-Cp 1-

236 2 0
                                    


< Love is like the wind, you can't see it but you can feel it. >



Kata orang ramai bercinta ini amat menyakitkan. Tapi kenapa masih bercinta walaupun sudah tahu perkara itu menyakitkan? Hmmm..

Hari ini dia berjalan seorang diri lagi di tempat dan tarikh yang sama cuma tahun sahaja yang berbeza. Tempat dimana si lelaki itu berjanji untuk kembali. Menunggu dan tetap menunggu kedatangannya. Dia berharap sangat hari ini dia dapat berjumpa dengannya. Sudah dua tahun dia menunggu kedatangannya tetapi masih juga tidak muncul .

Pokok yang berbunga warna merah itu ditenung mendung. Seolah-olah hatinya sudah terasa ingin putus asa.Dia terkedu seketika apabila sekelopak bunga jatuh tepat pada tangan dia.

Dia tersenyum pahit sebelum berkata  " He's not coming back."

Baru sahaja dia ingin membuang kelopak bunga tersebut tiba-tiba dia terdengar nama dia dipanggil dari belakang. " Ariana! "

Ariana tersentak. Suara garaunya seolah-olah pernah didengar. Hatinya mengatakan bahawa suara lelaki itu tetapi kepalanya tidak mahu menoleh. Takut hatinya kecewa lagi. Kemudian, dia meneruskan perjalanannya tanpa henti dengan berharap dia tersalah dengar.

" Weyh, Mangkuk! " Suara yang sama yang memanggil dia tadi.

Terkejut Ariana dibuatnya saat lelaki itu menjerit dengan kuat. Habis orang disekelilingnya memandang ke arahnya. Tidak sampai sesaat tiba-tiba beg yang disandangnya itu ditarik ke belakang membuatkan dia hampir nak jatuh. Tetapi nasib baik dia sempat imbangi badannya. Mahu sahaja dia memarahi orang yang sesuka hati menarik begnya tetapi terus hilang saat melihat wajah tampan lelaki tersebut. Tambahan pula dengan senyuman manis yang tidak lekang dari bibirnya.

" I'm sorry. I'm late " katanya lagi.

Ariana kaku di tempatnya. Dunia bagaikan terhenti ketika itu. Jam yang berdetik bagaikan terhenti ketika itu. Dan pada masa yang sama dia berharap ini bukan hanya sebuah mimpi. Dia pejamkan mata seketika.

" Hey..I'm Back.." Suaranya lagi membuatkan mata dia terbeliak.

Dia terpesona. Ya,kali ini memang benar!

" Helmi? " Soal Ariana seakan-akan tidak percaya akan figura yang berada di hadapannya tersebut.

Lelaki yang bernama Helmi itu tergelak kecil melihat wajah wanita yang dirindui itu. Comel sungguh bila Ariana buat muka terkejut.

" Miss me, my lady? "

Ariana mengangguk kepala sebagai balasan. Kalau boleh dia nak sahaja cakap yang bukan sahaja dia rindu dia, tapi dia memang terlampau merindui dia. Pelbagai perasaan tercampur baur yang tidak dapat dia ungkapkan sehingga air mata terasa hendak mengalir.

" Wanna hug me, my lady? " Soalnya lagi sambil mendepakan tangannya. Membulat anak mata Ariana dibuatnya. Dengan pantas dia memukul Helmi dengan beg sandang kepunyaannya.

" Gila ke?! Haram tau tak! " Marah Ariana kepada Helmi.Terus tak jadi nak buat agenda menangis dekat sini.

" Hehehe..Saja je. " Helmi tergelak kecil. Sengaja mahu mengusik wanita yang berada di hadapannya itu.

Seketika kemudian, Ariana merenung wajahnya yang kian hari kian menghantui minda dia. Sudah tiga tahun dia menunggu kepulangannya dan akhirnya dia kembali. Terasa macam tidak percaya pula.

" Dah puas tengok muka saya? Kalau belum,nanti kita sambung dekat restoren ya. Kaki saya dah penat ni lari dari airport sampai ke sini demi awak." Kata Helmi sambil menunjuk reaksi sedih.

The Chaos  After YouWhere stories live. Discover now