chapter 46

1.1K 43 1
                                    

 

"Makcik, saya balik dulu."
sapa Nur Mawar Aini sambil menyalami tangan tua milik Puan Khadijah.

"Nanti datang la lagi ke sini, nak. kirimsalam pada kakak kamu.."
Tutur Puan Khadijah mesra.

" hehe..inshaallah makcik. Nanti saya sampaikan."
jawab Nur Mawar Aini lembut. malu dan segan masih menguasi dan merajai hatinya.

Setelah menyalami dan meminta izin untuk balik , Nur Mawar Aini mengatur langkah menuju ke kereta yang terletak di halaman rumah.  Langkah diekori Hana Meddina yang setia mengukir senyuman.

Hari itu Hana Meddina masuk kerja seawal 8 pagi.
Segera didapatkan mamanya untuk bersalaman.
kedua belah pipi mamanya dikucup mesra.

"Ma, Hana pergi dulu eh. jaga diri baik baik kat rumah. jangan buat kerja yang berat berat. Tengah hari nanti Hana balik hantar makanan. jadi mama tak perlu masak. Mama rehat dan tidur je okay. pintu jangan lupa kunci ma." Hana Meddina gigih meninggalkan pesan buat mamanya.

"Yela sayang. mama rehat la kejap lagi. Dah dah hana pergi la lewat dah ni. tahu la mama jaga diri. Hati hati memandu tu."Lontar mamanya sambil tergelak kecil. Lucu melihat kebimbangan yang terpancar pada raut wajah puteri kesayangannya.

Hana Meddina mengganguk lalu melambaikan tangan ke arah mamanya.
Nur Mawar Aini juga melakukan hal yang sama.

Puan Khadijah membalas senyuman seraya melambaikan tangan ke arah mereka berdua.


"Heartie....."
panggil Hana Meddina.

Nur Mawar Aini menoleh sekilas pada suara  itu.

"Take care. No phone while driving okay.!"
Bisik Hana Meddina lembut sambil menghadiahkan satu ciuman ke pipi bulat milik Nur Mawar Aini.
Bekas gincu ketara kelihatan pada pipinya. cepat cepat Hana Meddina menyeka untuk menghilangkan kesan yang terlihat amat ketara.
Mampus kalau dilihat oleh Nur Lili Aina iaitu kakak kepada wanita kesayangannya.
Habisla kantoi adiknya itu yang tidak berapa normal. Bimbang jika terbang kasut ke muka. Mujur kasut , kalau tong gas matilahnak. poning den memikirkannya

Nur Mawar Aina tersipu malu lantas bersuara lalu memicit manja hidung Hana Meddina.

"Okay butterfly. you too."
Nur Mawar Aini segera membalas kucupan ke pipi milik wanita pujaan hatinya.

" Dah sampai nanti chat okay."
Bisik Hana Meddina sambil membalas dendam untuk memicit kuat hidung wanita yang sedikit rendah darinya itu.

"Adoiiii!"
Jerit Nur Mawar Aini.

Hana Meddina lantas menutup mulut wanita yang mengaduh kesakitan itu. Takut sekiranya didengari mamanya. Runsing hendak menjawab apa nanti. Hendak salahkan semut tidak logik. Ah!

Nur Mawar Aini menjeling geram. merah padam mukanya menahan geram yang menguji mindanya. Namun beberapa saat kemudian senyuman mulai menguntum. Tidak sanggup rasanya membaja rajuk di hati sendiri.

Hana Meddina tergelak besar. Bahagia sungguh hatinya tika itu. Langkah diatur memasuki kereta. Begitu juga dengan Nur Mawar Aini. Kedua mereka sama sama beriringan menuju ke destinasi masing masing.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now