Dinner ( New Update)

Start from the beginning
                                    

Laura mencebik. Berbulu telinga dia mendengar.

Yang dia ni pun satu. Perasan dia hensem sangatlah tu. Dengan perempuan 5-6 orang bergosip kiri kanan pintu gerbang tu bolehlah. Dengan aku.. Heh

"Eh mana pepatung yang hantar kita tadi?"

Laura memandang sekeliling untuk mencari kelibat sahabat pepatung mereka.

Eh mana mereka hilang?

"Mereka kat situ."

Vens menunjukkan ke sebelah kiri. Kelihatan banyak pepatung berwarna-warni berkeliaran.

"Oh. Ada juga ruangan untuk mereka ya." Laura bersuara pendek. Dia kagum melihat satu sudut di taman itu, ada meja panjang dan kerusi kecil sesuai dengan saiz mereka yang kecil.

Badan sahaja kecil, tapi mereka kuat. Kalau tak macamana boleh bawa dua gadis manusia ini terbang tadi kan?

"Jom masuk. Aku lapar tunggu kau lama sangat." Lelaki itu menggoaok perutnya.

"Kenapa tak makan dulu."

"Aku tunggu kau oranglah. Bernyanyi dangdut dah perut aku ni."

Laura hanya mengangguk dan mengikuti langkah lelaki itu.

Pluto pula kelihatan segak dengan jaket merah dengan jeans hitam. Simple but handsome.

"Datang juga kau ketot!" Pluto menggosok perlahan rambut Arissa yang disanggul kemas. Cantik gadis itu hari ni.

"Eh, mana ada ketot lah!" Getus Arissa kuat.

Pluto hanya ketawa besar mendengarkan suara halus itu memarahinya.

"Get off! Tengok Laura dah tinggalkan aku!"

"Eh, biarkan diorang. Kau ikut aku."

Pluto menarik lembut tangan gadis itu agar mengikutnya.

"Alah, nak ikut Laura!"

"Hish, degilnya budak ni. Aku nak bawak kau pergi satu tempat. Mesti kau suka."

"Hishh..Iyalah. Kalau kau cuba buat benda tak baik kat aku, siap!"

Arissa merenung tajam wajah lelaki bertubuh kurus itu.

"Kau kenal aku berapa lama? Selama aku dengan kau, ada aku buat benda tak senonoh pada kau ke? Tak ada kan? Dah jom jangan banyak bunyi!"

Tubuh Laura terdorong dek tarikan tangan Pluto pada lengannya.

Haih dia ni.

🌹🌹🌹

"Kenapa masam ni?" Venus mengerutkan dahi. Datang bulan agaknya minah ni.

Tadi masa sampai punyalah ceria setaman.

Laura menjeling sekilas lelaki itu sebelum melajukan langkah. Aku ada buat salah ke?

"Sukalah kau ramai gadis cun tegur tengah jalan tadi." Laura mencebik.

Dasar lelaki buaya!

Venus tersenyum seraya mengangkat kening.

"I have to sayang. Aku kan tuan rumah. Lagipun diorang just ucap terima kasih je tadi kan. Bukan mengorat aku pun."

"Euw.What did you call me? Sayang? Pft."

"Eleh, kalau suka cakap je."

Laura mencebik sedangkan dalam hati dah berbunga-bunga.

"Gelilah. Panggil mcm biasa sudah."

Lelaki itu menggeleng melihat telatah gadis itu. Sikapnya yang lain dari gadis lain yang membuat dia jatuh hati.

Tapi nak luahkan, hmm. Lambat lagi.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now