chapter 44

1.1K 46 3
                                    

"Masuklah.."
Pelawa Hana Meddina lembut.

Nur Mawar Aini memandang seketika wajah Hana Meddina.
Bulat matanya memandang.

"Haha kenapa pandang saya macamtu?"
Soal Hana Meddina sambil menyentuh dagu runcing milik wanita kesayangannya yang selalu membuatkan hatinya berdebar kencang.
Namun bijak disembunyikan.

"Er. "
Nur Mawar Aini buntu.

"Haishh jom la masuk." Hana Meddina menarik tangannya yang dilihat masih terpinga pinga dan nampak kebingungan.

Nur Mawar Aini menurut. Tidak ada jalan lain selain menurut. Seram sejuk disaat melangkah masuk. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya tika itu.

Mereka berjalan menuju ke katil. Hana Meddina menghempaskan punggungnya ke atas tilam.  
Ditarik tangan yang sedia utuh dalam genggamannya untuk sama sama duduk.
Hana Meddina tersenyum nakal.

"Sekarang bidadari yang saya cintai ada betul betul dekat berada di samping saya. Jangan risau saya tak akan lakukan apa apa yang awak tak suka. Saya faham. Sekarang kita mandi. Eh awak mandi dulu. Then baru saya. okay.?"
Tutur Hana Meddina mesra.
Berderau darah Nur Mawar Aini mendengar.
Entah apa yang dimaksudkan Hana Meddina.

"Er saya nak mandi macam mana. towel tak ada. Baju pun tak ada. Awak la ni tadi saya nak balik awak tak bagi. Siap kata jangan degil lagi. Huh. Nasib depan mama. kalau tak " Bebel Nur Mawar Aini.

"Kalau tak? kalau tak apa?"soal Hana Meddina kembali menegaskan suara. Sengaja mengusik.

"kalau tak siap awak."
jawab Nur Mawar Aini selamba sambil menghadiahkan satu dua tiga empat jelingan.

"Hahahaha amboi siap apa. Saya dah siap ni. cepatlaa."
Sakat Hana Meddina semula bersama gelak yang agak kuat.
Bergema terasa segenap kamarnya akibat tawa yang terhambur dari anak tekaknya.
Sengaja dia mahu meyakat wanita kesayangannya.
Sengaja didekatkan wajahnya ke wajah Nur Mawar Aini.

Nur Mawar Aini diam membatu.  Hendak menjawab tidak berupaya. Hana Meddina semakin menghampiri wajahnya. Bibir semakin mara ke bibirnya. Nur Mawar Aini gawat. Lalu melarikan diri.

Hana Meddina ketawa geli hati. Jauh di sudut hatinya. Dia cuma mahu menguji dan bergurau. Tidak lebih dari itu. Dia tahu akan batas batas.

"Awak nak lari mana? "
Tanya Hana Meddina bangkit  mengejar dan menghampiri.

Nur Mawar Aini semakin ligat berlari lari anak mengelilingi katil beradu milik Hana Meddina manakala
Hana Meddina pula gigih mengejar dan mengejar.

"Dahla jangan la saya penat la awak." Luah Nur Mawar Aini tercungap cungap. Merah padam mukanya diusik Hana Meddina.

"Haha yela yela sape suruh awak lari saya kejar la. " Jawab Hana Meddina ketawa lucu.

tok! tok!

Hana Meddina mengerling sekilas ke arah pintu kamar. Pada firasatnya mungkin itu adalah mamanya.
Lantas langkah diatur menuju ke pintu.

" Eh mama. masuklah."
Ajak Hana Meddina bersama sengihan namun hanya dibalas gelengan oleh mamanya.

"Saja mama nak jenguk anak mama ni dah tidur belum. hehehe."
Tutur mamanya, Puan Khadijah.

"Belum lagi ma.mandi pun belum ni ha."
Balas Hana Meddina pula tergelak kecil.

"Hahaha. Dah dah pergi mandi anak dara tak elok mandi lewat malam sayang. mama nak masuk bilik dulu. " Ujar Puan Khadijah seraya melambai mesra ke arah Nur Mawar Aini yang masih berdiri tegas bersebelahan katil. Nur Mawar Aini tersenyum mesra dan membalas lambaian Puan Khadijah.

Setelah menutup pintu kamar, Hana Meddina kembali melangkah menghampiri wanita kesayangannya yang dilihat masih kelihatan tercungap cungap.

"I'm sorry. Tak da pun niat nak buat awak penat macamni. Awak mandi then tidur okay. kesian awak penat." Tutur Hana Meddina lembut. Ada nada kesal pada suaranya.
Silapnya kerana mengusik tanpa berfikir panjang.

'Saya sayang awak Mawar.
Entah mengapa saya rasa terlalu sayangkan awak. Kenapa dari dulu lagi kita tak dipertemukan. Kenapa di saat saya bakal disatukan dengan seorang lelaki awak muncul dalam hidup saya. Sebolehnya saya hanya mahukan awak Mawar. Kalau lah perempuan dengan perempuan boleh berkahwin alangkah bahagianya.
Argh! itu cuma mimpi di siang hari. '
Hana Meddina berbisik sendirian sambil termenung seketika cuma.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now