Part 36

82.4K 3.7K 346
                                    

Aku duduk memerhati Airil yang sedang melakukan kerjanya. Aku ingatkan selesai saja majlis tadi, bolehlah aku pulang ke rumah untuk berehat. Tetapi angan-anganku hancur begitu saja apabila dia kata mahu stay di pejabat sekejap.

Ada kerja.

Langit di atas juga sudah hampir gelap menandakan hari telah lewat. Sekali lagi aku kerling ke arahnya yang masih sibuk menekan nekan keyboard pada laptop di hadapannya itu. Bila nak siap lah agaknya tu. Aku menapak selangkah demi selangkah ke arahnya.

"Abang.." bahunya aku cuit lalu memandang skrin laptopnya. Airil menolak sedikit kerusinya sambil meraih tanganku.

"Sayang nak apa?" tanganku diusap lembut.

"Nak peluk." aku mencebik. Dari tadi lagi duk tengok laptop dia, tengoklah aku pulak!

"Meh, sini." pinggangku ditarik agar duduk di atas ribanya. Lehernya aku peluk sambil menyembamkan kepala pada bahunya. Kerusi ditarik semula rapat ke meja lalu dia menyambung semula kerjanya yang tergendala akibat gangguan daripada aku tadi.

Bau wangiannya menusuk masuk ke dalam rongga hidungku. Aku rapatkan kepalaku ke kolar lehernya. Emm, sedapnya bauu.

"Sayang.."

"Hm?"

"Behave. Abang tengah buat kerja ni." kedengaran suaranya lembut tetapi dalam masa yang sama tegas.

"Saya buat apa? Saya duduk je ni." dagu aku jatuhkan pada bahunya. Orang ganggu sikit pun tak boleh.

Lama selepas itu, aku kembali menghidu bau wangian pada kolarnya lagi. Aku sendiri tak boleh nak kawal diri, bau ni memang menarik perhatian hidung aku. Wangi!

"Aisya.. Nak kena ke ni?" larangnya lagi. Namun aku hanya mengabaikan segala larangannya, dan terus meletakkan hidung aku pada kolarnya.

"Masuk." suara garau Airil kedengaran. "Ini fail yang Encik minta semalam." seorang wanita mungkin dalam lingkungan umur 30-an sedang berbicara dengannya. Aku hanya mengabaikan perbualan mereka.

"Saya keluar dulu." Airil mengangguk dan membelek fail yang baru sahaja wanita itu hantar tadi. Aku tidak menunjukkan minat, bau Airil lebih menarik minatku sekarang ini. Bahuku tiba-tiba saja ditolak.

"Degil." lantas hidungku ditarik ke depan. Aku tersengih. Siapa suruh pakai wangi-wangi?

"Ni mama ke baby yang nak manja ni?"

"Dua-dua kot." aku tersengih. Aku betulkan dudukku lalu menggeselkan hidungku ke hidungnya berkali kali.

"Kenapa rasa macam awak dah berat ek sayang?" tangannya melingkar ke pinggangku. "Nak kata saya gemuk la ni?" soalku. Airil mengangguk tanpa teragak agak. Bertuah betull.

Pintu dibuka dari luar. Terpancul wajah Mary dengan dress labuh berwarna merahnya. Senonoh pulak harini, bagus.

"Lewat balik?" beberapa keping kertas di tangannya diletakkan di sebelah laptop Airil. "Lepas majlis terus masuk kerja kejap. Kertas apa pulak ni?" tangannya mencapai kertas yang Mary bawa. Dibaca teliti isi kandungan kertas tersebut.

"Seminggu lawatan ke Perak. Your dad arahkan untuk you pergi check. Oh ya, hantar terus kertas ni dekat dia lepas you sign. Need to go." Mary mula menapak keluar. Aku terus memeluk lehernya sambil menongkat dagu di atas bahunya.

"Minggu depan? Apa ni daddy." aku terdengar keluhannya. Mungkin sedang bercakap dengan daddy di dalam talian. Aku hanya setia mendengar perbualan mereka sehingga selesai.

"Sayang akan ikut abang." pantas aku mengangkat kepala. "Jangan la bawak saya sekali, nanti menyusahkan." aku menunduk memandang dadanya. Dengan keadaan aku macam ni? Dia nak bawak aku?

"Kenapa cakap macam tu? Sayang isteri abang, dan abang tak pernah rasa awak menyusahkan abang."

"Tu, abang yang buat. Abang kena lah bertanggungjawab." bibirnya dijuihkan ke perutku yang sudah semakin membesar.

"Jadi, sayang mesti melekat je dengan abang. Faham?" pipiku diusap. Aku mengangguk faham. Tiba-tiba saja pipiku pula dicubit olehnya.

"Ee apenii besar sangatt, nak gigit boleh?" digomolnya kedua pipiku. Aku menolak dadanya dengan kedua tanganku. Ish, habis muka aku. Nasib sayang.

"Sayang lapar tak?" tangannya kembali merangkul pinggangku. Aku berfikir sejenak.

"Lapar lah jugak." pinggangku dipeluk kemas lalu dia berdiri sambil mengangkat badanku. Kemudian dia letakkan aku di atas kerusi yang dia duduki tadi, lalu dia melangkah ke peti ais kecil yang terletak elok di penjuru biliknya.

Sekeping kek red velvet dikeluarkan dan dia berjalan semula ke arahku. Kerusi lain ditarik lalu dia mengambil tempat di sebelahku.

"Sayang suka red velvet kan?"

"Macam mana abang tahu?" keningku diangkat. Setahu aku, aku belum pernah cerita apa-apa.

"Well, saya kan hebat." kek itu pula disuapkan kepadaku menggunakan sudu garfu plastik.

Suapan terakhir disumbat terus ke dalam mulutku tanpa memberitahu terlebih dahulu. Kini, mulutku penuh dengan kek serta krimnya yang berada di sekitar bibirku. Aku menjelingnya.

"..ahat er! an omot abih.." hampir tercekik aku dibuatnya. Airil ketawa melihatku yang sedang mengelap krim kek di bibirku. Kedua tanganku dipegang lalu diletakkan di atas ribaku.

Airil merapatiku lalu bibirku dicium. Aku memukul pehanya dan mengambil tisu di atas meja untuk mengelap bibirku.

"Tak suka ke?"

"Tak kotor ke?"

Hah, soalan dibalas soalan.

"Kalau kotor dia macam ni tau sayang.." sekali lagi wajahnya dirapatkan ke mukaku sambil lidahnya dikeluarkan sedikit. Aku menahan dadanya.

"Ee jangan macam-macam lah, kotor." dia ketawa. "Suka lah sakat dia nii." hidungku ditarik ke wajahnya lalu dahiku dicium lama. Mata kami bertembung.

"Tak sabar nak tunggu baby keluar. Nak kerjakan puas-puas pulak mama dia ni. Ada rezeki, dapat lah lagi sorang." sudahh, mood gatal dia dah datang la tu.

"Mengada." aku merapatkan kerusiku dengan kerusinya. "Haa, nak apa pulak tuu." perlinya. Aku cuma tersengih.

"Abang.."

"Hm?"

"Nak durian."

"Boleh, kiss dulu. Sini sini sini sini sini. Semua." matanya dipejamkan. Aku menyerah, durian punya pasal. Dahi, kedua belah pipinya, hidung dan matanya aku cium.

"Sayang.." dia membuka matanya. Senyuman terukir di bibirnya.

"Abang nak sini." badanku ditarik ke dalam pelukannya. Bibirnya dan bibirku bercantum lama.

Lama setelah itu, azan maghrib mula berkumandang...

































Maaf typo 🙆

idea takde lerr 😴 hambar an..

nak hiatus ek.. hehe 🤓

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now