Chapter 26

1.4K 45 1
                                    


" Awak,  kat sini rupanya. "Sapa Nur Mawar Aini lembut.

Hana Meddina yang leka termenung sambil memeluk tubuh memandang kosong ke arah taman itu.  Angin petang itu lembut menampar pipi. Terasa sungguh menenangkan.

Hana Meddina yang terdengar suara yang amat dikenalinya lantas berpaling lalu tersenyum manis.

" Eh mana kawan awak tadi dah balik eh?"
Tanya Hana Meddina sambil memegang bahu milik Nur Mawar Aini.

"Jap. ada semut."
Tutur Hana Meddina lembut sambil mengusir semut kecil yang bertenggek di atas bahu milik wanita di hadapannya itu yang sedikit rendah darinya.

Nur Mawar Aini menoleh sekilas ke arah bahu. Namun semut sudah hilang tidak kelihatan. Mungkin sudah jauh terpelanting akibat jentikan penalti oleh Hana Meddina.

" Yang tadi tu eh. Dah balik dah. " jawab Nur Mawar Aini ringkas.
Malas mahu memanjangkan cerita. Hendak diceritakan bukannya penting untuk diceritakan. Tambahan petang itu dia mahu menenangkan hati nya dengan keluar berjalan jalan di Taman itu bersama sama wanita kesayangannya.

ops! belum jadi kesayangan.
Tapi dambaan hatinya.

Hana Meddina hanya menggangguk kepala tanda mengerti.

" Jom pergi gerai hujung sana." Ajak Nur Mawar Aini sambil menarik lengan wanita yang leka merenung ke arah matanya. Membuatkan dirinya tersipu sipu malu. 

" okay. Jom la."
Jawab Hana Meddina ringkas. Terasa berdebar dada nya tatkala merasa ada tangan yang berpaut pada lengan kirinya. Dia sendiri sukar untuk mentafsirkan perasaan itu. Yang pasti  seakan terkena renjatan elektrik yang laju menyambar hatinya

Dari jauh kelihatan beberapa buah gerai menjual pelbagai makanan dan minuman.

Hana Meddina dan Nur Mawar Aini berjalan bersama sama melewati pengunjung pengunjung yang semakin berkurangan petang itu.

Sambil berjalan dan menghayati keindahan suasana di taman itu, mereka berdua tergelak kecil. Entah mengapa ada bahagia yang menyinari sinar hati Hana Meddina. Dia yakin pada hati kecil nya. Dia yakin akan perasaannya.

Ditoleh pada wajah disebelahnya yang riang tersenyum menambahkan lagi rasa debaran pada hatinya.
Namun secara tiba tiba. Terlintas di fikirannya perihal lelaki yang telah dijodohkan buatnya. lelaki yang juga amat dikenalinya. Membuatkan hati dan juga perasaan nya terasa gelisah dan serba salah.

' Haruskah aku menerima lelaki itu. '
bisik hati kecilnya.

" Hana kenapa ni muram je?"
soal Nur Mawar Aini apabila menyedari wanita di sebelahnya kelihatan sugul dan muram.


Hana Meddina menoleh perlahan.

" nothing Mawar. just entahla  tiba tiba rasa pening. "
jawab  Hana Meddina sambil memicit dahinya.

Nur Mawar Aini mulai diragut kebimbangan. Serta merta mendapatkan bangku yang berada tidak jauh dari situ lalu menarik perlahan tangan Hana Meddina untuk duduk sebentar.

"Awak okay tak ni?" soal Nur Mawar Aini sambil melekapkan tapak tangannya ke dahi milik Hana Meddina.

" Laa panas. Jom saya bawa awak pergi klinik."Ajak Nur Mawar Aini tegas.

"Er takpela Mawar. Saya okay. Pening sikit je ni. Nanti okay la ni. Dah dah jom gi gerai sana. Saya nak beli aiskrim." Hana Meddina menjawab dengan penuh yakin. Dia tidak mahu mengundang kerisauan wanita disebelahnya.

" Betul ni okay?  " soal Nur Mawar Aini semula untuk memastikan.

" yezza.. betul. okay jom."balas Hana Meddina sambil menarik lembut tangan Nur Mawar Aini untuk bangun lalu berjalan menuju ke gerai yang menjual aiskrim berhampiran.

Tapak tangan milik Nur Mawar Aini masih erat digenggam oleh Hana Meddina. Sambil berjalan perlahan mereka saling berpandangan. Lalu tersenyum.

' kenapa dia tak nak lepas tangan aku ni.'
bisik Nur Mawar Aini sendirian.
Namun seakan ada bunga yang mekar dan menguntum pada lubuk hatinya.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now