Chapter 17

1.6K 53 1
                                    

Nur Mawar Aini POV

"Dik, bangun makan ubat. Panas sangat dahi ni. Nak pergi klinik tak?"
Kejut dan Soal Nur Lili Aina kepada adiknya, yang terbaring kaku di atas katil. Dia tahu adiknya itu sukar untuk dipujuk ke klinik. Namun kali itu dia yakin adiknya akan mengalah.

Nur Mawar Aini yang sedang terbaring lesu, kelihatan lemah. Selimut yang dipakai hampir menutupi paras wajahnya. Dek kerana kesejukan yang dirasai. Tuala basah yang diletakkan di atas dahi sudahpun terasa haba kepanasan. Wajah pucatnya menyuntikkan kebimbangan pada hati Nur Lili Aina.
Tiada siapa dirumah selain mereka berdua. Kerana itu Nur Lili Aina terlalu bimbangkan kesihatan adiknya tersayang.

" Er.. Tak pe lah kak. Aku okay  je ni. Nanti sembuh la." Dengan lemah longlai sambil cuba untuk bangkit duduk, Nur Mawar Aini mengambil gelas dan ubat yang dihulurkan oleh kakaknya, seraya menyuapkan ke mulut lalu meminum segelas air suam. 

" Ish kau ni degil sungguh la dik. Kalau mak masih ada, mesti mak pening dengan kau ni. Tak nak dengar cakap. Apa yang susah sangat dengar cakap orang lebih tua haa. Tak susah mana. Just ikut dan duduk sebelah aku drive. Sampai klinik doktor check then bagi ubat. then balik. Simple." bebel Nur Lili Aina geram dengan sikap kebudak budakan adiknya.

Tiga tahun sejak ibu mereka, Puan Faridah meninggal dunia akibat sakit yang dihidapi. Nur Lili Aina lah yang banyak menemani dan bersama melengkapi hari hari adiknya.  Dimana ada dia pasti ada adiknya. Dimana ada adiknya pasti ada dia. Kakak yang lain telahpun mendirikan rumah tangga. Yang tinggal hanya lah mereka berdua. Manakala bapa mereka, Encik Zahari tinggal bersama kakak sulung mereka di Sarawak.

" Erm jangan la sebut pasal mak. Aku dahlah demam. Kau lak buat aku sedih. Tak yah lah membebel. Aku akan sihat. Aku yakin. Lepas makan ubat dan rehat, esok aku baiklah."
Sahut Nur Mawar Aini dengan nada yang sedikit sayu. Sayu apabila mendengar perkataan mak yang lahir dari mulut kakaknya.
Rindu.
Teramat rindu.

" yela kau tu degil sangat sape suruh. Hmmm. Yela dik, kau rehatla jangan main handphone pulak. Tido je tau. Jam pun dah pukul 10 ni ." Akhirnya Nur Lili Aina mengalah. Dia tidak mahu menambah duka di hati adiknya. Silap dia juga, kerana melontarkan kata tanpa berfikir terlebih dahulu.

Nur Lili Aina mengambil tuala basah di atas dahi adiknya lalu merendam ke dalam baldi kecil yang dibawanya bersama. Dan kembali meletakkan ke atas dahi adiknya.

Usai sahaja memastikan semua sudah selesai, Nur Lili Aina melangkah keluar setelah menyelimuti kembali tubuh adiknya, lalu menutup suiz lampu bilik dan beredar keluar serta perlahan menutup pintu.


***************************************

Hana Meddina POV

"Mikah, aku tak tahu nak buat apa. Aku tengah buntu sekarang. Aku tak nak kahwin kahwin ni. Kau tau aku macam mana kan? Yaampun Mikah, kau tolong lah aku macam mana cara aku nak elak dari semua ni."
Bersama cemas dan geram di hati Hana Meddina meluahkan rasa hatinya kepada temannya Mikah Iqqasha di corong handphone.

Sepuluh minit sejurus mamanya, Puan Khadijah keluar dari biliknya, Hana Meddina membuat keputusan untuk menghubungi teman rapatnya untuk berkongsi segala perasaan yang berkecamuk dalam relung hatinya. Dia tidak tahu kepada siapa lagi untuk meluahkan segalanya. Hanya kepada Mikah Iqqasha dia berasa selesa dan percaya.

" Teruk kes kau ni Hana. Aku rasa kes kau ni kalau masuk dalam court , comfirm hakim kemurungan. Hahaha. Okay first sekali, kau kena relax. Kau kena cool. Tak de masalah yang tak dapat diselesaikan beb. Okay macamni. Apa kata kalau kau cakap baik baik dekat family lelaki tu esok. kau cakaplah kau tak bersedia lagi ke, or kau cakap la yang kau dah ada boyfriend. Mana tahu dorang boleh faham. Haa amacam bijak tak idea aku ni. Kau mesti tak terfikir kan."
Tutur  Mikah Iqqasha menenangkan.
Dia tahu bukanlah mudah untuk menerima lelaki yang tidak dikenali. Lagi lagi Hana Meddina bukanlah seorang yang mudah untuk mempercayai lelaki setelah hatinya dipermainkan oleh insan yang bergelar lelaki 7 tahun yang lepas. 
Dia mengerti gusar dan cemas di hati temannya. Jika dia berada di tempat itu, pasti dia juga akan cemas dan berusaha untuk mengelak perkahwinan tanpa rela itu berlaku. Namun apakan daya. Dia hanya mampu menenangkan selain memberi idea yang dirasakan agak logik dan bernas. Selebihnya, terpulang kepada temannya dan yang penting sekali adalah keputusan mama Hana Meddina sendiri iaitu, Puan Khadijah.

" idea kau ni okay. Tapi masalahnya , mama aku dah tetapkan dah. Esok rombongan tu datang rumah. kalau tak, memang aku dah cari alamat family lelaki tu dan explain yang aku tak boleh setuju dengan perkahwinan tanpa rela tu. Tinggal malam ni dan pagi esok je untuk aku berfikir semua ni. Petang esok rombongan tu datang. mama lak dah tegaskan, aku kena terima pinangan tu. Aku rasa macam nak lari dari rumah je beb, yaAllah! Dugaan apa kah ini."
Luah Hana Meddina bersama getar pada suaranya.
Tidak terasa airmatanya kembali mengalir.
Mikah Iqqasha yang setia mendengar, turut terkesan. Terasa sebak turut menyelubungi hatinya. Namun apalah kudrat dia untuk membantu. Hanya nasihat yang mampu dititipkan.

" Hana, aku rasa maybe dah sampai seru kau kot. apa kata kau terima je, maybe jodoh kau dah tiba. Allah itu sebaik baik perancang , Hana. Walau sekuat mana pun kau mengelak, kalau Yang Di Atas Sana dah menentukan kau kena kahwin, kau tetap akan kahwin. Lari lah kau sejauh mana pun , kalau Allah dah mengkehendaki, kau tetap akan kahwin jugak. Dah tiba masa kau kena berubah, berubah ke jalan yang benar. Kau terima la lelaki itu Hana. Demi Mama kau. Demi nama baik family,  Ye aku tahu memang berat untuk terima semua tu. Tapi kau kena percaya dengan Qada' dan Qadar.  Aku tahu kau boleh. Aku tahu kau mampu hadap semua ni Hana."
Bicara Mikah Iqqasha panjang lebar bersama sendu yang ditahan.
Dia tidak mahu menjadi sahabat yang hipokrit.

Hana Meddina mengeluh perlahan dan lama terdiam. Berfikir dan terus berfikir.
Nun di luar jendela, kelihatan bulan dan bintang menyinari langit malam.

Hana Meddina bungkam.
Sepi.
Perlahan lahan meletakkan handphone nya ke sisi.

Lalu mata dipejam bersama linangan airmata.


HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now