1.
rintik renyai jumaat itu
ku kutip satu demi satu
menjadi seberkas cahaya
2.
ia masuk antara luka
menyuling semangat
hari esok
3.
maka bersama darah
kita bangkit bernyanyi puisi
menari riang bunga mekar
melahirkan sebutir nafas
di hujung raga
4.
lembut tutur langit
ku bingkaikan
cantik pohon hijau
ku lukiskan
damai nikmat-Mu
ku syukurkan
5.
ia menjadi sebuah kerutan
di biji mata yang setia
menyimpan rahsia
![](https://img.wattpad.com/cover/178773692-288-k417251.jpg)