chapter 43

1.1K 45 7
                                    



Usai sahaja menjamu selera, dan mencuci pinggan mangkuk serta mengemas meja santapan, Hana Meddina dan Nur Mawar Aini melangkah menuju ke ruang menonton.

Sebelum langkah kembali diatur dan dipanjangkan, Hana Meddina menjenguk mamanya Puan Khadijah yang berada di dalam bilik yang terletak berhampiran ruang menonton.

Namun sebaik sahaja melangkah masuk. Puan Khadijah tiada di situ.
Hana Meddina mulai kebingungan mencari dan melaung memanggil mamanya.

" mama.  mama. mama. "

Tiada sahutan.
senyap.

"ma. mama. mama.."
Sekali lagi.

Nur Mawar Aini turut dilanda kerisauan.

" cuba cari dekat luar. mana tahu ada." Cadang Nur Mawar Aini.

Hana Meddina menuruti cadangan lalu berjalan laju menuju ke luar rumah.
Nur Mawar Aini turut mengekori laju.

"Laa mama kat sini rupanya. Hana risau tau tengok mama tak ada dalam bilik tadi. mama kenapa berjalan kat luar. kaki dah sembuh ke ni?" Soal Hana Meddina kebingungan sambil menyentuh lutut mamanya. Mahu menguji apakah tindak balas mamanya jika kaki disentuh. Jika dia mengaduh atau mengelak itu bermakna belum sembuh sepenuh nya. Tapi jika tiada tindak balas itu bermakna kaki mamanya sudah sembuh seperti sediakala.

"Kaki mama dah okay sayang. Janganla risau sangat. mama saja duduk duduk ambil angin kat luar. kamu dua dah habis makan?" jelas dan soal mamanya puan Khadijah.

Tiada tindak balas apabila kaki disentuh. Itu petanda yang baik. Kaki mamanya sudah sembuh.

'Alhamdulillah....'
Bisik hatinya.

"kami dah makan da makcik. Alhamdulilah kaki makcik dah sembuh. Eh! dah lewat laa saya nak minta diri dulu. " ujar Nur Mawar Aini dibalut kebingungan apabila melihat jam pada pergelangan tangannya sudahpun ke angka 9.30 malam.

"La.. tidur je kat sini malam ni Mawar. Bukannya ada orang lain. Makcik dengan Hana saja yang ada. Mawar tidur lah dengan Hana lagipun Mawar bukan orang lain. sepupu wan , Hana ni pun bakal jadi sepupu Mawar la nanti. Hehe. Tidur jela sini ye nak." pujuk Puan Khadijah sambil menggenggam jemari Nur Mawar Aini. Penuh pengharapan riak wajah puan Khadijah. Mengharapkan kesudian wanita itu.

Hana Meddina yang mendengar pantas menguntum senyuman. Terasa berbunga hatinya mendengar ajakan mamanya itu.

" Yela mawar ni tidurla sini. bukan orang lain pun." Sambung Hana Meddina menyokong kata mamanya. Bukan orang lain yang dimaksudkan adalah antara dia dengan Mawar.

Erk.
Rahsia.!

Nur Mawar Aini terpinga pinga seketika. Mulai dilandai kebingungan. Silih berganti wajah kedua wanita di hadapannya dipandang.

"Er...er.."

"Jangan degil."
Sambung Hana Meddina tegas menggertak. Dia tahu Nur Mawar Aini alah pada nada tegasnya.

Nur Mawar Aini terdiam.

Puan Khadijah masih menggengam erat  menantikan jawapan positif yang lahir dari bibir teman puterinya itu yang juga selaku sepupu Izzwan Miqael.

"Baiklah. Saya tidur sini malam ni." Jawab Nur Mawar Aini memberi kata putus.

"Yeayyy!" Hana Meddina melonjak gembira. Puan Khadijah tersenyum bahagia.
Hendak melonjak seperti Hana Meddina takut seandainya kakinya kembali terasa.
Mujur terasa kalau patah matilahnak.
Ah! merepek.


Ketiga tiga mereka menapak masuk ke dalam rumah setelah sesi perbincangan di tamatkan.

Hujan diluar tika itu semakin lebat.
Tiada lagi rintis hujan kelihatan.
yang ada kini adalah garis hujan yang semakin kelihatan.






'Malam ni orang yang aku sayang , yang aku cinta ada sebelah aku. Oh my god!"
Detik hati Hana Meddina bersama kegembiraan yang tidak terkata.
senyuman nakal mula menghiasi bibirnya.


HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now