Part 32

84K 3.6K 289
                                    

"Harini aku nak ajar kau berenang."

Ternganga aku. Pagi-pagi buta dia ajak aku mandi kolam? Serius la..

"Saya mana pandai berenang."

"Sebabtu la aku nak ajar ni sayang.."

Dia terlebih dahulu masuk ke dalam kolam, rambutnya dibasahkan sedikit lalu dia menghulurkan tangannya kepadaku. Aku teragak agak mahu menyambut hulurannya.

"Trust me." katanya lalu tersenyum.

Tangannya aku genggam dan dia menarikku perlahan-perlahan ke tengah-tengah kolam ini.

"Awak, saya takut la." lehernya aku peluk. Automatik tangannya naik merangkul pinggangku. Dia berhenti seketika lalu merenungku.

"Kita menyelam pulak." what?!

"Abang saja nak kenakan saya ke?"

"Tak. I'm teaching you right now. It's for your future too, sayang. Come."

"Saya taknakkk."

"Jangan risau, aku ada. Kan aku hero kau." mata kirinya dikenyitkan. Badanku ditarik rapat ke badannya.

"Kita selam sama-sama."

Kemudian kami saling menyelam. Setelah beberapa saat, aku naik ke permukaan air kerana aku tidak dapat menahan nafas lagi. Airil juga turut naik ke atas.

"Okey?" soalnya sambil menyelitkan rambutku di telinga. Aku angguk perlahan lalu merapatinya. Lehernya aku peluk, kepala dilentokkan di atas bahunya. Mukaku berkerut menahan sakit.

"Kenapa ni?" Airil membalas pelukanku.

"Bahu saya sakit." pantas pelukannya dilepaskan. "Sorry. Aku lupa yang bahu kau tak baik lagi. Jom kita naik." dia menarik aku keluar dari kolam ini. Aku duduk di tepi kolam manakala Airil sedang mengambil tuala.

Dia duduk di sebelahku. Bajuku diselak sedikit sehingga menampakkan bahuku yang merah kesan daripada tembakan beberapa hari lepas. Bekas lukaku ditutup dengan tuala lalu ditekan perlahan.

"Kita masuk, mandi dulu. Nanti kita nak pergi rumah mummy, kita stay sana dalam 2 minggu. Aku ada kerja." aku angguk dan mula masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan diri aku pergi ke kolam semula. Aku lihat Airil yang lincah berenang ke sana ke sini. Setelah itu, dia mula naik apabila melihat aku yang sedang menunggunya. Rambutnya diserabaikan. Ececece pikir hot arr..

Tapi memang hot pun.

"Abang berenang pakai baju ke?"

"Kenapa? Sayang nak tengok abang berenang tak pakai baju ke? Boleh."

"Tak payah la."

Aku menjelingnya. Tawa Airil meletus lalu dia mula menapak ke dalam rumah.

AKU hanya memerhati Mary yang sedari tadi berbual bual dengan Airil. Dah hampir setengah jam mereka bercakap tanpa aku. Tanpa aku. Erm.

"Aisya, tengok apa tu? Oh, kat sana rupanya.. Diorang bincang pasal projek yang tertangguh dulu, Mary kena terangkan balik semua pada Airil." jelas mummy. Aku angguk lemah. Bincang sampai gelak sesama, Mary duk main tepuk-tepuk tangan laki aku laktu.

Ish. Tak boleh jadi.

Aku berjalan mendekati Airil. "Abang, jom kita makan sama-sama." nada suara sengaja aku gedikkan. Kelihatan Mary membuat muka. Heh, ada aku kesah?

"Sayang makan la dulu ya? Banyak kerja ni." tolaknya. Namun, aku tidak akan mudah menyerah. Bahunya aku tarik agar dia menghadapku.

"Alaa jom laa, saya lapar. Bahu saya sakit lagi ni, jangan lupa pulak sape yang buat." aku mencebik. Ya Allah, betapa gediknya lahaii perangai aku. Aku tahu, tapi aku tak kira. Aku nak Airil!

"Okey-okey. Jom." dia bangun lalu tanganku digenggam. Aku tersenyum gembira. Sempat aku kerling Mary yang sedang mengibas-ngibas mukanya. Siannya dia, panas ya..

Usai makan, aku tarik pula Airil ke taman bunga di belakang rumah. Mary yang sedang makan di ruangan dapur yang tidak jauh daripada kami ini hanya memerhati perbuatan kami. Satu idea bernas melintas di kepalaku.

Pinggang Airil aku peluk sambil tersenyum manis. Airil mengangkat kening. Terus aku menyentuh hidungku lalu memandangnya semula.

Airil yang seperti amat memahami isi hati isteri kesayangannya ini, terus menggeselkan hidungnya ke hidungku. Aku tersenyum riang sambil melihat Mary. Rasakan ko!

Setelah itu, Airil yang leka menonton drama di tv itu aku dekati lalu mengambil tempat di sebelahnya. Tangan kanannya aku angkat lalu diletakkan di bahuku. Aku membetulkan sedikit kedudukanku. Bahu sakit sikit takpe lah, asalkan hati aku ni tak sakit.

"Kenapa asyik melekat je ni? Biasa tak nak kalau aku ajak peluk-peluk macam ni."

"Tak boleh ke? Baiklah kalau macam tu, saya pergi."

Baru saja aku ingin bangun, tanganku ditarik semula ke dalam pelukannya. "Baru tanya sikit dah nak merajuk sayang saya ni." katanya sambil mengemaskan pelukannya.

"Kalau awak tak suka, harini je la saya melekat dengan awak. Hari lain saya janji, saya jauhkan diri dari awak. Erm." nada merajuk aku gunakan. Ha pujuk laa.

"Eh, aku suka la. Takyah la nak jauhkan diri, nanti aku rindu."

Kepalaku sembamkan di dadanya. Senyuman yang terukir di bibir aku sembunyikan. Malu la pulak aihh.

"Airil, nanti kita ada meeting dengan daddy pukul 8 setengah malam ni. Make sure you datang dan tak ponteng just because of your wife."

"Kenapa? Kau jeles ke? Tu la, sape suruh buang boyfriend kau dulu, pastu kau pulak dengan hati terbuka pergi kutip balik. Dia layan kau kasar, kau terima." pergh, kasoo ayatnya.

"You know what? Sampah yang dah dibuang tak sepatutnya kau kutip balik. You tak jijik ke?" sambung Airil lagi.

"Mana you tahu?" Mary kelihatan terkedu. Aku pula masih blur. Apa yang dah jadi ni sebenarnya?

"Kau tak perlu tahu tu. Yang kau perlu tahu, hanya tentang kebodohan kau yang undang bahaya dekat semua orang termasuk family aku. Think." Airil berlalu pergi. Mary masih mendiamkan lagi dirinya.

Kemonn, apa yang jadi nii. Aku tak tahu apa-apa pun.

"I'm sorry. Jay, boyfriend I. Keluarga you tak selamat Aisya. I'm so so sorry." Mary duduk melutut di hadapanku. Aku buntu. Reaksi apa yang aku kena tunjuk ni.

"It's okay. You dah admit, then it's all fine. Don't worry." aku senyum nipis. Bahunya aku pegang seketika lalu pergi meninggalkannya. Walaupun aku tahu tahu kes apa, buat-buat tahu je lah.

SEPERTI yang dijanjikan, selesai makan malam Airil menapak ke ruang meeting mereka iaitu di ruang tamu manakala aku membawa diri ke bilik untuk berehat seketika. Perut yang separa membesar ini aku usap. Cepat keluar tau!

Ketukan di pintu menyentakkanku. Aku bangun dan berjalan menuju pintu lalu dibuka. Wajah Airil yang seperti penuh dengan keserabutan itu aku pandang. Badanku ditolak sedikit lalu pintu ditutup. Fail yang penuh di tangannya diletakkan di meja bersebelahan dengannya.

"Kenapa muka abang penat sangat? Abang okey?" soalku risau. Dapat aku lihat matanya yang sedang kepenatan.

"Boleh tolong abang? Abang penat." pintanya. Jelas terpancar kepenatan di wajahnya. Aku mengangguk.

Terus dia membuka bajunya di hadapanku. Aku tergamam beberapa saat lalu kembali melihatnya.

"Lapkan badan abang boleh? Abang rasa tak sedap badan." dia melangkah ke katil lalu badannya direbahkan. Aku merapatinya setelah mengisi air di dalam besen kecil lalu tuala kecil diletakkan di dalam besen itu sekali.

Aku duduk di birai katil lalu besen diletakkan di atas laci kecil berdekatan dengan katil ini. Tuala aku ambil di dalam besen kemudian diperah sedikit. Perlahan-lahan badannya aku lap. Setelah itu, tubuhnya aku selimutkan.

Airil sudah nyenyak dibuai mimpi. Good night husband.












































Maaf typo 🙆

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now