Part 38

82.9K 3.3K 162
                                    

Lama sudah aku duduk di dalam kereta ini menunggu Airil yang sedang mengambil barangnya yang tertinggal di dalam rumah. Tidak lama kemudian, dia mula membuka pintu kereta lalu punggungnya dilabuhkan.

"Kita nak pergi mana?" akhirnya aku luahkan soalan yang telah lama aku pendam. Namun, dia hanya balas dengan senyuman. Murah betul senyuman dia harini.

"Abang.. serius laa." tanganku silangkan, muka serius juga turut ditayangkan. Baru sahaja aku ingin berpaling ke arah lain, dia terlebih dahulu menarik kedua belah pipiku supaya melihatnya semula.

"Nanti sayang tahu jugak, jangan risau.. abang janji tak bawak awak kat tempat pelik-pelik." eyesmile nya terbentuk cantik. Nak gelak pun ada, mafia apa muka jambu gila camni.

astaghfirullah..

Pantas tangannya aku ambil lalu dicium sekilas, mohon maaf. Setelah itu, kereta kami mula bergerak meluncur laju di atas jalan raya menuju ke suatu tempat yang masih dirahsiakan oleh Airil.

Selepas beberapa jam, kami tiba di lokasi. Aku turun dari kereta dahulu, ingin merasai udara pagi yang nyaman di sekitar kawasan ini. Mujur, aku tak rasa nak muntah tadi masa dalam perjalanan ke sini.

Tanganku digenggam, langkahnya hanya aku turuti. Entah kemana dia mahu bawa aku pula ni. Sejak mengandung ni asyik kena tarik je, huhu.

Aku berhenti apabila Airil memberhentikan langkahnya. Aku yang sedari tadi menunduk terus mendongak. Kawasan sekeliling aku amati, cantik.

Dalam tak sedar, aku berada di atas jambatan dimana terletak sebatang sungai yang mengalir perlahan di bawahnya. Dapatku lihat beberapa ekor ikan di dalam air yang jernih itu.

"Jom, kita pergi seberang sana pulak." dia terus berjalan ke hadapan. Aku mengikuti langkahnya selangkah demi selangkah. Airil sudah jauh kedepan, meninggalkan aku yang sedang berusaha mengejar langkahnya.

"Sorry sayang, abang lupa awak bawak anak abang sekali." tanganku diraih lalu dahiku diusap dengan tangannya. Mungkin aku berpeluh kot, ceh baru jalan berapa minit, dah letih bagai. Maklumla, aku kan bawak beban ni.

"Cantiknya, abang nak naikkk!" pintaku teruja apabila melihat rumah pokok yang elok terbina di atas pokok itu. Tanpa menyedar akan keadaanku yang sekarang ini, pantas aku berlari ke pokok besar tersebut. Batangnya yang besar itu aku dakap.

"Sayang, awak mengandung!" terus aku mencebik sebab tak dapat naik. Airil berjalan merapatiku lalu perlahan-lahan tangannya mengenggam tanganku. Pipiku dicubit.

"Takpe, kita pergi tempat lain pulak. Banyak lagi tempat cantik kat sini."

"Tapi.. " rumah pokok itu aku pandang sayu. Nafasku hela berat. Jumpa lain kali ya pokok, hikss.

"Muka tuu." tegurnya sambil menarik kedua belah pipiku. "Janji nanti datang lagi." aku sudah muncung sedepa. Teringin nak tengok dalam rumah tu ada apa!

"Abang janji." hidungku dicium lalu dia kembali menarik tanganku. Selepas beberapa minit berjalan, aku kini letih. Bangku berwarna coklat yang berada di sebelahku aku duduki. Keluhan berat dilepaskan.

"Taknak tengok bunga?" soalnya sambil menunding jari ke arah taman bunga yang dihiasi oleh pelbagai jenis bunga serta pelbagai jenis warna yang mampu menarik perhatian orang ramai yang datang ke sini.

Termasuklah aku. Hm.

"Lenguh kaki la." kakiku urut-urut bagi menghilangkan lenguh. Tanpa banyak bicara, Airil duduk bersila di bawah lalu kedua belah kakiku diambil dan diletakkan di atas pehanya. Betisku diurutnya perlahan.

"Abang duduk lah sebelah ni. Kenapa duduk bawah?" ruang kosong di sebelahku tepuk-tepuk. Airil menggeleng.

"Harini sayang jadi tuan puteri, abang jadi.."

"Hamba." potongku lalu ketawa perlahan. Airil juga turut ketawa. Tangannya laju menggeletek kakiku. Aku terus menolak bahunya supaya dia memberhentikan perbuatannya itu. Geli weii.

"Nakal lagi." dia kembali mengurut kedua kakiku yang masih lagi berada di atas ribanya. Aku mengalihkan pandanganku ke kawasan sekitar, ramai yang tengok kami rupanya. Lahaii, malu lah pulak.

Nanti diorang ingat aku dera laki aku sendiri.. aishh.

"Abang.. meh la duduk sebelah saya. Orang tengok la."

"Malu ke sayang? Tunggu kejap." dia bangun dan menuju ke dalam kawasan taman bunga itu. Tidak lama kemudian, dia keluar semula.

Airil berhenti di hadapanku. Apabila aku mendongak, dia mula melutut di hadapanku sambil menghulurkan sekuntum bunga. Aku tersentak dengan tindakannya di hadapan khalayak ramai ini. Mengadanya.

"Abang, apa yang.."

"Ambil la bunga ni sayang, nanti orang ingat abang kena reject. Mana abang nak letak muka? Takkan dalam baju aw... aduh!"

Bahunya aku cubit lalu bunga ditangannya diambil. Makin dibiarkan, makin gatal dia ni nanti.

"Yeay, thanks sayang." dahiku dicium lama. Setelah itu, dia merenungku pula.

"Apa?" tanyaku.

"Nak cium bibir ni pulak boleh? Kat sini tak ramai orang melayu pun." wajahnya dirapatkan ke mukaku. Pantas aku menolak dadanya dengan kedua tanganku.

"Ish, jangan nak menggatal kat sini pulak eh."

"Alaa tak boleh ke? Baby tengok mama."

"Suka hati awak lah." aku bangun dan berjalan menuju ke taman bunga pula. Kaki pun dah okey sikit, kita sambung la jalan-jalan.

"Abang tengok bunga ni, cantik."

"Erm, cantik." nada suaranya kendur.

"Merajuk eh?" tanganku lingkarkan pada lehernya. Aku cuba untuk merenung matanya, namun dia larikan pandangannya ke arah lain. Uish, ni merajuk betul nih.

Aku pandang sekeliling, tiada orang. Aku menjongket sedikit lalu bibirku bertemu dengan bibirnya sekilas. Nasib takde orang, Hehe.

"Ee gatal."

"Gatal dengan suami saya jugak."

"Haa elok tu, kalau boleh menggatal la selalu dengan abang." senyuman gatalnya mulai muncul. "Nanti boleh masuk syurga, kan?" pinggangku dipeluk.

"Macam ada niat lain je." aku berasa sedikit curiga. Airil tersenyum manis.

"Niat tu ada, tapi tak tahu la boleh dapat peluang kedua ke tak. Hm."

"Ish, malas lah layan abang." aku angkat kaki ke tempat lain pula.

"Tunggu laa." tanganku dipegang dan kami mula menyambung melihat semua jenis bunga di sekitar kawasan taman bunga ini.




























maaf typo 🙆

busy  😭

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now