Chapter 22

1.5K 50 0
                                    

" Jemputlah minum."
pelawa Hana Meddina lembut sambil duduk bersimpuh di atas karpet merah. Sama merah seperti selendang di atas kepalanya.
Hanya sedikit senyuman yang mampu dilemparkan. Tidak upaya menyelindung rasa getar dan debar di hati.

Beberapa cawan air horlick panas dihidangkan di atas meja disertakan dengan beberapa piring puding karamel hasil air tangan mamanya sendiri, Puan Khadijah.
Dikerling sekilas ke arah wanita yang dikenalinya yang sedang  duduk bermain handphone bersebelahan mamanya. Siapa lagi kalau bukan wanita yang di chatting nya sejak kebelakangan ini.

" Wah lain betul dah Hana sekarang. Makin cantik. Makin tinggi. " Ujar Puan Kalsom sambil tersenyum.
Hana Meddina yang mendengar lantas mengangkat wajah terasa sedikit terkejut dan memandang ke arah empunya suara itu lalu tersenyum kecil.
Entah mengapa dia seakan mengenali wajah itu.

Baru sahaja hendak membuka mulut, tiba tiba terdengar suara seseorang menyebut namanya.

"Hana.."

Hana Meddina menoleh ke arah suara yang menyeru namanya.
Kedua dua bertentangan. Seakan melopong mulut wanita di hadapannya.

" Eh, Mawar kan? "

Soal Hana Meddina  sedikit bergetar.
Bimbang sekiranya tersilap orang.
Mana tahu pelanduk dua serupa.

"Ye."
jawab wanita itu tersipu malu.

Benarlah seperti sangkaan. Sudah terang lagi bersuluh.

Hana Meddina terpinga pinga.Terasa sedikit agak terkejut dengan kehadiran wanita di hadapannya tika itu.

" Hana, ingat lagi tak dengan Makcik Som ? "
Soal Puan Kalsom sambil merangkul mesra bahu Hana Meddina lalu mempelawa duduk disebelahnya.
Semua yang berada di situ hanya tersenyum memandang.

Puan Khadijah yang sedari tadi berdiam turut tersenyum kelat. Entah mengapa naluri tuanya terasa mengganggu fikiran.
Nur Mawar Aini yang berada disebelah juga tersenyum mesra menyaksikan perbualan antara Puan Kalsom dan Hana Meddina.

" Er.. Mak.. Makcik Kal..Kalsom? ".
Soal Hana Meddina cuba gagah mengingati nama itu yang seakan pernah didengari suatu tika dahulu.

" Ye Hana. inilah Makcik Som , Mak kepada Wan kawan sekelas Hana masa sekolah rendah dulu ingat tak sayang? "
Celah Puan Khadijah lembut menjawab soalan puteri kesayangannya.

Puan Kalsom yang mendengar menggangguk laju seraya memaut lengan Hana Meddina.

" Dah besar panjang kamu nak.  Dah berbelas tahun kita tak bersua. Dulu masa kecik kecik ,  kamu selalu datang rumah makcik belajar sama sama dengan Wan. Main batu seremban depan beranda rumah. Makcik rindu semua kenangan tu. Masih utuh tersimpan rapi dalam fikiran makcik."
Tutur Puan Kalsom lembut sambil menggenggam erat jari jemari bakal menantunya.

Hana Meddina kaku. Masih terkejut dengan apa yang berlaku. Mungkinkah lelaki yang bakal dijodohkan buatnya adalah Wan.
Izzwan Miqael.

Lama Hana Meddina berteleku memandang lantai rumahya. Terasa lemah seluruh tubuhnya. Mana mungkin dia akan berkahwin dengan sahabat sekelasnya. Mana mungkin dia menerima sahabat zaman kecilnya.
Ya suatu tika dahulu mereka sememangnya rapat bagai aur dengan tebing sentiasa bersama sama.
sama sama belajar, sama sama berbasikal ke sekolah, sama sama bermain batu seremban, puas membuli dan juga saling menyakat antara satu sama lain. Mana mungkin untuk menerima sahabat sendiri sebagai suami.

'arghhhhh!'
jerit Hana Meddina di dalam hati.

Nur Mawar Aini hanya memandang dengan perasaan seribu satu rasa.
Seakan mengerti gusar di hati wanita dihadapannya.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now