chapter 36

1.1K 38 3
                                    

Hana Meddina POV

"Kak, tak lama lagi akak nak kahwin kan. wah tak sabar adik nak makan nasi minyak akak. kan ma kan?" seloroh Ammar Siddiq sambil menarik kerusi lalu duduk bersebelahan kakaknya, HanaMeddina dan berdepan dengan mamanya puan Khadijah.

Hana Meddina lantas berpaling ke arah empunya suara yang seakan menembak duri ke arah jantungnya. Terasa terbuntang seluruh bebola matanya. Mujur saja ada mamanya di hadapan. Maka bebola mata terasa segan dan malu untuk beraksi.

Hanya jelingan yang mampu dihadiahkan buat adiknya.

" ha ah nak. Mama pun tak sabar nak malam nasi minyak kakak kamu ni ha. Kurang dua minggu lagi meriah la rumah kita dengan tamu tamu dari negeri sembilan. tambah lagi keluarga dari sarawak. hihihi.
tak sabar mama nak rasai detik bahagia tu." Jawab Puan Khadijah sambil mengerling ke arah susuk tubuh yang sedari tadi leka merenung nasi di pinggan yang masih bersisa.

Puan Khadijah tahu gusar pada hati puterinya. Namun dia yakin akan ketentuan Illahi. Dia yakin dan percaya jika sudah jodoh. Maka tiada siapa yang dapat menentang sama sekali. kuasa Allah hanya DIA yang maha mengetahui.

" Hahahaha. apa jeling2 jeling ni kak. pagi pagi dah main jeling jeling orang dah kenapa. Yeke ma? wah! Pakcik Najib dengan  Makcik Rosmah pun datang eh ma dengan anak dorang tu apa nama eh. Ha si.. si nopal.. si nopal.. anaknya bahenol bahenol. eh anaknya najib najib."
Tawa Ammar Siddiq seakan menggegarkan penduduk bumi.
Terasa bergegar kerusi meja akibat ledakan api tawa yang menerombos gegendang telinga sesiapa sahaja yang mendengar.

"Si nopal si nopal. pergi la mandi bau dah macam zirafah tak mandi setahun kau ni dik! " Jerkah Hana Meddina sambil menjeling tajam. terasa panas bahang telinga nya apabila terdengar nyanyian serta tawa adiknya yang seakan menyakiti paras hatinya tika itu.

Puan Khadijah yang terdengar hanya tergelak kecil lalu menggelengkan kepala melihat telatah dua permata hati nya.
Pantang bertemu muka pasti ada saja perbalahan terjadi. Tetapi tidak lama. cukup sedikit masa lalu bertegur dan kembali baik baik saja. itulah ragam kedua permata hati nya.

'Tak terasa dua dua dah besar panjang. cepat nya masa berlalu.'
bisik puan Khadijah sendirian dengan mata yang seakan berkaca.

"Ma, Hana rasa.. err.. Hana.. Hana tak boleh terima Wan. Hana.. er.. Ha.. Hana takut.. ka.. kalau nanti Hana tak mampu bahagiakan dia. Dan Ha. Ha. Hana takut ma. kalau Hana tak dapat jadi isteri yang baik untuk dia. Hana takut ma.." Luah Hana Meddina setelah memastikan adiknya tiada disitu. Dia tidak mahu perbincangan dari hati ke hati itu didengari adiknya.

Puan Khadijah kaku memandang ke arah puterinya. Matanya sayu. Berkaca.
Namun cepat cepat di seka dari tumpah mengalir ke permukaan pipi tuanya.

"Sayang. Mama bukan nak paksa Hana. Tapi mama yakin Wan mampu jaga Hana dan bahagiakan Hana. Dan mama juga yakin yang Hana mampu jaga dan bahagiakan Wan. mula mula memang janggal dan tak selesa nak. tapi Inshaallah lama kelamaan Hana dan Wan akan dapat memahami hati masing masing. itu adalah permulaan sebenar dalam perjalanan rumah tangga. Bercinta selepas nikah itu wajar sayang. kemanisan alam rumah tangga akan lebih menyinar berbanding bercinta sebelum nikah. mama yakin sangat Hana dan Wan akan bahagia. " Biacara Puan Khadijah lembut. Tiada lagi ketegasan pada nada suaranya. Dia tahu bukan mudah untuk menerima seseorang yang tidak dicintai. kerana dia juga pernah mengalami dek kerana aturan ibubapa nya suatu zaman dahulu.

Lama Hana Meddina berteleku di sudut meja. memandang kosong pada pinggan yang sudah sedia kosong.
perlahan airmata mengalir jernih menuju ke lorong lesung pipitnya.
Mengalirnya airmata ibarat hati sedang menangis sayu.
Tiada kata kata yang mampu terungkap saat itu. Bahkan untuk mengangkat wajah memandang mamanya juga dia tidak mampu.

Hana Meddina Pasrah.

HANA MEDDINA (Completed✅)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ