chapter 25

1.4K 46 0
                                    

" Hai..."
Sapa Hana Meddina lembut sambil tersenyum manis. Dihadapannya kini adalah seorang wanita yang berpakaian ayu rona royal blue yang tersarung pada tubuh kecilnya dipadankan dengan skirt rona coklat dilengkapi selendang biru muda.

"Eh. Hai."
jawab Nur Mawar Aini seakan terkejut.

"Terkejut saya. ish awak ni. bila sampai?"
Soal Nur Mawar Aini tersipu sipu menyambung kata. Terlihat wanita dihadapannya tersenyum memandang gelagatnya.
Saat itu mata mereka bertentangan.

'oh my god! mata dia. mata dia.
Aku jatuh cinta dengan mata dia!'
Bisik Nur Mawar Aini didalam hati. Degupan di hati terasa laju membuatkan dirinya terasa seperti di awang awangan.
Tanpa membuang masa lantas mempelawa wanita di hadapannya itu untuk duduk.
Jam ditangan dikerling sepintas lalu. Detik itu menunjukkan ke angka 3.15 minit petang.

Suasana di Taman permainan yang terletak di Jalan Ampang Hilir itu sungguh meriah.
Berbagai ragam manusia yang datang mengunjungi. Ada yang tua ada yang muda. tidak kurang juga yang membawa pasangan serta keluarga masing masing. Di hujung taman kelihatan seorang anak kecil sedang menangis teresak esak sambil dipujuk oleh seorang wanita yang mungkin adalah ibunya.

Di atas buaian pula terdapat kanak kanak perempuan kembar bertocang dua. comel dan berisi. kelihatan suami isteri yang mungkin adalah ibu dan bapa dua kembar comel itu menjaga dan melayani keletah anak anak mereka yang girang bermain buai sambil menyanyi.

"Buai laju laju .. Sampai pokok sena.. Apa dalam baju sekuntum bunga raya"

"Mawar.."
Sapa Hana Meddina lembut sambil memandang tepat ke arah wanita di sebelahnya yang leka tersenyum memandang gelagat pengunjung di taman itu.

Nur Mawar Aini yang terdengar namanya dipanggil lantas menoleh laju.
"Ye Hana. kenapa?" jawab Nur Mawar Aini lembut sambil membetulkan kedudukannya yang dari tadi agak membelakangi Hana Meddina.
Kini pandangan mereka bertaut. Ada renungan sayu yang terpancar dan kelihatan dari anak mata Hana Meddina.

" Mawar, Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Er."
Hana Meddina mulai mengatur bicara. Terasa gementar seluruh urat sendi nya tika itu.

Nur Nawar Aini yang sedia mendengar hanya mengangkat kening menanti bicara seterusnya dari wanita di hadapannya yang membuatkan hatinya terasa dilambung ombak. Rambut paras bahu yang dilepaskan menampakkan kelembutannya sangat terserlah. Dengan blouse rona jingga lembut menambahkan keanggunan si pemakai disertakan jeans biru tua.
Cantik!

Melihat wajah Hana Meddina yang kini duduk disebelahnya membuatkan hati Nur Mawar Aini terasa berdebar laju. Tambahan lagi apabila mata mereka seringkali bertentangan. menambahkan lagi debar di hati yang kian meronta manja.

"Mawar.."
Seorang wanita berkaca mata hitam yang datang entah dari mana menyapa.

Nur Mawar Aini yang tengah asyik melayani perasaannya lantas mengangkat muka untuk melihat siapa empunya suara itu.

" Eh Ryssa. Apa awak buat dekat sini?"
Soal Nur Mawar Aini perlahan.

Hana Meddina yang memandang hanya tersenyum. Tidak berani mahu menyampuk perbualan keduanya. Lalu meminta diri untuk berjalan jalan di taman itu.

" Saya nak berjalan depan sana jap." tutur Hana Meddina lembut sambil melemparkan senyuman manis buat Nur Mawar Aini lalu turut tersenyum kepada gadis muda di hadapannya.

" Mawar, saya call awak hari tu kenapa awak tak jawab? Saya tahu saya banyak buat salah. Silap saya sebab buat hati awak sakit dengan cara dan sikap saya. but please Mawar. please forgive me. " Bicara Ryssa Rania diiiringi sebak yang menggunung. Ada riak kesal terpancar di wajahnya.

" Hmmmm. Ryssa. Cukuplah. Saya tak nak dengar apa apa lagi." keluh Nur Mawar Aini perlahan. Matanya mula mencari kelibat Hana Meddina yang sedari tadi tiada disisinya. Terasa kerisauan mula melanda sanubarinya.

" Yang tadi tu girlfriend awak ke?!"
Soal Ryssa Rania kasar sambil mengambil tempat di sebelah Nur Mawar Aini.

" Yes. She's my girlfriend ." jawab Nur Mawar Aini dengan senyuman yang riang. sengaja mahu menyakiti perempuan di sebelahnya. Teringat segala dusta yang terjadi dua tahun yang lalu membuatkan hatinya terasa di ragut kebencian.

Ryssa Rania ialah seorang gadis yang berusia 24 tahun. Bergaya lincah dan mempunyai ketinggian 154 cm. Badannya agak kurus sesuai dengan ketinggian. Kulit hitam manis dan mempunyai senyuman cukup manis. Namun itu bukan lah menjadi ukuran dalam sebuah hubungan. Cinta yang terjalin setelah sekian lama akhirnya memberi racun pada hati Nur Mawar Aini. Gadis yang sangat dipercayainya suatu tika dahulu rupanya dalam diam menduakan hatinya. bukan sahaja dua tapi tiga empat lima bahkan enam hati yang turut dipermainkan.

" Cepatnya awak lupakan saya. Saya masih tak boleh lupakan awak sampai sekarang saya masih teringatkan awak Mawar." balas Ryssa Rania bersama sendu di hati.

Nur Mawar Aini hanya menjeling tajam sambil mencebikkan bibir.

" Argh! Drama sangat!" perli Nur Mawar Aini sambil mengangkat punggungnya dan berlalu dari situ

"Mawar!" laung Ryssa Rania nyaring.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now