Chapter 20

1.5K 48 2
                                    

"Assalammualaikum."
Laung seorang pemuda dari luar rumah Puan Khadijah.

Namun sepi.

" Assalammualaikum. Ada orang tak. oiii siapa di dalam oii.  aku di luar oii."
Suara itu berjenaka sambil mencuba memberi salam sekali lagi.

" waalaikumsalam. Eh Ammar. Anak bujang mama dah balik. Bila sampai tak bagitahu pun nak balik kalau tak, boleh kak Hana tolong ambik.
Ucap Puan Khadijah sambil memeluk erat putera bongsunya. Satu satu anak lelakinya. Yang kini belajar di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan kejuruteraan di Gelugor, Penang.

" Hehe. Ye ma. Ammar balik cuti semester. Saja Ammar tak nak bagitahu sebab Ammar nak suprise. Kalau Ammar bagitahu kan dah tak suprise." Jawab Ammar Siddiq dengan sengihan yang tidak lekang dari bibirnya.

" Haa yela yela. Dah jom apa tunggu lagi. Meh masuk. sini beg Ammar, mama tolong bawa. Kak Hana ada kat atas dalam bilik. Nanti mesti dia happy tengok Ammar balik." Tutur Puan Khadijah sambil mengambil beg kecil di tangan putera nya.

"Lama dah Ammar tak balik kan ma. Dekat 4 bulan dah rasanya. Busy dengan assignment. Ma, Ammar kan.. Kan.. Sebenarnya.. Ammar... Erm.. Ermm.. Ammar rindu masakan mama. hehehe." Seloroh Ammar Siddiq sambil menyakat mamanya Puan Khadijah.

" Eh Ammar, adik kakak yang nakal lagi hensem bila balik? sergah Hana Meddina dari arah tangga sambil membetulkan rambutnya yang agak kusut. Setengah jam melelapkan mata, Hana Meddina terjaga lalu bingkas bangun apabila merasakan perutnya berkeroncong minta diisikan.

"Haa bangun dah anak mama sorang ni. Hana, Jom lah kita sarapan sekali dengan Ammar. Mama baru je masakkan mi goreng tadi. Ha Ammar rindu masakan mama ye. Tengah hari nanti , Ammar tolong la mama kat dapur , kita masak sama sama ." Jawab Puan Khadijah mesra.

" Baru je kak. Hahaha hensem kan kan. sebab tu ramai yang usha adik kat sana kak. Nak tahu tak, ada yang sampai bergaduh tarik rambut sebab rebutkan adik. hahaha. Adik pulak tak ada masa nak fikir soal tu dulu. Nak fokus dengan study je dulu. Itu lebih penting dan utama. Cinta boleh dicari kemudian. Cita cita dan masa depan tu yang lebih penting. Kan kak, ma?"
Sahut Ammar Siddiq dengan tegas di hujung bicaranya sambil memandang ke arah Puan Khadijah dan kakaknya, Hana Meddina.

Puan Khadijah dan Hana Meddina mengangguk serentak seraya tersenyum manis. Terasa lega dan sejuk hati kerana Ammar Siddiq memiliki sifat yang senang dididik dan dijaga. Dari kecil sehingga dewasa jarang sekali membuat salah atau memberi masalah.
Seingat Puan Khadijah hanya sekali Ammar Siddiq melakukan kesilapan, itu pun semasa umur 10 tahun. Semasa bermain bola di depan rumah dan terkena tingkap rumah jiran. Habis mengamuk isteri jirannya. Mujurlah suami jirannya pandai menenangkan keadaan, jika tidak habislah terbang periuk belanga sudip untuk mengejar Ammar Siddiq yang sudah siap sedia menyorok di bawah katil biliknya. Selepas peristiwa itu, Ammar Siddiq seakan fobia dengan bola. Dan sejak itu jugalah Ammar Siddiq jarang sekali menimbulkan masalah.

Mereka bertiga melangkah bersama menuju ke meja makan yang berada di ruang dapur.
Dari jauh, aroma mi goreng yang dimasak oleh Puan Khadijah menusuk ke rongga hidung sekaligus menggoda hati mereka. Hana Meddina duduk lalu mencedokkan mi goreng ke dalam pinggannya juga ke dalam pinggan mama serta adiknya.

Ammar Siddiq menadah  tangan diriingi Puan Khadijah dan Hana Meddina.

" Bismillahirahmaanirahim.
Allahumma baarik lanaa fiimaa rozaqtanaa wa qina azabbannar. Aamiin"

ketiga tiga mereka duduk sambil menikmati sarapan pagi.  Cuaca di luar masih renyai renyai seperti awal pagi tadi. Jam didinding dapur menunjukkan pukul 9: 25 pagi.

" Ammar, petang nanti kita ada tetamu istimewa. Ada rombongan dari Negeri sembilan meminang kak Hana. "

Hana Meddina yang mendengar terus tersentak. Entah bagaimana dia terlupa tentang itu. Hampir sahaja tersembur mi goreng yang dimakannya. Mujur lah dia sempat menutup mulut.

" what ma? Wah baguslah. Alhamdulillah. Akhirnya kahwin juga kak Hana. Tak sabar Ammar nak dapat anakbuah.
Mesti comel kan ma, kalau boy mesti macam muka Ammar.hahaha" Sakan Ammar Siddiq ketawa lalu menghirup perlahan air teh di dalam cawan putih di hadapannya.

Hana Meddina yang mendengar hanya menjeling. Tak terasa tangannya yang berada di bawah meja menggenggam penumbuk. Bukan lah mahu menumbuk adiknya, bukan juga mahu menumbuk mamanya, tapi dia merasa terlalu geram teramat geram dan tersangat sangat geram.

'AKU TAK NAK KAHWIN!'
jerit Hana Meddina kuat di dalam hatinya.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now