada Eafy. Kalau Eafy lepaskan dia, sudah tentu dia lari daripada Eafy. Dan Hanis tak boleh buat Eafy macam tu, sebab Eafy sayang dia. Okay dah, puas?"

    Ariel ukirkan senyuman sinis.

    "Sebab itulah, bertindak pakai otak. Bukannya ikut nafsu dan kata hati semata-mata! Sekarang, diri sendiri yang tanggung binasa. Hadaplah kamu seorang diri dekat sini." Usai berdebat, Ariel mengemas semua ubat dan kapas lalu dimasukkan ke dalam kotak first aid. Sempat dijeling tajam wajah kaku Eafy.

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now