chapter 27

1.4K 46 0
                                    

" Sedap tak? " Tanya Hana Meddina mesra.

Nur Mawar Aini yang leka menikmati aiskrim perisa vanilla oreo hanya menggangguk.

" Comotnya budak ni makan."
Ujar Hana Meddina sambil menyapu lelehan aiskrim yang tumpah mengalir di dagu milik Nur Mawar Aini.

Nur Mawar Aini yang mendengar hanya tergelak kecil lantas mengambil tisu yang berada di dalam handbagnya.  Terasa malu menyimbahi air mukanya. Malu di cop comot oleh wanita dambaan hatinya seraya mengangkat muka lalu menjeling ke arah suara yang mengejek nya sebentar tadi.

" Eee. kata saya saya comot. awak pun sama. Hahaha. "Gelak Nur Mawar Aini perlahan lalu mencapai tisu dan mengelap perlahan lelehan yang berada di bibir atas milik Hana Meddina.

Saat itu mata mereka bertentangan.
Kaku.
beku.

2 minit berlalu tanpa disedari mereka masih bertentangan mata. Lalu tersentak apabila merasakan ada tompokan halus air hujan yang mulai membasahi bumi.

" oh no. Hujan!"
Pekik Hana Meddina perlahan.

Hujan mulai turun semakin lebat. Awan mendung kelihatan. daun daun pokok bergoyang ditiup angin deras. 

Nur Mawar Aini yang juga tersentak lantas menyimpan tisu itu semula ke dalam handbag lalu kedua nya berlari menuju ke arah kereta yang berada tidak jauh dari taman itu.

"Mawar,  masuk dalam kereta saya."
laung Hana Meddina sedikit kuat bimbang jikalau wanita itu tidak dapat mendengar lantaran angin  yang semakin kuat.

Nur Mawar Aini menggangguk laju.

"Arghhhhh!!"
jerit Nur Mawar Aini nyaring. kakinya tersepak batu lalu tersungkur di atas jalan.

Hana Meddina yang terdengar jeritan laju menerpa.

" Yaallah. Macam mana boleh jatuh ni" soal Hana Meddina dengan nada risau.

Nur Mawar Aini hanya menggelengkan kepala. lalu perlahan bangun. Turut dibantu oleh Hana Meddina. kemudian memapah menuju ke dalam kereta.

" Tadi saya tersepak batu. batu tu pun yang duduk kat situ kenapa. mana la saya nampak.  "  Nur Mawar Aini memulakan cerita sendunya. Sambil menahan lututnya.

Hana Meddina hanya tergelak kecil. Yang tadinya penuh dengan kerisauan terus bertukar lucu apabila melihat gelagat wanita yang duduk di tempat duduk sebelahnya itu seperti menyalahkan batu semata dengan rona wajah kemerahan.

" Amboi. awak yang terlanggar batu. batu pulak yang disalahkan ea. bijak bijak. Mana sakit saya tengok." Tutur Hana Meddina bersama gelak yang masih bersisa namun bertukar serius pada nada akhirnya.

Hana Meddina melihat Nur Mawar Aini hanya tunduk terdiam menahan sakit. Dilihatnya wanita itu memegang pada lutut kirinya. Mengertilah dirinya bahawa kesakitan itu terletak pada lutut kiri milik wanita itu.

" Meh sini saya tengok."
Kata Hana Meddina dengan nada yang tegas.

" Malu.." jawab Nur Mawar Aini perlahan sambil mendongak ke arah wajah yang semakin hampir ke wajahnya.

" Saya nak sapu ubat supaya bengkak tu cepat sembuh."  Terang Hana Meddina dengan lembut. tidak lagi tegas seperti tadi.

Nur Mawar Aini menggangguk perlahan lalu secara berhati hati menyelak skirt  yang dipakainya. Ada riak debar dan segan terpancar pada wajahnya. Hana Meddina hanya menguntum senyum. Terasa lucu melihat wajah wanita disebelahnya yang merona merah.

" Awak slow slow. sakit. " luah Nur Mawar Aini perlahan sambil memaut tangan Hana Meddina yang leka menyapu ubat pada lututnya yang lebam kebiruan.

Hujan diluar kelihatan semakin lebat. aircond  yang terpasang diperlahankan kerana kesejukan yang ketara terasa.
Jam sudahpun menunjukkan ke angka 5 petang.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now