chapter 61

2.6K 47 85
                                    

Tiba hari yang telah ditetapkan. Suasana kediaman Puan Khadijah kelihatan meriah dengan pelbagai ragam manusia yang hadir menyerikan lagi majlis akad nikah dan persandingan Hana Meddina bersama Izzwan Miqael.
Pelamin kedua mempelai dihias indah bertemakan putih suci berkonsepkan moden dan tradisional.

" Sherry pandai ke tak kau make up kan aku ni.
Aku takut betul la kalau muka aku jadi zombie kau kerjakan." Omel Hana Meddina memandang tajam ke arah Sherry yang juga merangkap rakan sekerjanya.

Sherry turut mengambil bidang dalam solekan dan pelamin majlis perkahwinan. Sekaligus di dalam satu pakej yang sama.

Hana Meddina tidak senang duduk. Sememangnya dia tidak pernah menggunakan make up tebal pada wajahnya.
kebiasaannya hanya bedak tipis digunakan.

" Alaaa pengantin baru ni tak baik membebel tau. kang hilang seri hang baru hang tau naa. bukan salah aku kalau muka hang tak berseri nanti. Hang dok diam sudah.  jangan dok bebel potpet kejap lagi siap laa.amboih tak sabar nak tatap bakal suami ka Hana?"
Tutur Sherry dengan lenggok yang sengaja dilembutkan. Kurung moden merah jambu yang disarungkan pada tubuh tinggi lampai Sherry membuatkan ramai orang sukar untuk mengenal identiti sebenar Sherry yang saling tidak tumpah seperti perempuan melayu terakhir itu.

"Ish bukan la. Aku cuma tak tahan dok tadah muka aku ni dari tadi. lenguh tau dak lenguh?" Gerutu Hana Meddina.

Shery ketawa kuat.
Rasanya inilah pertama kali dia harus berhadapan pelanggan seperti itu.

" Sayang....Dah siap belum?"
Sapa Puan Khadijah memegang kedua belah bahu puteri kesayangannya.

"Ma, Lili dan Mawar belum sampai lagi ke Ma?"soal Hana Meddina bersuara resah. Setiap saat jam pada dinding kamarnya dikerling.
Namun masih tidak kelihatan batang hidung mereka.

'Teddy, mana awak sayang. 'Jerit Hana Meddina di dalam hati menahan sebak.

" Belum lagi sayang mama. Mungkin tak lama lagi sampai la tu. Mungkin jalan raya tengah sesak agaknya ." kata Puan Khadijah sambil mengusap perlahan belakang puterinya yang sebentar lagi bakal menjadi isteri orang.

" Lepasni bila dah jadi isteri orang pandai pandai jaga diri nak. Apa apa halangan dan dugaan kena kuat tempuhi. jangan sesekali takut atau kalah pada sebarang dugaan. Itu semua asam garam rumah tangga. Mama yakin Wan boleh jaga Hana dengan baik.
Lega hati mama bila tau dah ada orang boleh jaga anak mama sorang ni. Kalau mama tak ada nanti ada juga orang yang boleh jaga Hana yang boleh tengok tengokkan Hana. ." Tutur mamanya lembut sambil mengesat airmata menggunakan hujung bucu jubah hijau muda yang tersarung pada tubuhnya yang digayakan bersama tudung rona putih bersulam manik.

" Ma apa mama kata ni. jangan laa cakap macamtu. Hana tak nak dengar mama cakap macamtu lagi tau." Tegas Hana Meddina namun tetap dalam nada yang masih bisa dilembutkan.

Puan Khadijah hanya tersenyum. Lalu meminta diri untuk ke tingkat bawah.

" Ma kalau Lili dengan Mawar sampai nanti suruh dorang naik atas okay." Laung Hana Meddina kepada mamanya yang sudah pun keluar dari pintu kamarnya.

Sherry yang leka menyapu bedak pada wajah Hana Meddina lantas bersuara.
" Sapa Lili dan Mawar tu nok?"
Soal Sherry ingin tahu.

" Sepupu Izzwan. Kitorang kenal lama. so aku pun pelik la mana pergi dorang ni tak sampai sampai.  nak kata sama rombongan dengan Izzwan mustahil. bukannya sama tempat pun. Aku dah pesan kat Lili dan Mawar supaya datang awal. Tapi sampai sekarang tak muncul muncul. Risau betul aku.."
Luah Hana Meddina bernada sebak.
Terbayang seraut wajah ayu yang amat dirinduinya.

" Kak , tok kadi dah sampai kat bawah. Abang Wan dengan keluarga dia pun dah sampai. Akak dah siap belum ni?"  kata Ammar Siddiq termengah mengah. Entah apa lah yang dimengahkan adik bongsu nya itu.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now