Chapter 13

1.8K 53 3
                                    


      
" Morning all."
Sapa Hana Meddina ramah sambil tersenyum mesra lalu meletakkan handbag  bewarna hitam di atas meja kerjanya. Hari itu Hana Meddina tampak menawan sekali dengan blazer maroon nya yang dipadankan dengan slack hitam dan high heels 3 inci juga berwarna hitam berkilat menambahkan lagi keanggunannya.
             
" Erkk. Alhamdulillah. "
bisik Hana Meddina perlahan dengan sendawa kekenyangan, dengan
sarapan pagi tadi iaitu sandwich tuna, air tangan mamanya, Puan Khadijah.

Bulat mata Hana Meddina memandang kertas kerja di atas mejanya. Jadualnya hari itu cukup padat dan sudah pasti kesibukan menjadi miliknya sepanjang hari itu.
kerana kesibukan itulah, Hana Meddina bimbang untuk mempunyai kekasih hati. Dia risau jikalau gagal memberi perhatian dan masa buat bakal kekasihnya. Namun jauh di sudut hati, dia terlalu mengharapkan ada yang mampu membuka relung hatinya dan mampu membuatkan dia jatuh cinta.

Hana Meddina bukan suka suka mahu menjadi sonsang.
Namun dek kerana naluri hati lebih kepada kaum sejenis membuatkan dirinya lebih memilih untuk menyayangi sesama perempuan. Baginya tidak lah menjadi satu kesalahan asalkan tahu menjaga dan mengawal nafsu. Cukup baginya hati yang saling menyayangi , yang pasti ianya berlandaskan kasihsayang sepenuhnya, bukan kerana nafsu semata. Niat yang betul dan baik sentiasa membuatkan dirinya yakin bahawa dirinya bukan suka suka terjebak dalam hubungan yang sudah pasti dipandang serong oleh orang ramai, tetapi kerana mahu menjaga maruah sebagai wanita. Lebih baik rasanya berkawan rapat dengan sesama perempuan, daripada terjebak dengan cinta lelaki yang mana belum tentu jujur dan ikhlas. Silap haribulan, menjadi mangsa lelaki yang tidak berkeperimanusian. Simpang malaikat 44.


*****************************************

Nur Mawar Aini POV

   " Baby, bangun dah pagi. Eh Jom lah teman aku masuk butik hari ni. " ajak Nur Lili Aina kepada adiknya yang sedang lena diulit mimpi.

Begitu lah Nur Lili Aina. Gemar memanggil adiknya dengan nama nama manja. Kadang baby dan kadang yunk. Baginya, siapa lagi yang harus di manjakan, kalau bukan adik bongsunya.

" Ala. Malas laa kak. ngantuk lagi ni. Dahla senggugut ni. " jawab Nur Mawar Aini malas.
Terus menarik selimutnya menutupi muka.
Sejuk!

Nur Lili Aina memandang geram. Dengan perasaan yang penuh geram kerana ajakannya ditolak, Nur Lili Aina lantas mencapai penyangkut baju yang tergantung di depan almari lalu membaling kepada adiknya.

       " Adoii ! Sakit la. Dah kenapa main baling baling ." Nur Mawar Aini membuka mata dan selimut dan terus bersuara serak serak basah lalu mengambil senjata yang digunakan oleh kakaknya tadi lalu membaling semula ke arah kakaknya. Cepat cepat Nur Lili Aina mengelak dan menjelirkan lidahnya.

" werkkkkk tak kena. tak kena".
Ejek Nur Lili jahat dengan muka yang mengada ngada.

Nur Mawar Aini menjeling penuh geram. Terasa dipermainkan. Belum ada sesiapa yang berani membuli dirinya. Namun hari itu dia merasa tersangat geram dan marah dek kerana tidur lena nya terganggu oleh makhluk berbentuk alien di balik pintu biliknya itu.

" Hahaha. Marah la tu. Ala jom la dik. Teman aku hari ni. " ajak Nur Lili Aina sekali lagi. Berharap adiknya bersetuju kali ini.

" hmmm yela. Aku ikut. " jawab Nur Mawar Aini ringkas dan malas.

Biarpun Nur Mawar Aini terasa malas dan lemah menahan sakit perutnya akibat senggugut yang baru sahaja melanda pagi itu, namun dia tetap tidak mahu mengecewakan kakaknya. Dia mahu kakaknya gembira. Dia sayang akan kakaknya.

" Yeay ! Macamtu la adik kakak. Dah cepat mandi n siap. Aku tunggu ni. "  sahut Nur Lili girang menampakkan gigi arnabnya.

Nur Lili Aina seorang yang agak sedikit chubby, putih melepak,  sederhana tinggi, bertudung, dan yang pasti mempunyai kening yang semulajadi hitam pekat dan lebat sama seperti adiknya, Nur Mawar Aini. Terkadang ramai yang menyangka mereka berdua kembar dek kerana rupa paras yang hampir sama.
Nama pun adik beradik.

" yela yela nak mandi lah ni. Tunggu dalam setengah jam aku siap la."  Tutur Nur Mawar Aini sambil melipat selimut dan mengemaskan cadar katilnya dengan rapi dan kemas.
Ok cantik.

Jam didinding dipandang seketika. Sudah menunjuk ke angka 8.35 pagi.

Nur Lili Aina mengangguk tanda mengerti. kemudian melangkah keluar dari bilik, lalu masuk menuju ke ruang tamu.

45 minit kemudian Nur Mawar Lili sudah tercegat di hadapan kakaknya.
Berseluar jeans hitam dipadankan dengan hoodie merah jambu dan berselendang coklat bercorak bungamawar, Nur Mawar Aini tampak bersahaja dan ringkas namun menarik. Dan seterusnya mengambil sedikit kuih muih di atas meja makan, Nur Mawar Aini menyuapkan ke dalam mulutnya.
Malas mahu duduk bersarapan.

Nur Mawar Aini menghampiri rak kasut lalu menyarung stoking dan kasut Adidas hitam putihnya dan kemudian berlari menuju ke arah kakaknya yang sudah pun menunggu di dalam kereta.

Mereka berdua memulakan perjalanan menuju ke Butik yang terletak di Jalan Cempaka, Ampang .     

                 
****************************************


            
" Hana, jom keluar lunch." ajak
Fazilah kepada Hana Meddina yang masih leka menghadap monitor nya. 

Mendengar suara ajakan rakannya itu, Hana Meddina terus memandang pada jam di pergelangan tangannya.

12.01 tengah hari.

" Ok jom." sahut Hana Meddina ringkas sambil menutup monitor dan fail kerja nya. Terasa lenguh segala sendi sendi tangan dan jari jemari nya.

" arghhhhh !"

Hana Meddina mengeliat lalu bingkas bangun. Dan mencapai handbag nya seterusnya membontoti langkah rakan sekerjanya.

Fazilah atau nama sebenarnya Siti Nur Fazilah , lebih selesa dipanggil Faz.  Berusia awal 20an.
Seorang yang lincah dan aktif.
Agak tomboy dan kasar namun bertudung.
Baru sebulan berpindah dan bekerja disitu namun sudah cukup pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

"Hana,  nak lunch kat mana eh?"
soal Fazilah sambil membetulkan tudungnya yang sedikit senget. Jika bukan kerana mengikut etika kerja,  malas rasanya mahu menggunakan tudung. Fazilah lebih suka menggunakan cap .  Tampak ringkas dan hensem.
yups.
Perempuan hensem!

" Kat tempat biasa la Faz. Dekat pun dekat."
Hana Meddina menjawab sambil turut membetulkan sanggul rambutnya. Terasa panas cuaca hari itu dirasakannya.

Fazilah hanya menggangguk dan perjalanan mereka menuju ke kedai diteruskan.
Setelah sampai di hadapan kedai makan yang berhampiran dengan tempat kerja,
Mereka berdua lantas mengorak dan melangkah masuk.

Setelah mendapatkan tempat duduk,
Hana Meddina dan  Fazilah melabuhkan punggung lalu memesan makanan.

"Nasi goreng pattaya and tomyam seafood.
Then air,
sirap bandung and  nescafe. " 
Hana Meddina memesan makanan dan minuman setelah berbincang menu dengan rakan sekerjanya.

" Faz, aku nak gi toilet jap."
Hana Meddina bersuara memberitahu rakannya yang leka bermain handphone  lalu dibalas dengan anggukan.
Nah.
Manusia sekarang semakin leka dengan handphone.

Dengan langkah laju , Hana Meddina memasuki tandas lalu menolak pintu di tandas yang dirasakan kosong.

" Arghhhh! "

Jerit wanita di dalam itu kuat membuatkan Hana Meddina hampir tercopot jantung.

" awak lagi".
Serentak mereka bersuara.

HANA MEDDINA (Completed✅)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora