Part 34

83.7K 3.8K 432
                                    

"Siap-siap cepat, pakai baju biasa je." sebaik sahaja dia masuk bilik, dia terus meluru ke arahku. Keningku bertaut. "Nak pergi mana?" ceria terus wajah Airil.

"Dusun opah."

KAMI sampai lebih kurang dalam pukul lapan pagi. Aku sedang menikmati keindahan alam yang amat cantik. Hijau je.

Aku duduk di pondok yang berada di tengah-tengah dusun ini sambil memegang perutku. Aku lihat Airil sedang memakai sarung tangan dengan penuh teliti.

"Eh, mak? Bila sampai?" soal mummy. Opah melabuhkan punggungnya di sebelahku. Diperhati Airil dan daddy yang sedang mengait buah rambutan pada pokok di hadapan pondok ini.

"Semalam, melawat kawan mak kejap. Sakit katanya." Opah mengambil buah rambutan yang baru saja diletakkan oleh daddy tadi di sini. Aku memegang perutku, baby jangan buat hal masa ni.

Aku duduk bersandar seketika, menghilangkan rasa penat. ya Allah, payahnya orang mengandung ni. Duduk serba tak kena, emosi tak stabil, berat bertambah. Hm.

Perutku urut-urut, menghilangkan sakit yang terasa sekarang ini. Opah memandangku.

"Kamu tak makan ke Aisya?" soal Opah sambil menyuapkan buah rambutan ke dalam mulutnya. Aku menggeleng lalu tersenyum kelat. Tengkakku berasa loya, namun aku tidak terlalu menunjuk. Hanya beriak biasa.

Airil yang baru selesai mengutip segala buah di dalam dusun ini kini duduk di sebelahku. Buah mangga manis disuap ke dalam mulutnya sambil mulutnya terkumat kamit bergurau senda dengan opah.

Aku bergerak turun perlahan-lahan lalu bersegera ke longkang yang berdekatan. Segala isi dimuntahkan tanpa henti. Dia datang lagi.

"Kenapa ni?" Airil menggosok-gosok belakang badanku. Aku terduduk di atas rumput kerana penat yang tidak mampuku tahan. Badanku terasa berat yang amat seakan ada sesuatu menimpa badanku.

"Ambil ubat ni, sapu kat dada dia." mummy menghulurkan minyak ubat gamat dan lalu Airil menyapu pada leher dan juga di bahagian dadaku.

"Aisya morning sickness lagi la mummy." minyak angin pula disapu sedikit di hidungku. Airil menahan kepalaku sambil mengelap peluh pada dahiku.

"Bawak dia masuk kereta, panas kat luar ni. Biar sejuk sikit badan dia tu." arah daddy. Badanku diangkat lalu dibawa ke tempat duduk belakang kereta. Tudungku dibuang lalu aircond dibuka. Kemudian, dia duduk di sebelahku. Aku ditarik ke dalam pelukannya.

"Sakitt.." suaraku terketar ketar menahan air mata yang bakal keluar.

"Sakit kat mana? Perut sakit ke?" aku mengangguk lemah. Tangannya mengurut lembut seluruh bahagian perutku. Aku memeluk pinggangnya, kepala disembamkan ke dadanya. Air mataku jatuh dengan laju. First baby memang macam ni ke?

"Sayang makan sikit, pagi tadi tak makan apa pun. Masuk angin nanti." air mataku disapu lalu dahiku dicium. Aku tetap menggeleng, sekarang ni aku tak rasa apa-apa melainkan cukuplah Airil berada di sampingku.

"Taknakk.." aku sorokkan muka di dadanya apabila dia ingin menyuapkan buah mangga yang diambil dari opah tadi ke dalam mulutku. Tangisanku terhembus lagi, cengeng kan isteri awak harini.

"Okay, abang tak paksa. Stop nangis." nada suaranya seperti sedang memberhentikan seorang anak kecil daripada menangis. Macam aku.

"Ngantuk.." aku mengemaskan pelukanku di pinggangnya. Cuba untuk menyelesakan diri.

"Sayang.."

"Erm?"

"Terima kasih. Awak seorang yang kuat dan abang yakin sayang boleh. Kuatkan diri demi abang, demi anak kita. I love you." badanku dipeluk erat. Aku tersenyum nipis dan mula terlena di dalam dakapannya.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now