Kereta dihidupkan sebelum minyak ditekan.. Perlahan Adriana memandu tanpa hala tuju..Diperhatikan saja gelagat orang di Istanbul ini.. Bibirnya tidak henti mempamerkan senyuman kecil

Tenang!

Bila Aryan menyinggah ke mindanya,, senyuman kecil makin melebar

Bahagia!

Signal diberi sebelum kereta milik Qaisara itu diberhentikan di bahu jalan bersebelahan taman yang kelihatan ramai pengunjung.. Waktu yang sudah menginjak petang menyebabkan banyak kanak-kanak yang bermain di situ

Kaki melangkah ke arah kerusi yang diletakkan  di situ dan kepala didongakkan memandang ke langit.. Baju sejuk yang menutupi badan digenggam oleh kedua-dua tangannya

Cantik

Tenang

Dihayati setiap ciptaan Tuhan di situ hingga dia tenggelam dalam lamunan diri sendiri

'Nobody knows the real me.. Nobody knows how many times I have cried in my room when nobody was watching.. Nobody knows how many times I have lost hope, how many times I have been let down.. Nobody knows how many times I have felt like I'm about to snap, but I just don't for the sake about others.. Nobody knows the thoughts that go through my head when I'm sad, how horrible they truly are.. Nobody knows me'

Senyuman nipis diukir .. Tidak dapat diluahkan di bibir, hanya hati yang mampu memendam apa yang dirasa..Dia bersyukur kerana masih ada Allah sebagai tempat meluahkan segalanya, masih ada mama dan papa yang dapat menguatkan semangatnya, masih ada abang yang dapat memberikan nasihat dan masih ada kawan yang dapat menenangkan dirinya

Cukuplah untuk tenangkan dirinya hari ini.. Banyak masalah membelenggu tanpa siapa tahu, banyak perkara yang perlu diselesaikan dan masih ada orang yang bergantung pada bahunya tanpa sedar

Terbeban? Ye!

Penat? Ye!

Lemah? Ye!

Tetapi dia lah satu-satunya gadis yang tahu isi , rahsia, susah senang keluarga Alexandra

Hanya dia!

Lama dia berada di situ sebelum punggung diangkat untuk berlalu pergi.. 90 darjah badan dipusingkan dan terus berlalu pergi tanpa menghiraukan orang sekeliling

Pap

Tubuh yang bagai tiada semangat jatuh terduduk

"Haihh" keluhnya perlahan

"Memang nak bagi mood aku gelong betul" kata Adriana perlahan sebelum berdiri secepat mungkin

"Can you—s" Adriana yang hendak marah terhenti

"Aryan!" wajah yang bengis terus berubah teruja

"Kenapa ada dekat sini?"

"Kenapa? Tak boleh ke? Aku rasa ni tempat awam"

"Aaaaa I saje je tanye"

"By the way— a"

Adriana yang baru hendak bercakap terhenti apabila Aryan perlu mengangkat telefon bimbitnya.. Gadis itu setia menanti di belakang Aryan hingga dia meletakkan telefon.. Entah dari siapa panggilan yang didapat tetapi Adriana dapat melihat wajah tersenyum Aryan dari tepi apabila lelaki itu berpusing

Aryan yang baru hendak berlalu pergi ditahan oleh Adriana

"Can we talk?"

"Tak penting"

"You and Khaira"Aryan yang hendak pergi terhenti

"Teruskan"

"Kita duduk dulu boleh?" Adriana menarik lengan lelaki itu untuk duduk di kerusi yang baru sahaja dia duduki tadi.. Pantas Aryan melepaskan pegangan Adriana

"Kau nak cakap ape?" dingin suara Aryan kedengaran

"Aaa y—you aaa you"

"Kau gagap ke? Jangan buang masa aku" Aryan berkata tanpa melihat wajah Adriana

"Pandang muka I boleh tak?" marah Adriana lembut.. Dia takkan bercakap selagi Aryan tidak memandang wajahnya

"Aku takde masa nak pandang muka kau"

"Pleaseeeee.. I nak cakap ni"

Aryan mengalah dan memusingkan kepalanya memandang Adriana.. Kalau tidak memang sampai besok pon dia akan ada dekat sini.. Pandangan kosong diberikan

Adriana tersenyum.. Seronok yang dirasakan tidak dapat digambarkan

Klik

"You dengan Khaira sekarang macam mana?"

"Dah nak kahwin" kepala dipusingkan memandang hadapan semula.. Diperhati kanak-kanak di situ bermain

"Bila?"

"3 minggu lagi"

"You bahagia dengan dia?"

"Kalau tak kami tak akan kahwin"

"You sayang dia?"

"Tolong jangan buang masa aku dengan soalan bodoh kau tu"

"I still love you" beritahu Adriana tanpa mempedulikan kata-kata Aryan.. Dia perlu beritahu Aryan juga

Aryan mengalihkan pandangannya memandang Adriana

Klik!

Adriana berharap kali ini cintanya tak ditolak.. Tak kiralah Aryan dan Khaira dah nak kahwin sekalipun, dia tetap nak luahkan

Klik!

"Walau beribu kali kau kata kau cintakan aku, takkan pernah sekali aku cintakan kau balik" Aryan bangun dan berlalu pergi tapi sempat ditahan oleh Adriana

"I sanggup jadi yang kedua untuk you" Adriana memerhati belakang badan tubuh tegap lelaki itu.. Dia tidak boleh berputus asa

"I sanggup buat apa je untuk you cintakan I"

Adriana terus bertindak memeluk tubuh Aryan apabila lelaki itu menghadap ke arahnya.. Aryan yang terkejut tidak sempat berbuat apa, kepala yang dari tadi menghadap tegak terus memandang Adriana

"I dah lama tunggu you, Aryan" Adriana menguatkan pelukannya

Klik!

Aryan menolak Adriana jauh dari tubuhnya

"Jijik aku dengan kau! Kau memang dari dulu takde maruah ke perempuan?!!" jerkah Aryan

"You memang betul-betul nak tengok I takde maruah ke?"

"Kau memang dah takde maruah daripada dulu dah perempuan,, dengan perangai macam anjing.. Kau rasa maruah kau tu tinggi lagi ke?"

Adriana tergelak kecil

"Kalau you nak tengok maruah I betul-betul ,, dipersilakan tidur dengan I" Adriana tersenyum manis

"Kau ni sampah Adriana.. Takde nilai" Aryan tersenyum sinis sebelum berlalu pergi

Adriana hanya menghantar kepergian Aryan melalui ekor mata

"You kata sangat kan I takde maruah? We will see Aryan Mikael"















🌹
Yeay👏 Lagi 3 minggu Aryan dengan Khaira dah nak kahwin❤️

Adriana Mikayla Where stories live. Discover now