chapter 52

1K 39 0
                                    

"Hello ma. Hana dekat hospital sekarang. Hana balik lewat sikit malam ni. mama jaga diri baik baik tau."  Hana Meddina menelefon mamanya, Puan Khadijah.

"Hana kat hospital? Hana buat apa kat hospital sayang?" Soal Puan Khadijah kebingungan.

" Mawar masuk hospital ma. dia accident tadi petang. Okay la ma.  Doktor dah keluar dari bilik kecemasan. Hana nak dengar apa kata doktor dulu."
Ujar Hana Meddina menjelaskan.

" Yaallah. Semoga dia baik baik je sayang. sama sama kita panjatkan doa. Kepada Allah kita mampu berdoa. Minta Allah sembuhkan dia cepat. Minta Allah permudahkan segalanya. " Tutur Puan Khadijah lemah. sendu suaranya kedengaran dari corong speaker.

Baru sahaja malam tadi Nur Mawar Aini bergelak tawa bersama mereka. Kini apabila mendapat berita tentang kemalangan itu Puan Khadijah turut menjadi sebak.

" Doktor,macam mana dengan sepupu saya? Dia okay?" Tanya Hana Meddina tenang seraya menjenguk pintu bilik kecemasan itu.
Dia yakin wanita kesayangannya akan sedar dan boleh tersenyum seperti biasa. Naluri nya yakin semua akan baik baik sahaja.

" Keadaan pesakit masih kritikal. kami terpaksa memindahkan pesakit ke ICU. Cik boleh masuk ke bilik saya sekarang. Ada sesuatu yang hendak saya sampaikan."

Hana Meddina mengangguk kepala lalu mengiringi doktor muda berbangsa cina itu. Tertera pada nametag,
Doktor Elizabeth Tan.
Pada kiraannya berkemungkinan usia doktor itu awal 30an. Mungkin juga sama dengan usianya.

Tiba di bilik yang dijanjikan Doktor Elizabeth Tan mempelawa Hana Meddina masuk dan mempersilakan duduk di kerusi berhadapan meja. Hana Meddina akur. Senyuman di bibir diukir tipis. Sekadar mahu berbasa basi. Doktor Elizabeth Tan membuka fail lalu mula bersuara.

"Boleh saya tahu mana keluarga pesakit? maksud saya ibu bapa atau kakak abang dia?" Soal Doktor Elizabeth Tan sambil memutarkan pen di tangan nya.

"Ibu pesakit dah lama meninggal dunia. Bapa pula ada di sarawak. kakak ada di sini tapi dia masih belum mengetahui hal ini doktor. Saya nak call tapi handphone pula kehabisan bateri. Doktor ada perkara apa yang nak dibagitahu. kalau penting saya boleh balik sekejap pergi cari kakak dia di rumah."
Terang Hana Meddina bersama sedikit bohong sunatnya  tidak logik sekiranya dia menagatakn tidak mempunyai nombor telefon sepupu sendiri. Mujurlah dia tahu sedikit sebanyak.

Sejuk yang sedia ada pada tubuhnya terasa kian menggetarkan. aircond yang terpasang di bilik itu terlalu kuat dirasakan. Blazer biru muda yang tersarung ditubuhnya terasa sedikit melekit dengan kebasahan semasa berhujan sebentar tadi.  Mujurlah slack putihnya tidak terlalu basah.
Hana Meddina berlagak tenang. Tidak mahu kelihatan gelisah.

"Oh ya ya. kalau macam itu. rasanya kamu boleh balik sekijap ke rumah kakak dia. saya ada perkara penting mahu diperbincangkan. Apa pun cik bawak bertenang. pihak kami akan melakukan yang terbaik untuk pesakit. okay.".Jelas Doktor Elizabeth Tan tenang sambil tersenyum.

"Okay kalau macam tu saya minta diri dulu. Nanti saya bawak kakak dia terus masuk bilik ini semula ke doktor?"
Usul Hana Meddina semula meminta kepastian.

"Ya ya. Nanti kalau sudah sampai boleh terus masuk sini. Tapi jangan lewat sangat takut nanti saya tidak ada di sini. Malam nanti saya ada meeting." Jawab Doktor Elizabeth dengan pelat cinanya yang sedikit ketara.

Hana Meddina menggangguk lalu meminta diri untuk keluar. Doktor Elizabeth Tan turut mengangguk serta melemparkan senyuman.

setelah menapak kaki keluar dari bilik. Hana Meddina menyeka air mata yang mulai kembali mengalir.

"Teddy....."
Bisik Hana Meddina perlahan sambil memejamkan matanya rapat.

Hana Meddina menyandar sebentar pada dinding. Teringat akan sesuatu lalu handphone di dalam handbag silver nya diraba  lalu diambil untuk dikeluarkan lalu dibuka notification seterusnya dibaca satu chat yang tertera nama

         HEARTIE TEDDY

"Butterfly. please jangan salah faham. Saya dan perempuan tu tak ada apa apa hubungan. Dia yang datang tiba tiba. Saya nak jumpa awak. Saya nak jelaskan apa yang terjadi. Saya tahu awak cemburu. Walau apa pun yng terjadi ingat satu ni. i love you forever n ever. only you. yes only you, Hana Meddina."

Tidak semena mena airmata tumpah deras apabila membaca chat yang dihantar oleh wanita kesayangan nya yang kini sedang bertarung nyawa di bilik ICU. Hana Meddina cepat cepat beristigfar lalu dengan penuh semangat terus mengorak langkah untuk memaklumkan berita ini kepada kakak Nur Mawar Aini iaitu Nur Lili Aina yang pada jangkaannya sudah berada dirumah jam ini.

Jam pada tangan dipandang seketika menunjukkan pukul 5 petang.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now